MUHASABAH DIRI KITA!

Ajaran Islam mudah dan tiada sebarang unsur meragukan. Oleh itu, kini berbondong-bondong orang bukan Islam masuk Islam di seluruh dunia. Pada masa yang sama, semua penganut Islam diajar berbuat baik sesama manusia melainkan jika Islam diperkotak-katikkan pihak tertentu. Dan, kita perlu juga melaksanakan semua suruhan Allah seperti solat, puasa, zakat, haji, berniaga tanpa tekanan seperti amalan riba dan rasuah, hukum hudud dan qisas, serta banyak lagi. Dipendekkan cerita, sentiasalah kita bermuhasabah dengan pegangan dan amalan diri masing-masing supaya tak sesat dalam kecerahan siang! 
     Di bawah ini ada beberapa video sajak dan lagu berbentuk sufi. Saya letak juga dua video mengenai perkembangan negatif di Arab Saudi sebagai pengajaran dan bukannya untuk memburukkan negara berkenaan. Negara-negara yang ramai orang Islam lain seperti Indonesia dan Malaysia lagilah teruk budaya berhibur yang tak payah saya perjelas di sini. 
     Saya letak juga video seorang perempuan yang baru masuk Islam yang fasih berbahasa Melayu sewaktu curhat dengan linangan air mata. Namun, pengalaman saya pula terbalik dengan apa yang dialami muslimah ini. Sewaktu saya bekerja di PJ  Hilton pada sekitar 1989-1990, saya bertemu ramai waiters serta banquet managers bukan Islam yang amat fasih berbahasa Melayu sehingga saya sangka mereka itu Islam. Seorang yang saya panggil Joe, saya tahu beliau bukan Islam kerana terlihat kad pengenalannya.Seorang lagi pelajar Stamford College berbangsa Cina, rasanya beliau beragama Kristian walaupun sewaktu berbual mengenai agama, beliau mengaku beliau seorang free thinker. Beliau ini selalu nasihat saya supaya saya jadi seorang Islam yang baik yakni jangan buat perkara-perkara yang dilarang Islam. "Nanti kau masuk neraka, Man!" Ada lagi beberapa orang lain yang saya tak berapa rapat seperti seorang gadis Cina. Dia ketuk kepala saya dengan fail sewaktu kami bertemu dekat Kota Raya. Beliau balas balik perbuatan "tak senonoh" saya sewaktu kami bekerja di hotel berkenaan. 
     Semasa saya bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat menjual ayam pula, rakan sejawatan yang sebilik dengan saya di hostel, seorang lelaki Cina, turut fasih berbahasa Melayu dan suka sangat tidur pakai kain batik. Ada salib dilekat dekat dinding di sebelah kepala katilnya! 
     Sewaktu bertugas sebagai wartawan pula, lagi ramai saya berjumpa manusia-manusia pelik. Antaranya, seorang wartawan sukan berdarah campuran Sikh dan Cina atau India, saya tak begitu pasti bangsa kedua orang tuanya, yang turut fasih berbahasa Melayu, tapi gaya Kelantan. Beliau dakwa beliau pernah pergi solat Jumaat kerana diarah pihak tertentu sewaktu berusia belasan tahun ke masjid kerana beliau disangka orang Islam. Beliau yang ketika itu masih bersekolah malas nak jelas perkara sebenar! Dalam keadaan berkaitan, orang Islam yang nak masuk Kristian pun saya pernah bertemu. Saya sekadar nasihat lelaki yang menghadapi masalah dalam hal perniagaan itu supaya bersabar. (nota: Petang 28 Oktober, saya tertonton YouTube mengenai Sukmawati Sukarnoputri tepat usia 70 tahun masuk Hindu di Bali. Dia didakwa sebagai reinkarnasi seorang Ratu Majapahit. Semoga kita semua yang beragama Islam tetap Islam sampai ke hujung nyawa. Allahu Akbar!) Saya temu juga wartawan dan bukan wartawan yang kaki minum, kaki judi, kaki dadah, lelaki kaki perempuan atau lelaki kaki lelaki atau sebaliknya, serta pernah juga saya sambut Tahun Baru Cina dengan seorang wanita Cina cantik dengan beberapa ahli keluarganya, siap ada gambar beliau berbogel dalam majalah Playboy tersangkut di dinding ruang tamu! Wow! Lihat duit tunai berpuluh-puluh ribu - mungkin lebih kerana penuh dalam sebuah beg depan mata saya - yang akan diberi kepada pihak tertentu, geleng kepala saya tatkala berdepan dengan para penganut ideologi sosialis tegar. Malah, terpegun saya mendengar curhat seorang lelaki yang mendakwa dia diberi dadah lalu diperkosa seorang pondan, maknanya pondan terbabit dah tukar sifat jadi gay pulak dah! 
