Masak lagi ...  Afghanistan. Masak cara orang-orang kampung di sana. Tu dia depa punya "karipap." Makan sekeping, kenyang sampai malam. Saya nak tonton satu-satu, video-video ni, untuk dapatkan petua memasak cara depa, dan semoga cara kehidupan sukar depa ni akan menginsafkan diri saya sendiri. Allahu Akbar!!!









Bila saya tonton video atas ni, al-Fatihah, saya teringat arwah mak saya yang sekali-sekala buat roti canai yang ditenyeh atas talam ayan dan beliau tarik berjurai ke tepi. Talam yang bercorak bunga pelbagai warna tu diletak atas pasu tembikar bagi mengelak juraian roti canai tu terkena lantai papan. Pasu tembikar ni turut diguna untuk pukul telur buat buahulu. Saya sering tolong mak pukul belasan biji telur ayam kampung dan itik nila. Mungkin ini antara penyebab saya boleh memasak banyak jenis makanan lain! Sebelum canai doh yang dibulat-bulatkan, mak uli tepung gandum dengan sedikit garam dan air! Canaian doh ni ditarik panjang lalu digulung macam sanggul lalu ditekan jadi rata dan bulat. Kemudiannya, ia di masak guna kuali yang diletak atas dapur kayu. Roti canai yang agak keras ni saya makan dengan ikan darat goreng atau ikan masin. Mak tak lalu makan ikan darat seperti keli, teroboi, baung, haruan, sepat yang hanyir tapi beliau tetap goreng ikan-ikan darat ni untuk orang-orang lain makan. Mak hanya makan ikan laut masin - ikan darat pun sebenarnya boleh dibuat ikan masin - dan ikan-ikan laut yang digoreng, masak kari, cuka, pais, pindang atau dibuat sup ikan. Ayah pula - selain menoreh getah di kebun kecil di Batu Hampar Dalam dan tanam padi dengan mak di bendang belakang rumah kami di Kampung Batu 26 - kadang-kadang beliau ke laut tangkap ikan bersama-sama nelayan sekitar Pantai Remis, ke Changkat Jong kerja estet kelapa sawit atau ke negeri-negeri berjiranan untuk mengubati orang sakit cara Islam. Suatu hari, ayah tiada di rumah, saya rasa mak tiada duit, mak masak nasi dan saya makan dengan hanya santan kelapa yang dibubuh garam.kasar. Mak tak reti membaca, tapi bagi saya mak seorang yang bijak kerana mampu menjaga anak-anak walau dalam kesempitan. Saya kini berusaha untuk menulis sebuah fiksyen - novel atau antologi cerpen - yang secara tak langsung mengaitkan kisah kehidupan saya semasa kecil di kampung, bersekolah asrama penuh di BM, Pulau Pinang, belajar di peringkat universiti di luar negara dan dalam negara, serta bekerja di KL sebagai peniaga buah, pembantu gerai makan, waiter di hotel 5 bintang, pengurus restoran fast food serta wartawan. Semoga Allah permudahkan usaha saya ini. Aaamiin.)




Nala punya besaq cucoq kentang campur rasanya isi ayam. Depa ni betui-betui makan makanan sihat tanpa perasa atau pengawet. Tepung mereka beli kerana kelihatan depa ambil tepung dari guni 50 kg, tapi beberapa bahan lain seperti sayur, kentang, buah, susu dan telur depa ambil fresh dari kebun dan reban tepi rumah. Minyak goreng tu rasanya depa guna mentega susu lembu. Bahan api pula, selain kayu api yang dibelah, depa banyak guna rumput kering dan ranting-ranting kayu, serta rasanya yang berketui-ketui tu sisa buangan lembu. Ini baru pejuang-pejuang alam sekitar, kan?









































































































































































































































































































Comments