Tonton atau dengar kisah misteri sikit! Aku delete mana-mana video nanti jika aku sedar aku  terulang letak dalam blog ini atau sekiranya aku rasa ia tak sesuai ditonton atau tak sedap! Teringat pulak, seorang cikgu English masa aku sekolah menengah dulu, Mr Low yang kerap cerita hantu sebelum mengajar tajuk tertentu. Ironinya, beliau bercerita dalam Bahasa Melayu. Beliau yang tak garang sebaliknya kelakar itu berkaca mata kanta tebal, rambut paras bahu, kemejanya ketat manakala beliau berseluar baggy. Beliau akan hentak kasut macam ketul batanya sewaktu berjalan ke sana ke mari lalu kedengaran bunyi keletuk-keletak sehingga menimbulkan rasa seram sewaktu aku menghayati kisah bersiri, "Dawai Berkarat." Ada seorang cikgu lelaki English lain berasal dari England tapi tak mengajar aku, Mr Webb. Seorang cikgu lelaki lagi - juga tak pernah mengajar aku - pernah menerbitkan buku teks English untuk sekolah menengah di negara ini, Mr Darmarajah. Ada sepasang suami isteri iaitu Mr dan Mrs Lee  - dua-duanya mengajar English - dua-duanya turut tak pernah ajar aku kecuali menjadi cikgu ganti. Cikgu Mat Nor pula bercakap English dengan suara kuat gaya orang utara tapi seorang yang mesra. Aku tak ingat jika ada cikgu-cikgu lain yang mengajar English di sekolah aku dulu kerana kalau ada pun yang lain, mereka berkenaan kurang popular! Penguasaan English aku kini rasanya setakat "cukup makan" ja! Namun, aku tetap menghargai susah payah semua cikgu English dan cikgu subjek-subjek lain yang mengajar aku dulu, termasuk pensyarah-pensyarah di beberapa pusat pengajian tinggi. 





























Comments