Lagu-lagu di bawah ni pada saya boleh dikategorikan sebagai berirama perlahan. Lirik bersajak Sesat di Kuala Lumpur dan Lagu Untuk Seorang Ibu dendangan Kembara seolah-olah dituju kepada saya, tepat kena kepala, peliknya tiada lelehan darah mengalir membasahi rambut yang kini kian memutih, sebaliknya air mata saya berhamburan di dalam dada. Dalam hubungan berkaitan, saya hairan kenapa pihak berkuasa di Kelantan membenarkan open concert - dah la muzik rock - sedangkan persembahan muzik dalam bangunan juga kadang kala sukar di kawal kelakuan para penontonnya. Apa salah jika hendak adakan pun, buatlah dalam bangunan seperti dalam ball room, macam dianjur RTM. Ada sejumlah pengawal yang menjaga keselamatan. Saya dulu pernah sekali hadir persembahan muzik anjuran Kedutaan Sudan di sebuah hotel 5 bintang di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pertengahan 1990-an. Memang ada sekumpulan lelaki menari termasuk dutanya, namun yang perempuan sekadar bersiul nyaring di tempat duduk. Juruhebah menyatakan maksud lagu cinta yang dipersembahan dalam bahasa Arab. Semua pemuzik dan penyanyinya lelaki dan mereka memakai jubah dan serban putih, dan penyanyinya bertakbir selepas beliau menyampaikan lagu berkenaan! Oleh tu, kalau buat konsert di Kelantan dan lagunya berirama seperti yang kat bawah ni pada saya tiada masalah dengan syarat pastikan pengawal keselamatan mencukupi. Tak buat pun takpa kerana demo boleh gi konsert kat negeri lain, kan? Jangan marah! 💚💛💜


























Comments