Beberapa cerita menarik untuk yang minat! Hari ni saya tak jadi ke library - hantar dan pinjam buku dan majalah - kerana ada hal lain kena buat. Dekat 10 am nanti, isteri saya akan hubungi pihak di sana, minta ubah tarikh pinjaman ke 19 Disember depan. Dua minggu lalu, saya pinjam 3 buku - Haura dan Saifudin Jalis karya Ramlee Awang Murshid serta Orang-Orang Biasa tulisan Andrea Hirata juga 2 majalah - Dewan Masyarakat 06/2021 serta Fantasy & Science Fiction Jan/Feb 2019. Talian telefon lama saya dah "ditamatkan." Insya-ALLAH, saya akan beli telefon baru yang lebih "power" kerana yang ada sekarang sukar buka laman sesawang malah WhatApps. Dan, sudah tentu saya pakai nombor lain pulak! Entah berapa kali saya dah tukar telefon dan nombor telefon! 















Comments