CATUR JANGAN TAK CATUR!

Beberapa Perlawanan Terkini dan Terdahulu

[Nota: Gambar hiasan di atas ialah Jan-Krzysztof Duda atau nama pendeknya Duda. Pecatur yang sering tenang ini dilahirkan pada 26 April 1998. Duda diberi gelaran grandmaster pada 2013, tepatnya ketika berusia 15 tahun 21 hari. Ketika itu, Duda adalah grandmaster kedua termuda dunia. Duda pernah menjuarai Kejohanan Catur Poland 2018, tapi pencapaian paling hebat ialah beliau dinobatkan sebagai Juara Dunia 2021. Sebelum itu, pada 2019, Duda adalah pecatur Poland yang pertama berjaya melepasi halangan 2800 bagi kategori blitz lalu melayakkannya menyertai Kejohanan Catur Dunia 2020, dan beliau berjaya bersaing dalam kelompok 16 peserta sehingga ke peringkat akhir pada 13 November tapi beliau kalah tipis kepada Alexander Grischuk. Pada Januari 2020, Duda menyertai Kejohanan Catur Tata Steel dan berjaya mendapat nombor 8 tapi markahnya setara Alireza Firouzja dan bekas juara dunia, Viswanathan Anand. Pada Mei 2020, Duda buat pertama kali berjaya menewaskan Magnus Carlsen di Round 7 pada Kejohanan Rapid Lindores Abbey. Pada 10 Oktober tahun yang sama, Duda sekali lagi menewaskan Carlsen di Kejohanan Catur Altibox Norway. Carlsen sebelum itu tak pernah kalah dalam 125 pertarungan. Pada Kejohanan FIDE 2020 yang dianjurkan melalui talian Internet disebabkan wabak COVID-19, Duda dan pasukan Poland berjaya memperolehi medal gangsa setelah berjaya ke peringkat separuh akhir tapi kalah kepada India. Pada Julai-Ogos 2021, Duda menyertai Kejohanan Catur Piala Dunia 2021. Duda menumpaskan Grischuk di Round 5 dengan memenangi acara rapid tapi seri acara klasik. Duda kalahkan Vidit Gujrathi pada peringkat suku akhir dan menumpaskan Carlsen pada separuh akhir lantas melayakkannya untuk menyertai Kejohanan Catur Pilihan Dunia 2022. Duda seterusnya dinobat sebagai Juara Dunia 2021 setelah menumpaskan Sergey Karjakin pada peringkat akhir dengan markah 1.5 - 0.5.

Saya tak tahu sama ada semua perlawanan sukan peringkat dunia masih dilangsungkan mengikut jadual kerana COVID-19 masih hebat merebak ke serata negara. Jerman sehari dua ini, dikhabarkan, berlaku jangkitan baru lebih 50,000 orang! Tapi, perlawanan sukan dalam bangunan seperti snuker, pool dan catur tetap lepas satu kejohanan dunia ke satu kejohanan dunia dianjurkan tanpa henti di Amerika Syarikat dan Eropah. Rehat pun beberapa hari sahaja! Juara kejohanan bagi setiap jenis sukan ini pula bawa pulang paling kurang puluhan ribu dolar. Politik khususnya di Malaysia pula macam mana? Ada parti politik nak memperolehi taraf "Duda?" Kita tengoklah perkembangan politik tempatan pasca kemenangan bergaya BN pada pilihan raya Melaka 20 November 2021. Dalam pada itu, kalau jumlah jangkitan COVID-19 bertambah akibat pilihan raya Melaka, janganlah tergesa-gesa buat pilihan raya umum pula! Apa-apa pun, saya dapati perkongsian lambang oleh dua daripada empat "katak berprinsip" adalah penyebab utama PH kecundang! Bagaimanapun, hebat juga bekas YB DAP yang kontroversi berkenaan kerana undi yang diperolehinya, menurut pandangan saya, amat membanggakan!

1.Tamas Banusz vs Daniil Dubov

European Team Championship (2021), Terme Catez SLO, rd 6, Nov 18 King's Indian Attack: Spassky Variation (A05)

1. Nf3 Nf6 2. g3b5 (Putih serang dengan kaedah King’s Indian Attack dijawab Dubov menggunakan Variasi Spassky.)

3. e3 a6 4. Bg2 Bb7 5. O-O g6 6. b3 Bg7 (Putih ingin menyerang secara fianchetto bagi kedua-dua Gajahnya.)

