Beberapa buku dan sebuah majalah yang saya pinjam kat Perpustakaan Awam Seberang Jaya pada 10 April lalu. Nanti, insya-ALLAH, saya ulas sedikit setelah saya baca. Sedikit coretan sebagai permulaan: Novel Future Perfect - Betui-betui Masa Depan -  ditulis Felicia. Saya tak pernah bertemu dengannya, tapi saya kutip novel genre thriller-nya dari rak buku-buku baru kerana dia dibesarkan di Kuala Lumpur. Dia belajar biochemistry di Imperial College London, sambung pula di bidang sejarah peringkat doktor falsafah di Cambridge University. Felicia yang pernah menulis untuk The Economist dan The Business  Times, pernah juga bekerja sebagai ahli biologi berkenaan sel membabitkan radioaktif, ahli sejarah hal peperangan, pensyarah universiti, wartawan teknologi (Ada rupanya wartawan khusus di bidang ni!), pengkritik teater, peniaga pasar lambak (Hmm, saya pun pernah kerja seperti ni!) dan model catwalk (Gambar beliau bersilang tangan kat helaian terakhir novel setebal 421 muka surat ni jelas membuktikannya cantik! Foto kat kulit luar depan tu saya tak pasti sama ada wajah Felicia kerana kedudukannya mengiring.) Sementara itu, Dr Muhaimin - seorang ahli sejarah juga -  kalau tak silap, saya pernah sekadar bersua muka dengannya sewaktu saya ke Perak pada 1990-an untuk tulis laporan mengenai kematian seorang aktivis PAS. Saya tak interbiu beliau tapi saya ambil ulasan Misbah. Seorang adik Misbah bernama Raden, bekas pensyarah UITM, ditakdirkan ALLAH, satu tingkatan dengan saya semasa kami di sekolah menengah dulu. Buku-buku lain yang terdiri daripada sebuah kombo novel, sebuah antologi cerpen dan dua novel yang menggunakan bahasa "orang-orang biasa" akan saya ulas jugak, insya-ALLAH, sedikit sebanyak dalam tempoh seminggu dua lagi. Begitu juga, Dewan Sastera Bil 02/2022. Selamat Berpuasa!

Comments