1. Saya dah nyanyi sebuah lagu, Lamunan Terhenti dipopularkan Aris Ariwatan. Melodinya sedap manakala maksud liriknya pula mendalam, korang boleh fikir tentang insan yang pernah jadi “kekasih hati” seperti ibu bapa, boyfriends atau girlfriends sama ada masih hidup atau sudah tiada di muka bumi ni, tak salah juga jika korang memikirkan perbuatan zaman lampau yang korang suka buat sangat sama ada bermanfaat atau tak sebutir habuk pun seperti mentekedarah dadah, muzik liar dan minum arak, atau makna-makna lain, termasuk persahabatan dalam berpolitik sama ada mempunyai nilai kesamarataan atau tak. Saya juga dah cuba muat naik video nyanyian saya tu ke blog saya ni tapi gagal walau saya bahagi dua, dua minit beberapa saat setiap satu. Tak lama kemudian, saya cuba lagi dan sekadar boleh muat naik 46 saat daripada keseluruhan 5 minit video berkenaan. Jadi, saya turut letak kat sini nyanyian penyanyi sebenar.
(nota: mentekedarah tu perkataan tak bagus tapi
ia benar-benar menggambarkan perangai seseorang yang makan banyak atau melantak
sakan.)
2. Seperti biasa, saya turut
tulis mengenai situasi politik negara kita. Lani, tumpuan semua orang kepada PRN
Johor. Pihak mana boleh menang? Kenapa parti gabungan ini akan menang? Erti
menang ialah dapat mengetuai kerajaan negeri. Yang lompat atau tak lompat nanti
cerita lainlah! Oleh itu, calon-calon boleh menang hanya tiga: BN, PH atau PN.
(Saya tulis ikut alphabetical order bukannya nak lebih-lebihkan sesuatu kumpulan.) Bebas atau calon-calon
sesebuah parti yang tak duduk dalam sesuatu gabungan susahlah sangat nak menang
tambah-tambah lagi jika berangan nak jadi Kepala
sewaktu tubuh kerajaan negeri nanti. Jika satu dua menang pun, puak ni
mulalah mesra sana mesra sini.
Okeylah sapa
bakal menang? Ramai orang fikir teruk-teruk sangat. Kira sana kira sini, isu
sana isu sini, kluster mahkamah sana kluster mahkamah sini, maki sana maki sini
dan pelbagai lagi. Semua ni penting tapi bukan paling penting! Macam masak
sesuatu, letak daging, sayur, tapi garam takdak pasti tak sedap sedangkan nilai
garam berapa sen sangat! Terlebih garam, jadi gulai ayam Do Re Mi pulak nanti!
Dia macam ni,
cuba anda perhati mana gabungan paling bijak letak Harapan kat kepala otak bakal-bakal pengundi - tua muda, perempuan
jantan, Melayu bukan Melayu, Islam bukan Islam? Ini pun bukan paling penting!
Tau apa yang paling utama? Sesuatu gabungan kena bagi sedikit Ancaman iaitu jika gabungan dia kalah
yang naik tu lagi teruk. Dan, benda ni rasanya setiap gabungan perlu buat
mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu.
Katalah tempat
majoriti pengundi Melayu. Yang lawan nanti katalah semuanya calon Melayu terdiri
daripada Umno, PAS, PKR dan seorang calon Berjasa atau Bebas. Pertama yang
pengundi-pengundi mungkin nampak ialah calon PAS ni nak buat Islam tapi, ada
kuasa jadi Menteri Undang-Undang, dulu diam ja! Namun begitu, bukan isu ni utama
pun kerana ramai pengundi tak faham benda-benda alah sebegini. Ia bukan faktor
utama yang boleh memenang atau mengalahkan mana-mana parti!!!
Jika dikaji baik-baik,
sebagai contoh, Umno mungkin diam-diam kata macam ni, kalau pecah undi ramai sokong
PAS, PAS bukannya mudah menang, sebaliknya nanti undi PKR akan lebih tinggi
daripada yang diperolehi UMNO. Berjasa atau Bebas tu Umno tak payah kacau atau
maki hamun bagai kerana nanti otak pengundi-pengundi hilang fokus! Bila otak
pengundi digambarkan macam ni, korang ingat siapa mereka akan pangkah nanti?
Tentu UMNO, bukan?
Okeylah Amanah,
Bersatu, PAS atau PKR boleh retaliate.
Persoalannya, mampukah? PRU-14 dulu lain kerana PH tak teruk kena maki hamun
sebab ia belum pernah memerintah! Sekarang semua pihak di padang rumput lebih
kurang sama rata dengan semalu, lalang, benta dan sendayan yang boleh
mencederakan kaki.
Dalam pada tu,
PAS sekarang dah jadi semacam HANTU
yang parti-parti lain buat-buat takut bagi menggerunkan bakal pengundi-pengundi.
Sebagai contoh, lagi kuat pemimpin-pemimpin PAS maki hamun BN, khususnya Umno atau
PH, lagilah mudah calon-calon tertentu daripada BN menang. Kerana apa? Kerana
pengundi-pengundi bakal ditakutkan bahawa PAS tu HANTU dan seterusnya kalau Umno kalah, yang menang yakni PH lagi
teruk daripada PAS!
Bolehkah calon-calon Amanah, DAP, PAS dan PKR letak kat kepala otak pengundi-pengundi, kalau sokong parti lain, sokongan terhadap parti saya akan kurang, lalu saya kalah, kemudian anda semua akan menghadapi macam-macam masalah pada masa depan? Apa-apa pun, inilah TAKTIKnya, STRATEGI yang canggih buat masa ini tak terpakai langsung. Percayalah!!! Buat masa ni, mengikut pemerhatian saya, Umno masih di depan manakala parti-parti komponennya tak berapa cergas lagi. Namun, saya secara peribadi suka PAS menang satu dua kerusi secara anak jantan dan bukan kesilapan teknikal. Jadi, PAS mesti cepat letak kat otak pengundi-pengundi mengikut DUN bahawa pengundi kena undi PAS, jika undi Umno nanti PH menang. Rasa takut kena ada, jika selamba je maki hamun Umno, “kawan” rasa BN bakal menang! PAS bakal jadi HANTU sehingga Umno dan BN menang, bukannya sebab kelemahan PH! Bersatu dan Amanah saya rasa sehingga ini kelihatan boleh menang beberapa kerusi, tapi bukan memerintah! Tak yakin tulisan saya bagus bagi mengelak syirik, tapi buktikanlah kehebatan masing-masing!
Comments
Post a Comment