SEKARANG DOK KECOH LAGI PASAI NASIK ARAB, JADI SAYA NAK CUBA MASAK CARA PAKISTAN, AFGHANISTAN, ACEH, UZBEKISTAN ATAU IRAN PULAK! 

Beberapa video masakan saya letak di bawah ni supaya saya mudah rujuk nanti dan insya-ALLAH saya akan cuba masak sempena raya puasa ni. Tapi, mungkin saya masak beberapa hari selepas raya pertama jika isteri saya dan anak-anak jadi ke Pahang, ziarah kak ipar saya. Sebelum ni, saya pernah masak lemang pakai tin air soda dengan daun pisang saya ambil dari laman rumah saya; pizza sempoi dengan guna keju keping, sosej, nanas, capsicum, bawang besar dan isi ayam manakala sosnya saya buat sendiri guna buah tomato, serbuk oregano, lada hitam dan lain-lain; rendang ayam ala Perak, saya jarang-jarang masak rendang daging kecuali pada hari raya haji yang sering ada daging lembu korban kerana anak-anak saya lebih suka ayam; nasi terbalik yang guna daging kambing direbus dengan beberapa jenis rempah sebelum dimasukkan ke dalam periuk yang telah ditumis bawang besar dan terung potong kiub lalu seterusnya dicurah beras basmati. Roti canai atau sate pun mungkin saya masak selain beberapa jenis masakan lain. Masak jangan tak masak! Hmmm, masa sambung belajar lepas SPM dulu tak terfikir pula saya nak ambil kursus hotcat!☺☺☺










Cara lelaki kat bawah ni layang menarik jugak. Saya kalau masak roti canai, sekadar canai doh atas talam dan tarik ke tepi bagi melebar dan menipiskannya. Tapi, rasanya, menarik juga jika segelintir peniaga canai atas talam macam saya berbanding kaedah popular seperti di bawah ni kerana sekarang ni sukar amat untuk menemui orang berniaga roti canai dengan guna kaedah canai atas talam seperti yang sering diamalkan mak-mak di kampung. 




























Saya tak pernah ke Iran, pernah kenal seorang dua peniaga dari negara ni masa dulu-dulu, sekitar pertengahan 1990-an ada la! Kat bawah ni, saya letak video masakan cara tradisi negara ni yang saya nak kaji kerana dalam hal masak memasak selain bahan-bahan yang digunakan, petua atau kaedah memasak amat penting! Boleh dikata juga semua tukang masaknya golongan perempuan yang tinggal di sebuah kawasan pergunungan.





















































Comments