RAYA "PALING BERSEJARAH" DALAM HIDUP SAYA!

Saya pernah bertugas pada suatu hari raya di sebuah pejabat akhbar dengan beberapa wartawan surat khabar lain di sebuah bangunan yang sama di Bangsar pada awal 1990-an. Sebelum tu, saya pernah kerja part-time waiter di PJ Hilton juga pada hari raya kerana ramai kakitangan tetap bercuti. Pada hari raya akhir 1980-an tu saya layan seorang lelaki berketurunan India yang mandi sorang-sorang kat kolam mandi. Dia mampu bersukaria di situ kerana difahamkan dia menang nombor ekor. Bagaimanapun, dia tak banyak songeh, saya sekadar letak minuman yang di-order-nya lalu kembali ke bar untuk sedia "mission plus" yakni istilah perhotelan yang di sini bermaksud tugas menyediakan segala peralatan dan bahan makanan dan minuman bagi memudahkan kerja seorang bartender yang bakal datang bertugas tak lama kemudiannya. Masa berniaga tepi jalan waktu saya berusia sekitar 20 tahun lagi la haru-biru! Tahun ni pun saya beraya seorang diri jugak kerana semua ahli keluarga saya pergi beraya ke Pahang dan seterusnya mereka menuju ke Perak. Alah bisa tegal biasa! Takdak masalah saya hanya minum bermug-mug kopi panas dan makan mi segera, juga nasi goreng ja kerana malas masak yang berat-berat untuk dimakan sorang-sorang. Wifi teruk lalu tak boleh guna internet pakai komputer, jadi saya beli line internet Maxis bernilai RM3 untuk layan TikTok beberapa orang beraksi di hari raya pertama melalui telefon bimbit, tertonton pula video seorang agamawan berada di kelab malam baru-baru ni. Hmmm ... Ustaz Husam pertahan kata individu berkenaan pi dakwah! Bagi saya, pihak-pihak tertentu sepatutnya jangan terus komen sebab nanti bertambah viral. Baik diam ja! Menjelang pagi tadi, wifi dah okey sikit. Barulah saya dengar pula lagu-lagu "slow mo mallow" sikit melalui komputer untuk lenyapkan kesepian sewaktu menaip! Saya letak sebahagian video lagu-lagu terbabit di sini untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan. Alahai, dunia oh! dunia. 






































Comments