VIDEO LAWAK KATAK

Ada juga kebenarannya 

1. Masih ada orang yang persoalkan kenapa PKR kalah teruk sedangkan undi Melayu bagi parti-parti politik musuhnya pada PRN Melaka dah berpecah: Umno naik kapal layar manakala Bersatu bersama Pas naik perahu. Sepatutnya, lagi mudahlah PH nak kalahkah mereka, kan? Isu 1MDB dimainkan semacam flashback PRU14, tokok saat akhir Dr Mahathir tekan kediaman dipohon Najib RM100 juta pun PH kalah jugak? Jawapannya, orang-orang Melaka bukannya bodoh sehingga tak kisah pemimpin rasuah tak rasuah tapi hal-hal ini bukan isu tempatan yang mereka beri tumpuan semasa PRN baru-baru ini. Tu pasir dan bagai lagi rasuah tempatan di Melaka, amacam? Pasir punya pasai sampai Kota Melaka kena roboh, apahal? 

Kalau nak kata pulak, antara sebab utama undi untuk PH dibawa lari Bersatu sebagai punca jumlah undi PH merosot, PAS tak menang satu kerusi pun, kenapa? Patutnya, dengan bantuan “katak-katak” Umno yang menyeberang tolong perkukuh Bersatu setelah parti ini ditubuhkan, Pas boleh menang dua tiga kerusi. Oleh itu, masalah KATAK-KATAK TEMPATAN DAN MEMBABITKAN ISU TEMPATAN yang menyebabkan PH kalah. Hai! Bersatu menang juga dua kerusi sedangkan ia pure parti ditunggang “katak-katak.” 1. Sungai Udang tu tempat ada “daulat.” Tak payah ulas kerana semua ahli politik faham. 2. Bersatu menang sebab dengan tambahan undi  penyokong PAS walaupun PAS Melaka bukannya kuat sangat!


Yang pasti, Umno bijak terbalikkan isu membabitkan dua “katak” dari Umno. Umno menyalahkan Idris secara total apabila berdepan dengan pengundi khususnya sewaktu berkempen secara bersemuka. Maknanya juga, jentera Umno terbukti masih kental. Oleh itu, rumusan ramai penganalisa politik bertaraf pensyarah universiti bahawa 4 katak jadi pembawa wabak entah apa benda penting sangat tu ke persada politik Melaka memang betul! 

2. PRN Melaka ni jika diulas secara jujur akan menunjukkan BN dah diterima oleh pengundi. Yalah, tak ramai orang pi mengundi kerana feel PRN ni semacam PRK ja kerana ia tak pernah dilakukan di Semenanjung, orang tak balik pasai “lemas” nanti kena balik undi lagi untuk Parlimen sedangkan sekarang COVID-19 masih menghantui seluruh negara dan boikot dengan alasan membenci kebejatan politik. Macam yang berlaku di sebuah Dun di Pulau Pinang. Seorang wanita veteran perang saraf sebuah parti cemas bagitahu saya ketika kami berbual sewaktu PRU14 dulu. “Paksu, depa tutup rumah. Kami cek senarai pengundi, kami tau ramai pengundi kat taman tu tak keluar mengundi! Kami pi jengok dua tiga kali dah. Sebelum ni, tak macam ni!” Saya tahu kat situ ramai pengundi Cina yang masih sokong BN tapi diam-diam segelintir mereka enggan mengundi kerana faktor calon. Saya bukannya ahli parti politik kakak terbabit tapi beliau dan ramai lagi tak kisah bercerita hal sebenar kerana saya berfikiran terbuka. Saya juga lebih suka bercakap mengenai isu seperti rasuah, salah guna kuasa dan macam-macam isu lain secara umum dan bukan hal peribadi seperti bab skandal seks seseorang pemimpin politik yang kita ada pihak penguatkuasa dan mahkamah yang boleh dirujuk supaya diambil tindakan! Mungkin benar juga, ramai juga orang Melaka “mengamuk” dalam diam disebabkan faktor calon seperti yang berlaku di suatu Dun di Pulau Pinang dulu tu. 

3. Hal simbol atau lambang itu penting juga. Pi tanya orang kampung – kat bandar pun sama – hang undi sapa? Ada yang cakap nama parti, ada juga cakap lambang. Sewaktu berkempen juru kempen jarang sebut nama parti sendiri, kan? Kalau lambang tak mengancam, macam gambar kunci dan lain-lain, bukan senang untuk masuk otak bakal pengundi. Pi tukar selera, dulu macam tu satgi macam ni, akan bawa masalah sehingga bakal pengundi keliru. Begitu juga benda kecik macam pakai baju warna sama sebenarnya adalah suatu yang suntik semangat kepada orang yang memakai dan yang lihat. Cerita drama – bukan sekadar berita politik - di TV juga main peranan penting. Walau saya tak tonton TV dah bertahun sejak peristiwa saya berasa geram lalu hempuk meja dan malangnya kotak berisi tiub ubat gigi belum pakai melambung lalu memecahkan skrin dan kini saya hanya guna komputer – dalam diam-diam isteri saya beli TV baru yang lebih besar pulak tanpa “kata” apa pun kat saya -  saya tahu kaedah media ini masih sama! TV ni menyediakan lambang atau simbol yang masuk ke otak bakal pengundi secara tak disedari! Kat TV, PH masih ditonjol memerintah tak bagus selepas PRU14, kan? 