7. Bb2 O-O 8. c4 c5 9. d4 cxd4 10. exd4 bxc4 11. bxc4 d5 12. c5 Nc6 (Putih menutup laluan fianchetto dengan mengelak tawan Bidak Hitam di d5.

13. Nbd2 Ne4 (Dalam banyak situasi, Kuda kedua-dua pihak sama ada Putih atau Hitam tak sesuai diletak di bahagian tepi. Oleh itu, Kuda Putih digerak ke petak ini bagi mengelak Gajahnya di petak b2 gagal pertahan Bidak Putih di petak d4. Bagaimanapun, kuda ini kemudiannya tak boleh tawan Kuda Hitam di petak e4 kerana setelah Kuda Putih ditawan dengan Bidak Hitam yang berada di petak d5, Kuda Putih itu perlu lari ke petak g5 lalu Kuda Hitam yang satu lagi akan tawan Bidak Putih di petak d4 tanpa boleh diserang balas oleh Putih. Jika Kuda Putih tawan Bidak Hitam di petak e4, HItam boleh gerak Bentengnya ke petak c8 lalu kekuatan Putih dengan kaedah menggerak dua Bidaknya di bahagian tengah akan hancur! )

14. Re1 Rb8 15. Rb1 Bc8 (Kuda Putih di petak d2 turut tak boleh tawan Kuda Hitam di petak e4 kerana setelah Bidak Hitam di petak d5 menawannya, jika Putih membalas dengan menawan Bidak Hitam itu dengan Benteng, Kuda Hitam yang satu lagi akan bergerak ke petak e5 untuk menggugat laluan fianchetto h1-a8. Jika Benteng Putih ini undur ke petak e3 untuk pertahan rakan yakni Kuda Putih di petak f3, Kuda Hitam tawan Kuda Putih itu, dibalas,Gajah Putih, dibalas Gajah Hitam seiring menyerang Ratu Putih dan dalam keadaan yang sama Benteng Hitam di petak B8 akan bersedia menawan Gajah Putih di petak b2. Jika pula Benteng Putih berkenaan menawan Kuda Hitam yang digerak ke petak e5 ini, Gajah Hitam akan menawannya, Kuda Putih tawan Gajah Hitam ini, Gajah Hitam tawan Gajah Putih di petak g2 ditawan pula dengan Raja Putih lalu keadaannya menjadi serupa seperti situasi sebelumnya dengan gerakan undur Benteng Putih itu ke petak e3 iaitu kedua-duanya menggugat kekuatan buah utama Putih. Bezanya, situasi yang kedua ini memperlihatkan Putih mengekalkan kekuatan dua bidaknya yang berada sebelah menyebelah di bahagian tengah. Menyedari hal-hal yang disebut di ataslah membuatkan Putih gerak Bentengnya ke petak b1. Namun, Hitam menggerakkan Gajahnya ke petak c8 untuk mengawal petak h3 seiring menekan Gajah Putih di petak b2 dengan Benteng Hitam di petak b8.)

16. Nxe4 dxe4 17. Ne5 Bxe5 (Benteng Putih tak boleh tawan Bidak Hitam di petak e4 kerana nanti Gajah Hitam boleh digerak ke petak f5.)

18. dxe5 Bf5 (Dubov memilih pertahan Bidak Hitamnya di petak e4 walaupun kebanyakan pecatur biasanya memilih Ratu Hitam tawan Ratu Putih. Jika Gajah Putih tawan Bidak Hitam ini, barulah Ratu Hitam tawan Ratu Putih kerana jika Benteng HItam di petak e1 tawan Ratu Hitam, Gajah Hitam akan tawan Gajah Putih di petak e4 manakala jika Benteng Putih di petak B1 tawan Ratu Hitam, Benteng Putih akan tawan Gajah Putih di petak b2.)

19. Qxd8 Rfxd8 20. g4 Bxg4 (Putih masih tak boleh tawan Bidak Hitam di petak e4 kerana apabila Gajah Hitam tawan Gajah Hitam ini dan kemudiannya Benteng Putih tawan pula Gajah Hitam ini maka Benteng Hitam akan digerak ke petak d2 untuk serang Gajah Putih di petak b2.)