     Saya juga kerap dijemput seorang diri ke beberapa hotel untuk buat laporan, malah sekali-sekala sekadar datang untuk minum dan makan percuma. Saya pernah duduk minum berdua dengan seorang pihak atasan sebuah hotel lima bintang di Bukit Bintang, lelaki berbangsa Cina. Saya dah kurang ingat tapi rasanya kami berbual dalam Bahasa Inggeris. Tapi, hanya sekali saya bersama beliau, hari itu kami minum sambil dengar sebuah band sedang berlatih muzik di siang hari, kerana tiba-tiba seorang waiter lelaki yang datang melayan kami berdua itu saya kenal lalu saya berasa kurang enak! Seorang pihak atasan sebuah hotel berdekatan Stadium Negara, wanita berwajah kemelayuan serta turut fasih bercakap Melayu pula sering ajak saya datang ke hotel terbabit. "Kalau kak tak ada, minta ja makanan atau minuman dan sebut nama kakak," katanya. Bagaimanapun, hanya sekali sekala saya bersama kakak berkenaan kerana saya pernah terserempak dengan seorang editor akhbar yang saya kenal duduk makan bersamanya di hotel yang sama. Suatu hari, sewaktu kami berdua makan dan minum di hotel berkenaan, saya masih ingat saya sekadar makan nasi goreng, kakak terbabit bagitahu saya yang beliau akan pergi bertugas di sebuah hotel di sebuah negara Arab. Ketika inilah baru saya tahu agama kakak ini apabila saya lihat salib berbatu permata yang agak besar terdedah di bahagian atas dadanya apabila ruang baju berbutang dekat tengkuknya terselak! 
     Saya sebenarnya dulu seorang wartawan yang menulis dalam pelbagai bidang. Bukan saya yang ikut suka hati ke sana ke mari tetapi seorang editor di sebuah akhbar yang saya pernah bertugas pada 1991 sering arah saya buat begitu! Editor berkenaan kerap suruh saya pergi ke hotel pada waktu malam: "Kau makan ja. Ada berita, kau tulis. Tak menarik, tak payah tulis!" Oleh itu, saya bukan seperti kebanyakan wartawan lain yang biasanya hanya ditugaskan menulis bagi satu bidang tertentu sahaja seperti jenayah, sukan, mahkamah, hiburan atau am. Dan, disebabkan gaya kerja saya yang agak "pelik" maka saya punya hubungan dengan ramai manusia "pelik" di beberapa jabatan kerajaan dan bukan kerajaan, khususnya di bidang perhotelan. 
     Sewaktu saya menjadi pengurus outlet sebuah restoran makanan segera di PJ pula, saya disuruh solat jamak oleh seorang pengurus lain iaitu seorang lelaki Cina bukan Islam yang fasih berbahasa Melayu apabila saya hendak pergi masjid solat Jumaat. "Kita kerja macam tengah perang!" Kata beliau sedangkan bisnes bukan sibuk sangat! Saya tak ikut cakap beliau dan beliau tak kata apa-apa apabila saya berjalan kaki ke sebuah masjid berdekatan restoran 24 jam terbabit. Di mana beliau "belajar" boleh solat jamak sebegitu? Saya tak ingin tanya kerana nanti muncul masalah lain! Ada lagi beberapa peristiwa ganjil yang menyentap iman saya yang saya rasa tak sesuai ditaip di blog ini. 
     Akhir tulisan kali ini, saya nak bagi tahu kepada mana-mana pihak yang tak arif tentang beza mabuk wiski dengan dadah. Sama ja! Oleh itu, pelik apabila hukuman tak sama, dah la tak ikut perundangan Islam! Rasuah politik, rasuah pegawai kerajaan, atau rasuah peniaga pula pada saya semuanya rasuah! Oleh itu, saya tak sependapat dengan pemimpin-pemimpin siasah yang dakwa derma politik dibagi "diam-diam" sebagai bukan rasuah. Awat tak bagi duit kat sekolah hafal al-Quran ka apa? Yang bagi duit berjuta-juta kepada beberapa pemimpin politik dan ada yang tak separti pulak tu pasaipa? Saya bukan buat tuduhan rambang tapi berasaskan maklumat yang dinyatakan sendiri oleh beberapa ahli politik. Dr Mahathir pula pernah bersuara mengenai gejala politik wang! Salah tetap salah jika mereka terbabit bagi atau terima duit untuk kepentingan tertentu yang menyalahi prinsip undang-undang negara ini! Dalam hal paling akhir ini, saya minta ustaz-ustaz tertentu jangan buat "fatwa" mengarut!  



 












































Comments