oleh Thomas Barfield
(nota: Syarahan ahli akademik Barat dalam video paling atas, ada kelemahan sebagai contoh perbualannya dengan beberapa rakyat biasa ditonjolkan - bukan sekurang-kurangnya seorang ulama, pemimpin politik terkemuka atau pihak berkuasa tempatan - dijadikan sebagai rujukan utama untuk menafsirkan keadaan di Afghanistan. Sudah tentu, apa yang disebut oleh golongan kurang pendidikan berkenaan contohnya hukum fekah, tahap penguasaan bahasa Arab selain maklumat mengenai struktur politik tempatan tak tepat seperti juga kenyataan mereka, yang didakwa beliau, berpendidikan tinggi tapi ternoda dengan segala macam dari Barat. Sedangkan, saya rasa tak begitu ramai orang yang tak bersekolah secara formal berpendirian amat jumud sebegitu! Saya faham, skop kajian beliau dihala lebih kepada pandangan rakyat bawahan - seperti yang diakui beliau - mungkin kerana alasan-alasan atau kekangan-kekangan tertentu seperti faktor keselamatan. Mungkin juga beliau berniat agak jahat untuk menimbulkan sedikit keraguan di fikiran semua orang Islam dan tambah-tambah lagi orang bukan Islam terhadap entiti Islam, khususnya negara-negara tertentu dan aliran Islam tertentu di Afghanistan. Begitupun, moga kita boleh pelajari sesuatu bermanfaat yang wujud secara tak langsung dalam syarahannya ini. Guna akal sewaktu menonton video atau membaca terjemahannya di bawah ini, dan sila tolak fakta atau pandangan menyeleweng. Saya letak juga di sini dua video lain membabitkan dua ustaz muda bagi memudahkan anda faham beberapa isu mengenai Islam yang ada kaitan dengan video paling atas.)
Makna puak dan fahaman agama di negara ni sering disalah
tafsir orang asing kerana kita suka ambil mudah dalam mengkategorikan penduduknya
sedangkan masalahnya di Afghanistan
penduduknya tak dikategorikan secara mudah, khususnya apabila kita tumpu kepada
puak-puak yang tak mengikut corak yang sama seperti penduduk di tempat-tempat
lain dalam dunia ini terutamanya Balkan yang menghadapi masalah sebelum
Afghanistan. Kita kena sedar bahawa pihak antarabangsa yang bergerak dari satu
malapetaka ke satu malapetaka lain di masa lalu sama ada di Yugoslavia, Timor
Timur dan Rwanda. Mereka kemudiannya ke malapetaka lain seiring mengkaji sebarang
persamaan. Kadang-kadang tak sama seperti yang berlaku di Afghanistan. Oleh
itu, apabila kita peroleh jawapan kepada persoalan-persoalan yang wujud, kita
terkejut pula dengan masalah-masalah yang berlaku di tempat-tempat lain.
Kita perlu ada pengetahuan tempatan, dan orang asing yang
pergi ke Afghanistan sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai hal tempatan,
khususnya kerana orang-orang tempatan yang kita berbual mampu berbahasa asing
yang bagus kerana punya pengalaman tinggal di luar negara, dan mereka ini
tafsir dan lihat dunia dengan kaedah yang sama dengan kita, manakala majoriti
penduduk tempatan tak boleh berbahasa Inggeris dan tak lihat pun dunia seperti
yang kita lihat lalu menafsirkan secara amat berbeza pula. Oleh itu, amat
penting, di mana-mana negara sama ada Pakistan, Afghanistan atau India apabila anda
bercakap dengan seorang Afghanistan, seorang India atau seorang Pakistan tak
bermaksud apa yang mereka katakan itu mewakili negara-negara berkenaan, dan
penting untuk anda memperolehi identiti individu terbabit, taraf mereka dalam
masyarakat, bukan bermaksud apa yang mereka cakap tak betul, tapi untuk
mengetahui sama ada pandangan itu minoriti atau majoriti. Sama ada ia benar
berasaskan fakta atau tidak, khususnya di Afghanistan. Tempat-tempat lain di
dunia ini tak perlukan fakta untuk masyarakat bertindak. Khabar angin yang
dipercayai sebagai benar oleh orang ramai dianggap sebagai suatu kebenaran. Lalu,
jika nafi kabar angin akan menyelesaikan masalah. Tidak. Afghanistan bukan
begini.
Di sini, orang hidup dengan teori konspirasi. Apabila
Taliban mula berkembang di utara Afghanistan, penjelasan yang diberi ialah
Amerika Syarikat bawa mereka ke sana. Kenapa? Kita lihat helikopter-helikopter.