21. Bxe4 Bf5 22. Bxf5 gxf5 23. Ba1 Rb5 24. Rbc1 Rd5 25. Re3 Rbxc5 26. Rxc5 Rxc5 27. Rc3 Rxc3 28. Bxc3 f6 29. exf6 e5 (Hitam tak tawan balas sebaliknya gerak Bidaknya ke petak e5 yang boleh dipertahan oleh Kudanya, manakala Raja Hitam akan menyerang Bidak Putih di petak f6.)

30. Kf1 Kf7 31. Ke2 Kxf6 32. Kd3 Ke6 33. Kc4 e4 34. Kc5 Ne5 35. Kb6 f4 36. Kxa6 f3 37. Bd2 Nc4 38. Be1 Na3 (Kuda Hitam ini tak boleh ditawan Gajah Putih kerana petak  e3 boleh diceroboh Bidak Hitam di petak e4, dan seterusnya Bidak Hitam di petak f3 boleh digerak ke petak f2 dan selanjutnya ke petak f1 untuk dipromosikan menjadi Ratu Hitam.)

39. Bd2 Kd5 40. Bc1 Kc6 0-1


2. Mikhail Tal (Jika masih hidup, Tal genap usia 85 tahun pada 9 Nov 2021) vs Janos Flesch

Lvov, URS Jun 1981 Pertahanan Caro Kann dengan Variasi Steinitz disulami Variasi Serangan Kasparov B17

1.e4 c6 (Pertahanan Caro Kann.)

2.d4 d5 3.Nc3 dxe4 4.Nxe4 Nd7 (Variasi Karpov.)

5.Nf3 Ngf6 (Putih boleh tawan Kuda ini atau sekadar bertahan dengan gerakan Bd3.)

6.Ng3 e6 7.Bd3 c5 8.c3 cxd4 9.Nxd4 (Putih elak posisi bidak terasing.)

9 ... Bc5 10.O-O Bxd4 (Kebiasannya tak dikorbankan kerana mana-mana Gajah - sama ada Putih atau Hitam - tak kuat tanpa pasangan.)

11.cxd4 O-O 12.Bg5 h6 13.Bf4 Nb6 (Gerakan ini tak betul kerana walau Bidak Putih di petak d4 itu boleh ditawan Ratu Hitam, Putih boleh gerak Bentengnya ke petak c1 dan selepas itu melakukan discovered check dengan Bh7 lalu Ratu Hitam dapat ditawan.)

14.Bc2 Nbd5 15.Be5 Qb6 (Kedudukan Ratu Hitam ini tak begitu strategik kerana ia keseorangan berikutan Kuda Hitam di petak d4 berfungsi untuk pertahankan pasangannya di petak f6 bagi elak syahmat.)

16.Qd3 Nb4 (Ratu Hitam tak boleh tawan percuma bidak Putih di petak b2 kerana ia akan terperangkap apabila Benteng Putih di petak f1 digerak ke petak b1.)

17.Qd2 Nxc2 (Kuda Hitam tak boleh serang dengan gerak ke petak g4 kerana Gajah Putih akan tawan Kuda Hitam di petak f6. Setelah Gajah Putih berkenaan ditawan pula, Kuda Putih serang Raja Hitam dengan gerakan ke h5, kemudian bidak Putih serang Kuda Hitam di g4 dengan gerakan h3.)

18.Bxf6 Nxa1 (Putih tak kisah Benteng di petak a1 itu ditawan, Bidak Hitam di petak g7 pula tak boleh tawan Gajah Putih di petak f6 kerana Ratu Putih akan tawan Bidak Hitam di petak h6 lalu Kuda Putih kemudiannya digerak ke h5 untuk melakukan syahmat berpasangan dengan Ratu Putih. Jika Ratu Hitam bertahan di petak b5, Kuda Putih boleh ke petak e4 untuk pertahankan petak g5 lalu Hitam tak boleh bertahan dengan meletakkan Ratunya di situ. Kuda Putih juga boleh serang Raja Hitam dengan gerakan ke petak f6 sedangkan tiada pihak Hitam boleh pertahankan tapak itu melainkan dengan gerakan Ratu Hitam ke petak f5, namun tindakan ini hanya membuatkannya terpaksa bunuh diri.)

19.Nh5 e5 (Gerakan ini memberi laluan kepada Gajah Hitam di petak c8, manakala Ratu Hitam boleh pertahan Bidaknya di petak h5, tapi sudah lewat.)

20.dxe5 g5 (Idea Hitam kononnya untuk perkukuh petak h6.)

