Mungkin ada pihak
tertentu berpandangan, PAS tak guna logo sendiri kerana sedar bahawa PH boleh menang
mudah kerana parti-parti rakan PAS nanti kelihatan terlalu tak bersatu. Betul.
Tapi, tetaplah seteru PH berpecah dua apabila wujud BN dan PN sebagai lambang mereka
berkenaan untuk menyertai PRN Melaka 20 November depan. UMNO yang merupakan
parti terkuat dalam BN awal-awal lagi dah kata dia nak langgar Bersatu. Malah,
mungkin juga UMNO turut tentang PAS kerana masalah PAS guna lambang PN diterajui
Bersatu yang kononnya amat gila dibenci UMNO, bukan? Oleh itu, logiknya, pada
saya, lebih baik PAS guna lambang sendiri. Sekurang-kurangnya, PAS dapat nilai
tahap sokongan terhadapnya sebagai persediaan menempuh PRU15 kelak. Betul juga
PAS boleh sahaja guna lambang PN kerana PN wujud dalam kerajaan Malaysia
sekarang. Tapi, PM sekarang adalah seorang ahli UMNO! Gabungan parti-parti politik bernama BN yang
dipimpin seorang pemimpin tertinggi politik Malaysia atau PN yang PAS patut ikut? Ah!
Celaru bukan sikap PAS kini jika dikaji secara mendalam. Orang kata pula, nanti
PN merajuk tarik diri daripada menjadi sekutu mana-mana kerajaan negeri atau tambah-tambah lagi Pusat
jika PAS bertindak berkecuali dengan memakai lambang bulan sehingga didakwa sebagai
penyebab sekiranya PN lingkup dalam PRN Melaka beberapa hari lagi. Pada saya, ini
alasan naif kerana bukankah “empat sahabat” diketuai mantan orang kuat UMNO
Melaka yang mulakan langkah sumbang begitu? Sebelum itu, Langkah Sheraton yang
PAS terbabit pun sama juga! 2X5. Kalau majoriti pihak berkenaan dalam PAS nak guna
lambang PN yang bertentangan dengan pandangan saya, itu hak masing-masing. Tapi, jangan marah jika wujud mana-mana penyokong PAS - bukan ahli PAS - yang mengamuk dengan pangkah parti lain atau tak keluar mengundi. Mungkinkah pula strategi buat-buat musuh kepada UMNO sekadar akal PAS bagi memudahkan UMNO raih sejumlah undi besar bagi memastikan PH tewas? PN tak sekuat mana kerana tiada akar umbi! Apa-apapun, rupa sebenar PAS hanya akan benar-benar terserlah setelah keputusan PRN Melaka diumumkan kelak. Parti-parti yang dikuasai bukan Melayu
yang bakal bertanding sama ada guna lambang PH, BN atau PN bagaimana pula? Tak
payah sentuh sangat hal mereka kerana individu-individu yang membawa masalah terkini
di Melaka bukannya berkaitan mana-mana parti politik kaum-kaum terbabit.
2.
PAS meningkatkan
penguatkuasaan cara pemakaian patuh kehendak Islam di Kelantan. Bagus. Saya
suka walau ia suatu peraturan yang boleh dibuat mana-mana entiti di negara ini seperti
hospital kerajaan di negeri-negeri lain pun. Begitupun, masalah teknikal membabitkan
tahap mana sumbangnya cara berpakaian tiada masalah untuk diperdebatkan. Sebelum ini, saya pernah ikut rombongan buat pertama kali jejak Kelantan dan Terengganu pada
akhir 1980-an. Masa itu saya hanya kenal PAS menerusi
kaset Ustaz Abdul Hadi Awang, Allahyarham Ustaz
Ibrahim Libya dan beberapa yang lain. Berbalik mengenai peraturan berpakaian yang dikuatkuasakan
lebih ketat lagi berbanding dulu yang besar kemungkinan kerana PRN Melaka, saya cuba
bersangka baik! Namun, apa yang saya dapat bezakan seorang perempuan Kelantan dengan seorang
perempuan Terengganu di segi first
impression sewaktu saya ikut rombongan ke Pantai Timur rasanya pada 1987 atau 1988 tu ialah kebanyakan perempuan di Kelantan mesra sangat! Saya
masuk sebuah pasar mini milik orang Cina atau mungkin Siam. Seorang kakak lawa tak
bertudung tanya, “Awe nok arok ko?” Sebenarnya, saya nak beli rokok saja. Sebaliknya, masa saya hendak borong keropok
kering di sebuah pasar di Kuala Terengganu pula, seorang perempuan muda Melayu cantik bertudung -
berkulit putih seperti perempuan yang tegur saya di Kelantan - yang jaga gerai
berkenaan jawab pertanyaan saya, “Seposeng kurang tak boleh. Bukan saya punya.
Tuan dia tak ada. Saya tolong jaga saja.” Garang betul! Mungkin kerana saya tak tunjuk barang yang beliau jual di gerainya yang terletak di sebelah gerai pelbagai jenis keropok berkenaan. Apakah hubungan cerita
dua perempuan berbeza cara bercakap ini dengan hal berpakaian? Pakaian seksi
dan suara lembut bukankah berkaitan?
3.
Di bawah ni, video beberapa remaja perempuan cantik berpakaian menutup aurat dinasihat jangan ketawa kerana haram sedangkan lelaki yang menegur mereka sedang minum bir. Sebenarnya, kesalahan seseorang tak sepatutnya dinafikan dengan mengatakan orang lain pun buat perkara salah juga! Ketika zaman saya belajar dulu, rakan-rakan perempuan yang bertudung labuh dan tambah-tambah lagi yang berniqab biasanya pendiam. Apa-apa pun, mereka ini masih muda dan perlu didorong ke arah kebaikan! Fasih betul Inggeris, Sepanyol, dan besar kemungkinan Arab juga, gadis yang bercakap tu! Selamat mengundi orang-orang Melaka!
4. Dua video membabitkan kontroversi terkini kesucian Islam di Indonesia. Semoga anda memperolehi manfaat setelah mendengarnya.
Comments
Post a Comment