Kenapa? Jika Amerika Syarikat nak menetap di Afghanistan, negara ini perlu
Taliban untuk berlawan. Ia sebenarnya adalah hubungan kedua-dua pihak
yang mengarut. Namun, ramai orang tetap berfikir
seperti ini.
Baiklah, kita fokus kepada puak dan fahaman agama yang
berkaitan antara satu sama lain. Sebagai ahli antropologi, kita sering
membezakan antara puak yang berorganisasi dengan yang tak berorganisasi. Di
Afghanistan, puak utama ialah Pashtun yang mungkin 40, 43 atau 45 peratus
daripada keseluruhan penduduk Afghanistan. Mungkin juga berjumlah besar tapi
bukannya majoriti. Makna kata, Afghanistan bukan sebuah negara yang sesuatu
puak jelas ada majoriti. Pashtun nafikannya sebab politik kerana dalam
demokrasi kita anggap ia suatu kesucian. Pihak majoriti pasti benar.
Masalahnya, di Afghanistan mereka tiada bancian penduduk
sejak 1971. Semua angka mengenai jumlah sesuatu puak atau hal-hal lain adalah
anggaran. Ia disahkan secara percakapan berulang-ulang. Semalam kita mungkin
kata 30 juta penduduk Afghanistan, mungkin benar 30 juta dan mungkin tidak.
Kita tak tahu. Pashtun pula kata mereka 50, 60 peratus daripada jumlah penduduk
negaranya. Kita tak tahu kerana kerajaan sejak 10 tahun lepas tak pernah buat
bancian penduduk dan jika mereka buat bancian penduduk, mereka tak tanya
mengenai nama puak. Anda boleh anggar cuma dengan mengetahui siapa yang tinggal
di sesuatu kawasan. Malah, jumlah penduduk Afghanistan mengikut bancian
penduduk terakhir, kerajaan Afghanistan kata, mereka ada 20 juta pada 1971.
Mereka buat bancian penduduk, mereka dapat 12 juta. PBB kata
negara awak bukan sebuah negara miskin jika hanya 12 juta penduduk. Anda akan
hilang bantuan. Pihak Afghanistan kata pula bancian penduduk itu ada kecacatan,
kami tambah 4 juta, kau bagi 4 juta. Statistiks semasa perang dengan Soviet
dikatakan sebagai 16 juta, angka sebenar 12 juta, PBB bagi 4 juta lalu 16
disebut berulang-ulang sehingga 2001 apabila ada pihak mengatakan pasti lebih
lagi penduduk berbanding angka itu, lalu mereka gandakan. 20, 25 dan sekarang
30 juta. Penduduk Kabul 2 juta, 3 juta atau 5 juta, siapa yang tahu? Saya
bagitahu anda supaya cermat kerana mereka tak seperti India yang ada rekod. Di
Afghanistan, tiada sijil kelahiran, tiada sijil kematian.
Yang menarik mengenai Pashtun, sejumlah besar mereka
menyeberang sempadan. Ada lebih ramai Pashtun di Pakistan, mungkin lebih dua
kali ganda berbanding yang ada di Afghanistan, walaupun jumlah mereka besar di
Afghanistan. Oleh kerana ini, mengikut terma politik, Pashtun sering desak
untuk kemerdekaan Pashtun di Afghanistan. Peta membabitkan mereka ialah arah ke
bawah menuju Sungai Indus sehingga Karachi iaitu setengah daripada keluasan
Pakistan. Masalahnya, tak jelas mengenai matlamat negara Pashtun baru ini
termasuk kawasan di Afghanistan kerana Pashtun yang tinggal di Afghanistan
nanti jadi golongan minoriti. Mereka tak mahu jadi minoriti, mereka nak jadi
kumpulan yang memerintah Afghanistan. Oleh itu, prinsip kebebasan Pashtun di
Afghanistan tak jelas.
Puak Pashtun mengikut sejarah adalah pembekal kumpulan orang
yang memerintah Afghanistan. Menariknya, berabad-abad kumpulan yang memerintah
yang digelar Durani tak lagi bercakap loghat Pashtun. Mereka berubah menjadi
orang yang berbahasa Parsi. Lingua franca
bagi Afghanistan berasas kepada puak Tajik – istilah Tajik ni tak diguna pakai
sangat di Afghanistan. Puak Tajik memang dari asal bercakap Parsi tapi
berfahaman Sunni. Pashtun juga Sunni. Satu hal penting lagi, setiap kali saya
kata secara umum bahawa Pashtun ini Sunni, Tajik juga Sunni, seorang warga
Afghanistan boleh angkat tangan dan kata saya tahu seorang Syiah Tajik atau
terdapat di sempadan barat laut segolongan Syiah Pashtun. Benar. Di Afghanistan
ada pengecualian bagi setiap perkara. Persoalannya dalam keadaan macam mana?