21.e6! (Siapapun daripada pihak Hitam yang tawan bidak ini akan tetap menyebabkan Bidak Hitam di petak h5 terlindung tanpa dipertahankan! Jika f7xe6, maka Ratu Putih ke petak d3, Benteng Hitam di petak f8 terpaksa tawan Gajah Putih di petak f6 lalu ia ditawan pula oleh Gajah Putih sehingga Ratu Hitam terdesak ke petak f8 untuk menyelamatkan dirinya lalu Benteng Putih digerak ke petak d1. Jika Gajah Hitam tawan Bidak Putih di petak e6, Gajah Putih tawan Bidak Hitam di petak g5, Ratu Hitam terpaksa ke petak c5 kerana Bidak Hitam di petak h5 tak boleh tawan Gajah Putih di petak g4! Gajah Putih kemudiankan digerak ke petak h4. Raja Hitam perlu ke petak g7 untuk pertahankan Bidak di petak h5, tapi Ratu Putih ke petak d3 seiring bersedia melakukan syahmat di petak h7. Gerakan Kuda Putih yang kemudiannya melakukan fork terhadap Ratu Hitam di petak c5 dan Benteng Hitam di petak f8 akan membawa Hitam kepada kemusnahan.)

21 ... Qxe6 22.h3 Qf5 23.Rxa1 Be6 24.Re1 Qg6 25.g4 Rac8 26.Bc3 Rfd8 27.Qe3 Rd3 28.Qe5 Rcxc3 (Hitam terpaksa korbankan Bentengnya bagi mengelak syahmat.)

29.bxc3 (Hitam hanya boleh melewatkan kekalahan dengan mempertahankan Bentengnya di petak d3 dengan menggerakkan Gajahnya ke petak c4 kerana apabila Kudah Putih digerak ke petak f6, Raja Hitam ke petak g7. Apabila discovered check dilakukan dengan Kuda Putih ke petak d5, Raja Hitam ke petak h7, apabila Kuda Putih serang Ratu Hitam di petak g6, Ratu Hitam boleh ke petak e6 untuk bersemuka dengan Ratu Putih.)

29 ... Kh7 30.Nf6+ Kg7 31.Nd5+ Kh7 32.Ne7 (Saya baca nota catur di chessgames.com, perlawanan ini dihentikan setakat gerakan Putih di sini! Bagaimanapun, Agadmator’s Chess Channel di YouTube memaparkan “versi panjang” seperti bersambung di bawah ini. Yang mana satu betul? Apa-apa pun, Tal sudah jelas menang meskipun Hitam enggan mengalah di gerakan ke-32.)

32 ... Qg7 33.Qe4+ f5 34.gxf5 Bxf5 (Jika Ratu Hitam tawan Kuda Putih di petak e7, lagi sekali terjadi discovered check yang menyebabkan Ratu Hitam ditawan!)

35.Qxf5+ Kh8 36.Ng6+ (Jika Raja Hitam digerak ke petak g8, Putih gerak Bentengnya ke petak e8.)

36 ... Kh7 37.Nh4+ Kh8 38.Re8+ Qg8 39.Ng6+ Kh7 (Jika Raja Hitam digerak ke petak g7, Putih gerak Bentengnya ke petak e7.)

40.Ne7+ Qg6 41.Qxg6#


3. Alireza Firouzja vs Mustafa Yilmaz

European Team Chess Championship 2021 Chess.com 15 Nov 2021 Rnd 4 Sicilian Defense, Najdorf Variation

1. e4 c5 2. Nf3 d6 3. d4 cxd4 4. Nxd4 Nf6 5. Nc3 a6 6. Be3 e5 7. Nb3 Be6 8. Qd2 Nbd7 9. O-O-O Be7 10. h3 b5 11. g4 Rc8 12. Kb1 Nb6 13. g5 Nh5 (Mengikut teori, kedudukan Kuda Hitam di bahagian sayap tak sesuai.)

14. h4 Nc4 15. Bxc4 Rxc4 (Jika Bidak Hitam menawan Gajah Putih di petak c4, Kuda Putih di kiri akan digerak ke petak c1. Jika Benteng Hitam digerak ke petak d8, Kuda Putih yang satu lagi digerak ke petak d5 untuk kawal petak-petak b6 dan c7. Jika Kuda Putih di petak d5 ini tidak dihapuskan, ia akan menawan Gajah Hitam di petak e7 lalu Ratu Hitam terpaksa menawan Kuda Putih ini, seterusnya Menteri Putih tawar pertukaran dengan serentak menawan Bidak Hitam di petak d6. Setelah pertukaran menteri diterima, Benteng Putih yang menawan Menteri Hitam akan ancam Bidak Hitam di petak a6. Putih turut ancam syahmat dengan menggerakkan Bentengnya dari petak h1 ke petak d1.)

