Orang-orang politik parti-parti tertentu kena tengok dua game ni. Baru depa tau kemenangan mereka pada 3 PRN sebelum ni tak pasti berkekalan sampai pilihan raya umum depan kerana "angin" sokongan terhadap parti-parti musuh mereka boleh meningkat tanpa mereka duga! Nanti, saya tulis sikit pasai PRU15. Bawak bertenang dulu! Berbalik kepada snuker kat sini, mamat yang kalah 8-9 tu entah pasaipa dia tak fikir mengenai safety. Berlagak semacam! Dia bukannya tak tau Stephen Henry tu "cun" gila! Bahasa Mandarin saya pulak setakat tau sebut beberapa ayat seperti: "Saya lapar. Kita nak makan apa?" Jadi, saya tak faham apa pengulas tu cakap. Begitupun, korang masih boleh pasang telinga untuk dengar kata-kata pengulas berbahasa Inggeris yang muncul dalam nada perlahan sekali-sekala atau cuba tekan CC untuk dapatkan sedikit terjemahan ulasan Bahasa Cina tu dalam Bahasa Inggeris. Ada sekali perkataan STUPID muncul kat skrin apabila kita tengok salah satu video tu, kan? Video paling bawah tu memang jelas mempamerkan Jimmy White menang kerana bernasib baik! Namun, lawannya yang berusia lebih tua itu, pada suatu ketika, sepatutnya dia tuju perlahan bagi memastikan bola hitam tu masuk poket kerana sebiji bola merah telah "tergantung" di tepi lubang tengah kanan. Dia agaknya terlampau yakin boleh menang kerana dia sudah mendahului Jimmy White di segi jumlah mata pada frame penentuan ini. 



Comments