Aku hairan tatkala tonton video malam semalam, seorang wartawan macam susah sangat nak cakap dalam Bahasa Melayu semasa interbiu seorang ahli politik bertaraf ustaz. Tak ada orang - tambah-tambah lagi seorang wartawan - tak boleh bercakap bahasa rasmi negara sendiri! Pergilah ke mana-mana negara pun! Ahli-ahli politik pun sama, takkanlah tak boleh cakap Bahasa Melayu jika dilahirkan di Malaysia, bukan? Aku pernah kerja restoran dengan seorang Bangla yang lancar sungguh Bahasa Melayunya. Walau baru beberapa tahun Bangla terbabit duduk di Malaysia tapi suara dia kedengaran betul-betul macam orang Melayu! Jangan salah anggap kritikan aku ni pula kerana ramai wartawan bukan Melayu lain yang fasih Bahasa Melayu, begitu juga ahli-ahli politik bukan Melayu! Dijadikan suatu isu pula dengan ada pihak yang desak ahli politik terbabit - mungkin termasuk seorang rakan di sebelahnya - minta maaf kerana didakwa membuli wartawan berkenaan. HeHeHe. Aku tak tahu sama ada ramai wartawan sekarang manja sangat atau ramai pemimpin politik sudah muflis isu. Zaman aku kerja awal 1990-an dulu, kena herdik dengan ungkapan seperti "Hang sekolah mana? Tulis macam tak pernah pergi sekolah!" sudah jadi kebiasaan. Oleh itu, ustaz berkenaan toksah minta maaf tapi elak selit kisah suruh cakap dalam Bahasa Melayu tu semasa berkempen! Biar ja mereka terbabit meroyan!!!


 

























Comments