Malah, sekarang jelas PH kalah di gelanggang medsos tak seperti sebelum PRU14. Walaupun ramai juru kempen PH yang beraksi di YouTube, musuh-musuhnya pula dah semakin ramai beraksi di sini. Portal berita pelbagai parti bersepah di YouTube iaitu tak macam sebelum ni dikuasai PH. Ahli-ahli Bersatu malah PAS pula kurang bergiat di YouTube dan sebaliknya di sini kedua-dua parti politik ni dihentam berjamaah di YouTube bukan sekadar oleh ahli Umno malah dicerca oleh bukan ahli-ahli politik mana-mana pun. Ahli-ahli UMNO, khususnya yang dah veteran turut berubah gila apabila ramai berceramah di alam siber. Siap maki dan hamun bagai! Amcam PRU15? BN kembali memerintah? Belum tentu lagi! Tapi, jika PH atau mana-mana pihak masih cakap ikut suka hati. Hang kata macam ni, aku kata lagu ni! Aku suka Anwar, seorang ni suruh letak orang lain jadi ketua pembangkang. Ingat warga Malaysia tak perati? Pihak BN terutamanya UMNO ada juga “berceramah” tak sependapat dengan pemimpin-pemimpinnya tapi ramai mereka tu takdak jawatan penting pun! PKR, DAP dan Amanah yang kelihatan “bercakaran” ini pulak pemimpin utama! “Percakaran” pemimpin BN yang dilihat itu kebiasaannya andaian pemerhati politik. Betul, kan? Sekarang beberapa pemimpin PAS kalut bercerita khususnya di Facebook - saya dah jarang jengok aplikasi ini - seolah-olah mereka turut “bercakaran” sesama sendiri pasai MN entah apa masalah besar sangat. Apabila hal ni diperdebatkan, saya kesian nanti PAS yang rugi. Diam dulu dan cuba hapus persepsi PAS sebagai pak turut. Macam sekat judi kat Kedah tu kira okey supaya nampak PAS tu ada “telur.” Elak la strategi mengarut sebelum PRN Melaka tak nak bagi undi kat Umno, lani nak perkukuh MN pulak! Apa la bercelaru ni? Nampak macam style segelintir pemimpin parti-parti politik dalam PH pulak dah! Saya cadang, PAS buat drama di TouTube dengan isinya pamer isu yang diperjuangankannya macam yang dilakon remaja-remaja Kelantan kelakar berkenaan. Kan lebih bagus daripada bertekak pasai perbezaan UMNO dan PAS yang takdak kesudahan. Tak gitu?

[nota: Video lawak kat atas tu saya ambil dari satu kumpulan WhatsApp yang dihantar oleh seorang wanita berasal dari Kedah. Sebenarnya, saya dah tonton video ni kat YouTube sebelum ni. Untuk pengetahuan anda, sebilangan besar penduduk kampung saya di Perak pun bercakap macam ni la walau depa dah berpuluh-puluh tahun "membangsat" ke Perak. Bangsat di sini bukan maki tapi maksudnya merantau. Bangsa pulak bukannya bermakna Cina, India, Melayu dan lain-lain, tapi ertinya jenis. Contoh lain, gerengau tu cakar macam kucin (depa buang g bila sebut kucing), kerabat tu bukan keluarga raja tapi macam seorang anak naik ke belakang ayahnya, ragas tu lebih kepada perbuatan susah payah macam nak naik ke atas dinding tembok atau panjat pokok, had tu bukan bererti sekatan tapi ia membawa maksud yang itu dan banyak la lagi perkataan pelik lain. Ada dua lagi perkataan tambahan yang saya tak tau sama ada loghat Kedah atau tak kerana saya tak pernah dengar pengkaji bahasa sebut di YouTube atau Facebook. 1. Bumbai iaitu perbuatan buang kucing yang nakal seperti suka curi lauk, kencing merata-rata atau suka cakar perabot. Biasanya kucing ini dibubuh dalam guni lalu dibawa naik basikal pi jauh-jauh lalu dilepaskan di situ. Kadang-kadang kucing ni berjaya balik semula ke rumah tuannya lalu jika ia buat perangai buruk lagi maka tuannya pi buang pula kucing ni ke kawasan perkampungan lebih jauh. 2. Memerintah. Perkataan ini diguna biasanya untuk budak-budak yang suka selongkar barang, kain baju atau lain-lain sehingga bersepah. Sebagai contoh, "Dia ni kuat memerintah betoi!"]

Comments