Stephen King ni saya minat sangat sebilangan besar karyanya. Sejak kecil beliau ni suka menulis kerana digalak dengan pemberian upah beberapa sen setelah emak atau rakan-rakan sekolahnya baca tulisannya yang penuh dengan khayalan. Ketika di sekolah menengah, beliau dan abangnya berpakat untuk beli mesin pencetak terpakai bagi membolehkan mereka menerbitkan tulisannya dalam bentuk edisi dan dijual pada harga lebih mahal. Malangnya, Stephen King digam pihak sekolahnya kerana beliau menyindir seorang guru perempuan dalam sebuah karya satiranya yang sold out. Stephen King rugi sekitar lebih 100 dolar rasanya kerana dia perlu bayar gantirugi setelah "majalah" berkenaan dirampas! Dia dan abangnya sebenarnya dibesarkan mak serta saudara-saudara dekat sejak kecil kerana bapa mereka merantau cari kerja tapi tak pulang-pulang sampai ke sudah! Stephen King suka menonton wayang maka dia menggunakan bakat menulisnya untuk cari duit sendiri kerana emaknya bekerja tak tetap seperti menjadi pelayan di restoran selain kuat merokok. Setelah Stephen King tamat universiti dengan ijazah English, maknya desak beliau jadi guru. Ketika mengajar di sebuah sekolah menengah, beliau bekerja secara part-time job di sebuah hotel sebagai tukang cuci cadar. Isterinya pula bekerja di Dunkin' Donuts. Ketika nilah nama Stephen King mulai popular apabila beliau berjaya menghasilkan novel, Carrie yang diuruskan seorang lelaki yang menjadi ejen penerbitannya. Asalnya, Stephen King tulis cerita ni tapi beliau campak ke dalam tong sampah dek kerana tak tahu bagaimana nak bayangkan suasana dalam bilik air pelajar perempuan. Isterinya yang turut berkelulusan dari universiti yang sama dengannya menjumpai gumpalan kertas terbabit lalu bertanya kenapa tak sambung. Setelah diberitahu Stephen King, isterinya berkata: "Tak mengapa saya boleh cerita kepada awak." Suatu hari, ketika di rumahnya seorang diri, Stephen King menerima panggilan telefon daripada ejennya yang mengatakan novelnya telah diterima oleh sebuah syarikat penerbitan. Duit pendahuluan yang diterimanya sangat besar berbanding honorarium yang pernah diterimanya sebelum itu apabila beliau hantar karya-karyanya ke majalah-majalah tertentu. 80 ribu dolar kalau saya tak silap! Bermula dari hari tu, Stephen King menjadi penulis tetap sampai sekarang. Saya dah beli beberapa novel atau antologi cerpennya yang dijual murah pada harga RM5 sebuah di Carrefour, Seberang Jaya - sekarang ni pengurusannya diambil alih AeonBig - sejak beberapa tahun lalu. Sebuah novelnya, IT saya sampai sekarang belum habis baca. Novel ni tebalnya 1376 muka surat!



Comments