16. Nd5 Bxd5 (Jika Benteng Hitam menawan Bidak Putih di e4, Gajah Putih akan digerak ke petak b6 untuk ancam Menteri Hitam. Jika selepas ini, Menteri Hitam digerak ke petak b8, Gajah Putih yang satu lagi akan dimajukan ke petak a5. Walaupun kebiasaannya petak-petak tepi tak sesuai untuk Kuda, Kuda Putih di petak a5 ini boleh dilompatkan ke petak c6 untuk serentak mengancam Menteri HItam di petak b8 dan Gajah Hitam di petak e7. Jika Gajah Hitam menawan Kuda Putih di petak d5, Menteri Putih akan menawannya, Menteri Hitam tawan Gajah Putih di petak b6, Menteri Putih pula tawan Benteng Hitam di petak e4. Menteri Hitam menawan Kuda Putih di petak a5, Menteri Putih akan ancam Raja Hitam dengan menuju ke petak c6. Raja Hitam terpaksa ke petak f8 lantas Benteng Putih menawan Bidak Hitam di petak d6. Setelah Benteng Putih ini dihapuskan oleh Gajah Hitam, Putih tiada masalah untuk melakukan syahmat. Jika Raja Hitam digerak ke petak d8 setelah diancam Menteri Putih seperti sebentar tadi, Benteng Putih akan digerak ke petak d1. Jika Bidak Hitam digerak ke petak f6 untuk membuka ruang kepada Raja Hitam menyelamatkan diri, Bidak Putih digerak ke petak b4 untuk menghalau Menteri Hitam daripada mengawal petak b6 dan petak c7. Selepas Menteri Hitam melarikan diri ke petak a4, Putih boleh melakukan syahmat terhadap Raja Hitam. Oleh kerana inilah Gajah Hitam terpaksa tawan Kuda Putih di petak d5.)

17. Qxd5 Qc7 18. Nd2 (Jika Benteng Hitam tawan bidak Putih di petak c2, Benteng Putih akan digerak ke petak c1. Setelah pertukaran Benteng, Putih boleh menyerang Raja Hitam dengan pergi ke petak a8. Jika Menteri Hitam bertahan dengan menuju ke petak d8, Menteri Putih ke petak b7, kemudiannya Gajahnya ke petak b6. Jika Hitam melakukan gerakan 0-0, Benteng Putih digerak ke petak c7 untuk menyerang Gajah Hitam di petak e7. Jika Benteng Hitam digerak ke petak e8, Benteng Putih serang pula Menteri Hitam dengan menduduki petak d7. Jika Menteri Hitam ke petak b8, Menteri Putih tawan Menteri Hitam. Dan, setelah Benteng Hitam tawan Menteri Putih di petak c8, Benteng Putih tawan Gajah Hitam di petak e7. Putih dalam keadaan ini berkelebihan satu buah utama.)

18 … Rc6 19. Rc1 O-O 20. c3 g6 21. Rc2 Rb8 22. Rhc1 a5 23. b4 Rc8 24. a4 axb4 (Pilihan terbaik ialah Bidak Hitam di petak b5 tawan Bidak Putih di petak a4. Jika Bidak Putih digerak ke petak b5, Menteri Hitam akan digerak ke petak b8. Benteng Putih digerak ke petak b2 bagi membolehkan Bidak Putih di atasnya tawan Benteng Hitam di petak c6. Hitam gerak bidaknya ke petak a3 lalu Benteng Putih berkenaan ke petak b3 lalu Bidak Hitam di atas Bidak Hitam di petak a3 digerak ke petak a4. Benteng Putih berkenaan digerakkan pula ke petak b4. Hitam kemudiannya ancam Menteri Putih dengan menggerakkan Bentengnya ke petak c5 lalu Gajah Putih menawan Benteng Hitam terbabit. Kuda Hitam digerak ke petak f4 untuk serang Menteri Putih, lalu Menteri Putih digerak ke petak c4. Hitam menawan Gajah Putih di petak c5 serentak ancam Menteri Putih lalu Menteri Putih undur ke petak f1. Keadaan ini memberi kelebihan kepada Hitam.)

