Beberapa sajak sufi dan akhir sekali sedikit penjelasan Buya Syakur. Saya juga letak, pandangan mengenai tokoh kiri, Tan Malaka. Semoga kita bersederhana dalam segala tindakan. Tiada guna kita bersengketa mengenai perkara-perkara yang kita berbeza pandangan melainkan jika benar-benar salah. Sebagai contoh, budaya cium kaki guru sufi sedangkan jelas nabi melarang seorang Badwi "bersujud" di depannya. Puak hina para sahabat dan isteri nabi bagaimana pula? Begitupun, mengatakan qunut, talkin dan macam-macam lagi tu salah adalah keterlaluan kerana ramai ulama di negara ini mengatakan amalan-amalan berkenaan tiada masalah. Tak nak buat amalan-amalan sebegini bagus tapi jangan sibuk berceramah mengenai hal-hal perbezaan kecil ni. Orang-orang berkuasa di negara ni mentekedarah rasuah, apa tindakan engkau? Sekadar berceramah? Seorang anak raja di Arab Saudi menzalimi para ulama - bukan dia seorang dalam dunia ni berperangai macam ni - apa tindak balas engkau? Riba berleluasa sedangkan pinjaman cara Islam masih beri tekanan kepada orang miskin. Bunga pinjaman 1MDB sahaja lima enam bilion ringgit! Arak dan judi yang merata-rata tu sekurang-kurangnya boleh juga orang awam elak minum atau main! Hukum-hakam Islam "tak duduk" dalam Perlembagaan, apa suara engkau? Muhasabah diri masing-masing. Saya seperti biasa, insya-ALLAH akan delete video-video yang pernah saya siar di blog ni.




































































































































































































































Comments