Tajik bercakap Parsi dan orang bercakap Parsi berada dalam
kerajaan Afghanistan sejak berabad-abad lalu kerana British tanya sewaktu masuk
Afghanistan melalui India, apa bahasa pegawai-pegawai mereka perlu guna?
Dijawab Parsi. Ia adalah bahasa Perancis bagi negara-negara di timur. Dari
Empayar Uthmaniyah, Turki ke utara India, Empayar Mongol, mereka simpan dokumen
dan berhubung diplomatik dalam bahasa Parsi. Orang berpendidikan berbahasa
Parsi. Oleh itu, apa berlaku kepada Pashtun dari pergunungan atau gurun yang ke
bandar-bandar dan bekerja dengan kerajaan. Mereka menjadi seperi orang Parsi.
Ketua bagi semua puak adalah Pashtun tapi budaya mereka mengikut Parsi.
Oleh itu, apabila bercakap mengenai perbezaan puak di seluruh
Pakistan dan yang berada di Kabul atau Kandahar, adalah secara budaya berbeza
walau mereka berkenaan sama puak. Kehidupan juga berbeza, Tajik ramai berniaga,
kebanyakan ulama adalah Tajik tapi puak ini ramai pula bertani di luar bandar.
Mereka mungkin 30 peratus daripada keseluruhan penduduk Afghanistan. Lagi
sekali suatu jangkaan.
Kemudian, ada puak utama lain iaitu Turk dan Uzbek yang
ramai menetap di utara Afghanistan di sebelah utara Hindu Kush. Kawasan yang
mengikut sejarah menggunakan bahasa Turki. Utara Hindu Kush menuju Asia Tengah
ke utara menuju Bukhara adalah puak Kazakh yang turut berbahasa Turki. Mereka
ini bebas sama ada nak pilih kerajaan di Bukhara atau Kabul. Mereka akan ke
sana dan ke sini pulak! Akhir abad ke-19, kepentingan politik Uzbek dan Turk
terhakis apabila kerajaan Kabul di ambil alih. Jumlah puak ini dalam jumlah
penduduk Afghanistan mungkin 10 peratus, tak ramai tapi penting kerana mereka
ini yang mengeluarkan permaidani di Afghanistan. Eksport utama Afghanistan
ialah permaidani. Permaidani Bukhara yang terkemuka itu bukan dibuat di Bukhara
tapi dibuat oleh puak Turk, cuma dipasarkan di Bukhara. Puak Turk sedikit tapi
penting di segi ekonomi.
Apa yang utama mengenai puak-puak seperti Uzbek dan Turk
ialah puak-puak ini ada di negara-negara luar. Ada di Uzbekistan, ada di Turkmenistan,
ada di Tajikistan, di negara-negara bekas Soviet. Saya dah bagitahu Pashtun
luas kawasan yang didudukinya yang terbahagi di Afghanistan dan Pakistan. Oleh
itu, Afghanistan adalah sebuah negara yang hampir semua penduduknya ada puak di
luar negaranya. Berbeza Pashtun di Afghanistan dengan yang di Pakistan yang
sama budaya, puak-puak yang berkaitan dengan etnik di Asia Tengah pula tidak.
70 tahun dijajah Soviet merubah masyarakat di sana yang melihat Afghanistan
seperti California atau Texas melihat Meksiko. Ya, di negara kita ada orang
bercakap Sepanyol, mereka orang Meksiko. Tapi, mereka tak boleh pandu terus kereta
ke sana, sama juga puak-puak Asia Tengah, mereka tak ke Afghanistan, orang
bahaya. Stereotaip puak ini betul, tapi di sisi pandangan berbeza, puak-puak
Asia Tengah ini pasif. Kenapa mereka biar Russia memerintah mereka? Kita boleh lihat
sifat puak-puak ini sama tapi budaya mereka berbeza.