25. Qxc6 Qxc6 26. cxb4 Qxc2+ (Jika Menteri Hitam diselamatkan dengan berlindung di petak d7, Benteng Putih akan tawan Benteng Hitam di petak c8 lalu Raja Hitam perlu ke petak g7. Oleh itu, Bidak Putih di petak a4 boleh bergegas untuk promosi. Jika Hitam gerakkan Bidaknya ke d5 bagi memberi ruang Gajahnya serang Bidak Putih di petak b4, Benteng Putih digerak ke petak c7 untuk tawan Menteri Hitam. Apabila Menteri Hitam ke petak e6, Benteng Putih serang pula di petak c6. Setelah Menteri Hitam ke petak d7, Bidak Putih digerak ke petak a6. Jika Gajah Hitam menawan Bidak Putih di petak b4, Bidak Putih digerak ke petak a7, apabila Gajah Hitam menawan Gajah Putih di petak e3, Bidak Putih berjaya dipromosikan dengan melangkah ke petak a8, lalu seterusnya Benteng Putih melakukan gerakan syahmat dengan menduduki petak g8.

27. Rxc2 Rb8 (Jika Benteng Hitam tawan Benteng Putih di petak b2, Raja Putih tawan Benteng Hitam ini. Bidak Hitam tawan Bidak Putih di petak a4, tapi Bidak Putih disebelahnya ke petak b5, Gajah Hitam ke petak d8 lalu Bidak Putih ke b6. Hitam gerak kudanya ke petak g7 tapi sudah lewat. Putih seterusnya gerak Bidaknya ke petak b7 diikuti Gajah Hitam ke petak c7. Gajah Hitam ke petak b8, Gajah Putih ke petak c6. Hitam sekadar mampu menggerakkan Kudanya ke petak e6. Kuda Putih pula boleh digerak ke petak c4, seterusnya ke petak a5. Jika Kuda Hitam serang Bidak Putih di petak b7 dengan menduduki petak c5, Gajah Putih tawan Kuda Hitam ini lalu Gajah Putih ditawan pula oleh Bidak Hitam yang berada di petak d6. Kuda Putih serang pula Gajah Hitam di petak b8 lalu setelah Gajah Hitam itu dialih ke petak lain, Bidak Putih dipromosikan lalu ditawan Gajah Hitam tadi yang kemudiannya ia ditawan pula oleh Kuda Putih.)

28. a5 Nf4 29. Rc7 Bd8 30. Rd7 Nd3 31. a6 Nxb4 32. a7 Ra8 33. Rxd6 Bc7 34. Rd7 Na6 35. Rd5 Ba5 36. Nb3 1-0


4. Jan-Krzysztof Duda vs Liviu Dieter Nisipeanu

European Team Championship 2021

Terme Catez SLO, rd 7, 19 Nov 2021
Sicilian Defense: Four Knights. Exchange Variation B45

1.e4

3.d4

5.Nc3

6 … bxc6

8 … Qc7

11 … O-O 12.a3

15.Nxc8

20.Kf3

21 … gxf4

22 … Kh8

23 .. fxg3 (Hitam kalah kerana tiada jalan lain selain Raja Putih diancam dengan Bentengnya dengan gerakan dari petak b8 ke petak g8. Namun, Raja Putih boleh berlindung di sebalik Bidak Putih yang sedia ada di petak g3.)


5. Yaniet Marrero Lopez vs Thi Mai Hung Nguyen

Khanty-Mansiysk Olympiad (Women) 2010, Khanty-Mansiysk RUS, rd 2, Sep-22 Sicilian Defense: Hyperaccelerated Dragon (B27)

