ULASAN BUKU-BUKU DAN MAJALAH-MAJALAH YANG SAYA PINJAM KAT PERPUSTAKAAN AWAM SEBERANG JAYA PADA 19 DIS LALU

Sekarang, library awam kat Seberang Jaya buka balik. Sejak bila entah! Yang pasti, dah setahun dua saya tak ke sana. Sejak sebelum mak saya meninggal dunia, beberapa minggu sebelum PKP kali pertama dulu tu. Sebenarnya, sebelum Ahad lalu, saya dah menjejakkan kaki ke sana empat minggu sebelumnya iaitu sehari selepas PRN Melaka. Kali yang baru-baru ni pulak, sehari selepas PRN Sarawak. 

21 November lepas, saya pinjam dua majalah iaitu Dewan Masyarakat 6/2021 dan Fantasy & Science Fiction Jan/Feb 2019 juga tiga novel iaitu Orang-Orang Biasa karya Andrea Hirata, serta Haura dan Saifudin Jalis tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM). Semua saya habis baca kecuali sci fi magazine berkenaan. Tak larat! Mungkin saya pinjam semula lain kali. Dewan Masyarakat pula memaparkan isu-isu yang tak berat jadi saya baca secara kaedah scanning dan skimming ja. Orang-orang Biasa sedap ceritanya. Kat kulit luar depan ada kata-kata bekas menteri pelajaran zaman kerajaan PH dulu. Selalunya, ungkapan pendek penulis-penulis terkenal seperti Stephen King di letak kat situ! Tapi, tak kisah la siapa pun yang bagi komen kerana novel berbentuk satira ni pada saya memang lain daripada yang lain. Kisah sekumpulan bekas pelajar sebuah sekolah menengah pi merompak demi mencukupkan duit yuran seorang anak seorang di kalangan mereka yang nak masuk fakulti kedoktoran. Depa ni, masa sekolah dulu - kecuali seorang - semuanya kurang bijak. Dah dewasa, seorang kerja kat pelabuhan, seorang menjaja barang mainan kat pasar, seorang pekedai buku yang tak ramai pembeli datang, seorang tu bersemangat nak jadi pakar motivasi sedangkan kalau kat Malaysia ni SPM pun kantoi! dan beberapa orang lagi tu pun turut kategori marhaen. Haura pula cerita pasai kisah percintaan klise membabitkan remaja lelaki miskin dan markanya yang kaya. Remaja lelaki tu SPM tak bagus lalu tak boleh sambung belajar, yang perempuan tu pulak pandai lalu sambung belajar ke Australia. Walaupun remaja lelaki tu masa sekolah agak baran, selepas habis sekolah menengah dia rajin tolong mak dia jual nasi lemak selain kerja kilang kerana nak kumpul duit untuk pi kerja petik buah atau apa-apa benda kat tempat marka dia belajar. Yang pasti, dia juga bercita-cita nak buka kedai nasi lemak & teh tarik di sana. Apa-apa pun, cara penceritaan RAM amat menarik kerana seperti mana novel-novel beliau yang lain, Haura ini ada sedikit kejutan! Saifudin Jalis pulak membawa kisah pelbagai bentuk pengkhianatan dan dendam kesumat raja-raja, permaisuri-permaisuri dan kerabat-kerabat diraja yang berebut takhta kerajaan di sebuah negeri di Sumatera Timur yang dikatakan bernaung di bawah kerajaan Acheh. Saifudin Jalis tu lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan. Dia  berasal dari Tanah Melayu, tapi pi ke negara seberang kerana berguru silat dengan Wali Sufi. Syok jugak cerita ni walau kelihatan bentuk pertarungan Laksamana Sunan atau Saifudin Jalis ni dengan entiti-entiti jahat lebih kurang sama kaedahnya dengan novel-novel lain tulisan RAM yang saya pernah baca beberapa tahun dulu.

Ulasan mengenai buku-buku dan majalah-majalah seperti tertera dalam gambar kat atas tu saya akan sambung tulis kat bawah seminggu dua lagi selepas saya habis kaji kelak! Saya juga insya-ALLAH akan selit pandangan sekupang saya mengenai apa yang perlu dilakukan parti-parti politik tempatan menjelang PRU15. Yang pasti, negara ni amal demokrasi dan sehingga ni saya masih pi mengundi. Jadi, saya berhak mengkritik mana-mana parti politik yang saya rasa dah jadi lain macam sikapnya. Dalam pada tu, saya turut sedih sangat kerana lihat masih ramai pemimpin tinggi PAS suka bercakap dan berkelakuan tak ketahuan sehingga mengikut kajian saya parti politik ni boleh tersungkur gila - melainkan di Kelantan - pada pilihan raya umum depan! Mereka terbabit sepatutnya elak sombong atau suka kata pihak-pihak lain semuanya tak betul! Berkali-kali saya tegur, PAS kena cakap apa yang dia nak BUAT! Bukannya terlalu sibuk dengan apa yang orang lain nak BUAT. Sebagai contoh, misi bantuan banjir. PAS buatlah sekadar mampu. PAS juga tak perlu nafi yang dia dah tergelincir dari rel - tapi gerabak-gerabak belum lagi terbalik - kerana orang ramai nampak RUU355 yang bukan HUDUD tu pun PAS tak mampu buat, sedangkan dengan "angkuh" ada pemimpinnya yang kata ia WAJIB. Mufti mana yang bagi fatwa gitu mengenai RUU355, saya pun tak tau! Apa-apa pun, tungguuu!!! ☺☺☺

Comments