Saya nak tonton, para pengkaji politik juga patut hayati karya Huxley yang ditulis pada 1931 ini. Dia ramal mengenai perubahan budaya sesebuah masyarakat akibat perkembangan sains dalam bidang teknologi pembiakan, proses belajar semasa tidur seperti dengar rakaman suara, manipulasi psikologi, dan classical conditioning yakni sebagai contoh latihan seperti yang dilakukan terhadap seekor anjing yang akan duduk apabila tuannya kata duduk kerana anjing itu telah dilatih dalam kaedah diberi makan cebisan daging jika dia duduk selepas diarah duduk lalu lama-lama tabiat ini jadi kebiasaan kepadanya. Seiring ini, jika pemerintah sesebuah negara berlaku zalim, orang awam akan disogok dengan gangguan-gangguan harian berbentuk budaya seks dan dadah, manakala media massa bijak menyebarkan hanya berita-berita tertentu dengan matlamat mengelak pemberontakan rakyat!
















 

























Comments