1. e4 c5 2. Nf3 g6 3. d4 cd4 4. Qd4 Nf6 5. e5 Nc6 6. Qa4 Nd5 7. Qe4 Nc7 8. Nc3 Bg7 9. Bf4 O-O 10. O-O-O Rb8 11. h4 Ne6 12. h5 a6 13. hg6 hg6 14. Bc4 Nf4 15. Qf4 b5 16. Qh4 Re8 (Keadaan ini berkelebihan kepada Putih yang melakukan 0-0-0.) 17. Bf7 Kf7  18. e6 de6  (Jika Raja Hitam ke petak f8, Menteri Putih ke petak f4, Gajah Hitam halang di petak f6, Benteng Putih ke petak h8, Raja Hitam ke petak g7 maka Menteri Putih melakukan gerakan syahmat di petak h6.) 19. Qf4 Bf6 20. Rh7 Kg8 21. Qh6 Qd1 22. Nd1 Nd8 (Gerakan untuk menguasai petak f7) 23. Qg6 Kf8 24. Ng5 1-0 (Hitam mengalah kerana sudah terlewat untuk diteruskan dengan apa-apa gerakan pun, Putih gerak Bentengnya ke petak f7, Gajah Hitam ke petak b7, dan setelah ia ditawan oleh Kuda Hitam, Putih melakukan langkah syahmat dengan Menteri ke petak f7. Atau, lebih menarik ialah Kuda putih melakukannya dengan gerakan ke petak e6 jika Gajah Hitam sebelum itu telah digerak ke petak b7. Perlawanan ini beri suatu petua main catur iaitu kuda dan gajah perlu segera diubah dari posisi asal masing-masing ke mana-mana petak yang membolehkan mereka menyerang atau bertahan.)


[nota:  Di atas ni ialah Gambar Alireza Firouzja sedang bertarung dengan Shakhriyar Mamedyarov pada 21 November lalu. Remaja berasal dari Iran tapi kini mewakili Perancis ini sudah berjaya melepasi halangan rating 2800. Beliau yang sekarang berusia 18 tahun 5 bulan adalah pecatur di seluruh dunia paling muda yang berjaya melepasi halangan rating ini dengan memecah rekod Magnus Carlsen yang berumur 18 tahun 335 hari sewaktu melakukan kejayaan yang sama. Di masa ini, Firouzja adalah pecatur nombor 2 dunia dengan rating 2803.8 di bawah Carlsen dari Norway yang memperolehi rating 2855.9, manakala Ding Liren dari China ketiga dengan rating 2801.6. Nampak gaya, Duda ketinggalan la pulak!]

 

Alireza Firouzja (2770) vs Shakhriyar Mamedyarov (2765)

23rd European Team Championship (chess24.com) round 9 21 Nov 2021 C50 Giuoco Piano

 

1.e4 e5 2.Nf3 Nc6 3.Bc4 Bc5 4.O-O Nf6 5.d3 h6 6.c3 d6 7.Re1 O-O 8.h3 a5 9.Nbd2 Be6 (Boleh juga Bidak Hitam digerak ke petak a4 dan kemudiannya Gajah Hitam di sebelah itu diundurkan.)

 

10.Bxe6 fxe6 11.Nb3 Ba7 12.Be3 Bxe3 13.Rxe3 a4 14.Nbd2 d5 15.Re2 b5 (Gerakan Bidak Hitam ke petak d4 difahamkan lebih mengancam kedudukan Putih. Kerana mungkin gerakan selanjutnya ialah 16. cxd4Nxd4 17. Nxd4exd4)

 

16.exd5 Nxd5 (Dua Bidak Hitam menjadi lemah kerana maju berturutan di petak e5 dan petak e6.)

 

17.a3 Nf4 18.Re3 Qe8 (Mengikut komputer, Kuda Hitam sepatutnya digerak kembali ke petak sebelumnya dengan gerakan 18 … Nd5 untuk serang Benteng Putih.)

 

19.g3 Nxh3+ 20.Kg2 Ng5 21.Nxg5 hxg5 22.Qg4 Rf5 23.Nf3 Qf7 24.Qe4 Rf8 25.Rh1 g6 26.Qxc6 g4 27.Kg1 Rxf3 28.Rxf3 Qxf3 29.Qxe6+ Qf7 30.Qxf7+ Rxf7 31.Rh4 Rd7 32.Rxg4 Rxd3 33.Rxg6+ Kf7 34.Rc6 Rd2 35.c4 Rxb2 36.Rxc7+ Ke6 37.Rc6+ Kf5 38.cxb5 Rb3 39.b6 Rxa3 40.b7 Rb3 41.Ra6 Rxb7 42.Rxa4 e4 43.Ra5+ Kf6 44.Kf1 Rb3 45.Ke2 Rc3 46.Ra8 Rb3 47.Rf8+ Ke5 48.Kf1 Kd4 (Gerakan 48 … Kd4 silap kerana Hitam masih boleh seri dengan gerakan Bentengnya ke petak f3, lalu ditawan Benteng Putih, Benteng Putih ini ditawan pula Bidak Hitam. Jika Bidak Putih selepas ini digerak ke petak g4, Raja Hitam akan tawan Bidak Putih ini.)