Ada satu puak yang tiada hubungan dengan negara luar iaitu
Hazara. Mereka ini Syiah, tinggal di tengah Afghanistan, dekat terletaknya Buddha
Bamyan. Ramai mereka percaya mereka keturunan Mongol, kelihatan wajah mereka ini
dari Mongolia. Yang penting di sini, mereka Syiah dan Syiah ada 15 peratus
daripada seluruh penduduk Afghanistan. Mengikut sejarah, mereka paling
didiskriminasi di Afghanistan oleh kerajaan Sunni dan Pashtun. Kita lihat
persengketaan puak antara Hazara dan Pashtun khasnya kerana akhir abad ke-19,
Amir Abdul Rahman benarkan Pashtun tawan Hazara, membolot tanah, memperhamba
warganya dan ini mencetuskan dendam. Selepas zaman perang, sejak tahun 2000
Hazara peroleh kesaksamaan politik dan menjadi musuh kepada kedatangan Taliban,
mereka juga musuh kepada Tajik dan Uzbek. Kebanyakan ahli Taliban adalah
Pashtun walau ia tak begitu secara keseluruhan.
Saya tak nak letak sedozen puak kecil lain. Jika anda
seorang pakar bahasa, anda akan cinta Afghanistan kerana ada kira-kira 20
bahasa. Dari lembah ke lembah, dari gunung ke gunung, bahasa baru ditemui,
manusia baru ditemui, agama baru ditemui. Untuk hal ini, kita tak perlu tahu
mengenainya. Kita kenali puak-puak di Afghanistan seperti Balkan yang ada
Serbia, Croatia dan Bosnia yang terjebak dengan perang saudara? Tak. Ia tak
berlaku seperti itu kerana di Afghanistan, terma-terma yang saya nyatakan ini
tidak diguna pakai di sini melainkan apabila bercakap dengan orang asing.
Kerana setiap puak terlalu ganas, terlalu ramai. Jika saya kata Hazara anti
Taliban. Seseorang boleh sebut nama pemimpin Hazara yang menyertai Taliban.
Setiap puak mahu ada wakil kerana anda tak tahu bila anda perlukannya. Begitu
juga, Pashtun menyertai satu parti, tapi segelintir Pashtun sertai parti lain
kerana mereka tak boleh “sekat” sesiapa menjadi ahli parti tertentu. Banyak
bentuk pembahagian di sini berbeza dengan Balkan, di mana di sana puak cipta
bentuk politik sedangkan di Afghanistan tidak.
Apa yang dibincangkan di sini mengenai puak terlalu
berbentuk huraian mengenai apa yang berlaku sekarang. Oleh itu, bagaimana
Afghanistan memahami hal identiti puak, anda perlu faham, ia bersarang dalam
terma-terma yang diguna pakai oleh orang asing. Bagi orang dalam, ia adalah
suatu persoalan mengenai masalah isu. Seseorang boleh mengaku sebagai seorang
Pashtun pada peringkat antarabangsa, tapi dia tak boleh “tahan” dengan Pashtun
yang tinggal di lembah sebelahnya kerana berbeza di segi suku atau kabilah. Dia
juga mungkin tak boleh “tahan” dengan sepupunya walau berhubungan dekat. Dia
malah mungkin berkahwin dengan adik perempuan sepupunya itu. Pashtun amal
kahwin sepupu.
Tapi, jika kaji apa yang kita nampak, apa maklumat yang kita
dapat, ada suatu terma berbagai maksud yang penduduk Afghanistan sebut “kaum.”
“Kaum” bermakna orang kita, “kaum” boleh bermaksud kampung kami, lembah kami,
orang Islam Sunni yang boleh bercakap Parsi, dan boleh juga dimaksudkan pada
peringkat antarabangsa sebagai kami orang Afghanistan. Persoalannya apakah
benda masalahnya dan siapa orang yang bertanya. Yang menarik mengenai istilah
“kaum” ialah setiap kumpulan guna istilah ini tanpa mengambil kira bagaimana
mereka berorganisasi. Dan, didapati, mereka berorganisasi dengan dua kaedah.
Puak adalah istilah lama dalam bidang antropologi yang
kelihatan terkebelakang walau setiap orang masih memakainya. Semuanya adalah
kumpulan etnik. Mengikut ilmu antropologi kita boleh anggap semua kumpulan ini
adalah etnik. Bagaimana anda pastikan sesebuah kumpulan etnik? Satu artikel terkenal
oleh rakan saya, Frederick Barth kata, cara anda nak tahu satu kumpulan etnik
ialah lihat identitinya sendiri. Tanya orang berkenaan, siapa awak?
Identifikasi terhadap orang yang mengaku etnik berkenaan. Tak kisah sama ada
anda boleh buktikan asasnya. Jika anda sebut anda X dan jiran anda akui anda
seorang X, mengikut fahaman antropologi, anda adalah X. Ia mudah, tak perlu
tunjuk kad pengenalan. Cuma perlu ada persetujuan dalam masyarakat.
