Sajak-sajak lagi. Dimulakan dengan sebuah cover lagu dipopular Hetty Koes Endang yang sedap lirik, begitu jugak iramanya. Saya sehingga ini berpegang kepada pendapat ulama-ulama yang tak mengharamkan muzik dengan syarat tak melalaikan. Saya juga meraikan pihak yang berpendapat sebaliknya dan oleh itu saya berharap perbezaan pendapat mengenai muzik dan lain-lain hal tak membuatkan manusia perlu bersengketa. Oh! Saya baca sebuah rencana berita mengenai Afghanistan tadi, industri perbankan di negara berkenaan menghadapi masalah. Saya berdoa kerajaan negara yang kini dikuasai Taliban ini dapat menyelesaikannya dan semoga mereka tak terjerat dengan mana-mana negara kuasa besar seperti China. Kita tak mahu mereka sekadar keluar mulut buaya tapi kemudiannya masuk mulut harimau!







































































































































Comments