 

49.Kg2 Rb7 50.Kh3 Ke5 51.g4Kd5 1-0 (Hitam menyerah kalah kerana kajian mendapati jika Benteng Hitam digerak ke petak g7, Raja Putih ke petak h4, Benteng Hitam ke petak h7, Raja Putih ke petak g5, Benteng Hitam ke petak g7 semula, Raja Putih ke petak h5, Benteng Hitam ke petak h7, Raja Putih ke petak g6. Apabila Benteng Hitam ke petak h2, Bidak Putih di fail g akan maju ke petak g5 dan Benteng Hitam tak mampu halang ia dipromosi.)

Anish Giri (2712) vs Magnus Carlsen (2855) Blitz Game, Meltwater Champions Chess Tour Finals 2021


1. e4 c5 (Sicilian Defense) 2. Nf3 Nc6 3. Bb5 e6 4. O-O Nge7 5. d4 cxd4 6. Nxd4 Qb6 7. Be3 Nxd4 8. a4 Nxb5 (Magnus membiarkan Menterinya ditawan. Tapi, dia memperoleh pampasan berupa satu kuda dan dua gajah. Kebiasaannya, dalam situasi sebegini Putih akan lebih unggul kerana satu Menteri boleh menumpaskan lawan yang tiada Menteri tapi berkelebihan tiga buah-buah yang tak begitu kuat seperti kuda atau gajah.)


9. Bxb6 axb6 10. Nd2 (Putih tak boleh makan Gajah Hitam di petak b5 kerana nanti Bentengnya di petak a1 akan ditawan Hitam pula.)


10 … Nd6 11. e5  Ndf5 12. Ne4 Nc6 13. G4 Nh4 14. f4 h5 15. h3 hxg4 16. hxg4 d5 17. exd6 (Umpan Hitam dengan bidaknya yang mara ke petak d5 diterima Putih. Tindakan Putih ini menyebabkan pertahanannya di bahagian Raja menjadi lemah. Sebaliknya, Raja Hitam kini tak begitu terancam walau berada di tengah-tengah kerana ia boleh dilindung pengawal-pengawalnya yang terdiri daripada gajah-gajah, kuda-kuda dan benteng-benteng. Jika saya main pula, saya tak tawan Bidak Hitam ini tapi saya akan serang Raja Hitam seiring Gajah HItam di petak c8 dengan lompat Kuda Putih ke petak d6 dan jika Kuda saya itu ditawan pun, saya dapat mengurangkan buah Hitam - sama ada Kuda atau Gajah - bagi membolehkan saya ada ruang untuk check Raja Hitam di langkah-langkah saya selanjutnya. Namun, saya tak pasti sama ada strategi saya ini satu yang agak baik atau lebih buruk daripada gerakan Anish ini.)


17 ... Ra5 18. c4 (Jika saya, saya akan gerak bidak ini ke petak c3 bagi mengekang pergerakan Kuda Hitam, kemudiannya bidak disebelahnya saya gerak ke b4 untuk halau Benteng Hitam berkenaan.)


18 ... f5 19. b4 Nxb4 20. d7+ Bxd7 21. Nd6+ Bxd6 22. Qxd6 Nc6 23. Rad1 Bc8 24. g5 Ng6 25. Rf2 Kf7 26. Qc7+ Nce7 27. Rd8 Rxd8 28. Qxd8 Rxa4 29. Qc7 e5 30. fxe5 Be6 31. Qxb7 Rxc4 32. Qxb6 Nxe5 33. Re2 Rc6 34. Qe3 N5g6 35. Kh2 Bc4 36. Rb2 Re6 37. Qf3 Re4 38. Rb7 Be6 39. Kg1 Rg4+ 40. Kh2 Rxg5 (Putih tak mungkin lagi dapat menyerang kerana “kubu” Raja Hitam sudah pasti tak boleh dirobohkan sedangkan Hitam boleh melakukan check dengan bantuan Gajahnya yang amat berbahaya yang tadinya berasal dari petak c8.) 41. Rb6 Bd5 42. Qe3 Rg2+ 43. Kh3 Rg4 44. Kh2 f4 45. Qd4 Rg5  46. Rd6 f3 47. Rd7 Rf5 48. Qg4 Be6 49. Rd1 Ne5 50. Qh4 f2 51. Kg2 Bd5+ 52. Kf1 Bc4+ 53. Kg2 f1=Q+ 0-1


Comments