Saya setuju dengan pandangan menteri agama supaya semua penceramah - terutamanya di masjid - elak membahaskan perbezaan mazhab - maksud beliau tentunya pandangan pelbagai ulama secara keterlaluan atau fanatik - kerana tindakan ini bakal mengeliru malah memecah-belahkan masyarakat Islam. Suasana di universiti tak sama dengan kehidupan orang awam. Dan, masalah yang dialami dunia sekarang ialah segala hal - termasuk membabitkan Islam - diviral dalam aplikasi internet contohnya YouTube. Begitupun, saya nak tonton beberapa video di bawah ni dengan hasrat mengambil yang jernih dan membuang yang keruh. Pepatah orang Perak: "Hidop bior berghake, mati bior berghiman." Bahasa baku: "Hidup biar berakal, mati biar beriman."


































Video atas ni membabitkan sistem perbankan. Apa yang lebih menarik perhatian lani ialah 3 bank di Malaysia dikatakan terbabit dalam pinjaman tak bercagar kepada sebuah syarikat perjudian di Hong Kong. 1. Judi dan melabur dalam hal judi pasti haram. 2. Menteri dari parti mana yang terpalit sama dalam hal pinjaman ini? Hal ini perlu penjelasan kerana bukan setakat orang awam, banyak badan berkanun pun ada melabur dalam ketiga-tiga bank berkenaan. Jawab jangan tak jawab! ☺☺☺






















































Comments