Selama ni, saya tak tahu siapa yang menjengok blog saya ni. Saya rasa, ada kaedah untuk saya kenali siapa anda berkenaan. Google saja, tentu saya insya-Allah akan dibagitahu kaedah untuk memperoleh maklumat mengenai cara untuk saya dapatkan data peribadi anda. Dulu, beberapa tahun dulu, ketika saya rajin ber-facebook dan ketika itu maklumat mereka yang like atau dislike dirahsiakan pihak medsos berkenaan, saya masih boleh tahu maklumat terbabit meskipun mereka sekadar menjengok saja posting saya. Saya perlu taip beberapa command tertentu yang saya dapatkan, juga, melalui Google. Bagaimanapun, kini, kerana saya hormati anda yang saya faham ingin tak dikenali kerana selama ni tiada sebarang komentar anda berikan, maka saya tak buat begitu di blog ni seperti mana yang pernah saya lakukan sewaktu rajin ber-facebook seketika dulu. Malah, saya tak pasti, sama ada anak-anak atau isteri saya sendiri pernah terjah blog saya ni. Apa-apa pun, saya hargai kesudian anda "mengkaji" apa yang saya "persembahkan" di blog saya ni. Yang penting, anda jangan risau kerana jika saya tahu pun maklumat diri anda, insya-Allah, saya akan kekal menjadi seorang perahsia! 💙💚💛 I love y'all, wo ai nimen, je vous aime tous mes amis, 'ahabakum jamiea. Saya pernah belajar bahasa Cina dan Perancis sikit-sikit kira-kira tiga setengah dekad dulu, banyak lupa dah! Saya belajar juga bahasa Arab pada pertengahan 1990-an, sehari dua ja kerana kelas ustaz kat Hulu Kelang berkenaan - saya lupa sama ada kat Taman Permata atau Taman Melawati - dipenuhi kanak-kanak sekolah rendah, saya tak malu cuma mereka tu lebih kuat ingatan berbanding saya yang huruf pun tak berapa kenal! Kitab matan jurumiyah tu punya la sukar saya nak baca! Inikan hafal! He!He!He! Kat bawah ni, ada beberapa karya Haruki Murakami yang saya suka baca kerana beliau bijak bercerita secara terperinci mengenai perangai kebanyakan orang Jepun walaupun banyak unsur lucah dalam hampir semua karyanya. 































































Comments