PRN
Johor
BN Menang Mudah?
Dah pasti pilihan raya negeri (PRN) akan
diadakan di Johor. Emmm … Perak tak pulak? Kalau nak dikira banyak negeri lain
pun bukannya diperintah secara lebih 2/3 majoriti pun, kan? Tapi, UMNO tak berani
buat onar. Kenapa? Umno takut kalah di negeri-negeri berkenaan? Di Johor,
pemimpin-pemimpin parti Melayu “kaw-kaw sek” yang menerajui BN ni berani desak
bubar Dun kerana merasakan PH dan PN boleh dilenyapkan!
Satu ja semua pihak penentang BN khususnya seteru Umno
di Johor kelak perlu soal ketika berceramah – kalau secara berdepan pengundi-pengundi
susah nak buat, hentam saja dalam ruang internet – kenapa Umno pi gatal nak
sangat PRN sekarang sedangkan ia boleh dilewatkan untuk diadakan bersama-sama
PRU15 kelak. Jawapannya, GILA KUASA!
Di Melaka lain, kerana luncai-luncai dah terjun
dengan labu-labu mereka! Dan, Umno berjaya terbalikkan isu dengan menggodam
beberapa YB terbabit. Di Johor lain. Selain itu, sentimen orang awam terhadap
pemimpin-pemimpin Umno lani pun bukannya baik sangat! Saya bukan nujum tapi saya
merasakan Umno sukar dapat majoriti lebih 2/3. Tengoklah keputusan PRN Johor nanti!
Kau orang ingat musuh-musuh BN – seteru Umno terutamanya – nak duk diam?
Saya akan sambung taip jika saya ada sesuatu nak disampaikan kelak!
Comments
Post a Comment