Kadang-kadang, dalam sebuah kerajaan yang kukuh, identiti etnik sebenarnya
boleh dipaksa terima. Tidak di Afghanistan, kerajaan pusat sudah terlalu kuat
untuk amal sebegini tapi apa yang ada ialah pengenalan diri sendiri dan diakui
oleh orang lain.
Pashtun sebenarnya adalah puak paling besar jumlahnya di
dunia ini. Apa yang saya maksudkan ialah orang ramai berorganisasi secara asas
sekurang-kurangnya berasal usul daripada satu keturunan. Pashtun berjumlah 15,
20 juta, secara teori boleh buat piramid salasilah yang membawa kepada nenek
moyang yang mengaku sebagai pengasas negara Afghanistan. Ada kontradiksi di
sini kerana mereka kata, pengasas negara Afghanistan ialah sahabat nabi iaitu
orang yang mula-mula menganut Islam. Kenyataan ini berguna apabila kita bincang
mengenai agama. Tapi, Pashtun juga mengaku mereka bantu mengalahkan Alexander the Great sedangkan waktu itu
belum muncul Islam. Dakwaan nenek moyang pengasas mereka sewaktu kemunculan
nabi sekitar tahun 600 dan mereka pula ada sejarah mencapai 1,000 tahun sebelum
masihi. Kontradiksinya mana? Kontradiksinya muncul kerana tiada orang
mempersoalkannya.
Tapi, anda boleh lihat jika anda kutip perkara-perkara ini.
Ia bukan mengenai susur galur DNA, ia adalah kaedah berorganisasi. Fikir
mengenai sebuah lebuh raya, anda pulang ke San Francisco dengan syarat guna
lebuh raya. Jika anda keluar saja dari lebuh raya di San Francisco atau New
York, anda bakal sesat. Anda perlu bantuan orang tempatan. Sama juga dengan
salasilah ini, apabila anda datang daripada sebuah keturunan besar, ia
memudahkan anda untuk sampai ke bawah. Ia telah ditetapkan begitu.
Seorang ahli antropologi Denmark yang saya bekerjasama
menemui sebuah kumpulan di utara Afghanistan. Kumpulan ini baru sahaja sampai
di sana, mereka Pashtun, kumpulan yang ke sana menemui kumpulan di sana lalu
kata kita punya nama yang sama, sama suku, kita pasti berkaitan. Tapi, mereka
tak tahu macam mana kaitan itu. Mereka berunding tiga hari untuk kaji salasilah
bagi mengaitkan mereka. Akhirnya, mereka kata, 100 tahun lalu ada seorang
saudara si polan hijrah ke utara dan kami tak pernah mendengar berita
mengenainya selepas itu. Kamu mungkin berasal daripada keturunannya. Lalu,
dijawab, ya dan sekarang kita bersaudara. Adakah ia betul, mungkin tidak. Tapi,
apabila mereka putuskan begitu, ia adalah betul mengikut pandangan masyarakat.
Begitu juga apabila berlaku persengketaan dalam sesebuah kumpulan, anda dakwa
seseorang dalam kumpulan itu tiada hubungan, mereka bukan saudara, bukan
sepupu, dia adalah hamba kepada kumpulan kami yang guna nama begitu. Mereka bukan
Pashtun sebenar. Ada kecelaruan di sini tapi bukan hal keturunan yang penting
di sini.
Pashtun guna identiti salasilah seperti Hazari dan beberapa
etnik lain. Tapi, tiada salasilah bagi Tajik. Tajik guna nama tempat asal
mereka. Ada Kabbala, ada Harati. Ada Pansyiri bagi yang datang dari Pansyir.
Tak ada perjanjian keterlaluan atau struktur suku yang mengaitkan sesama
mereka. Uzbek dan Turk ada struktur puak. Hazara kebiasaannya mengambil kira
faktor lokasi dan agama dan sedikit terbuka mengenai hal membabitkan puak.
Tapi, Pashtun pasti membabitkan salasilah puak. Kenapa ini penting? Kerana jika
diperhati bagaimana mereka berinteraksi dalam kumpulan mereka, kita dapat temui
apa yang ahli antropologi sebut segmentary
opposition. Bagaimana anda nak tahu pihak mana nak bersatu, pihak mana nak
bersengketa? Kita lihat sudut yang jelas. George Bush pernah kata, kamu bersama
kami atau menentang kami. Tapi, kena kaji apa masalahnya dulu. Dalam sesuatu
masalah, saya adalah sekutu tegar manakala dalam masalah lain, saya adalah
musuh awak. Oleh itu, sebelum kami putuskan, kami kena lihat masalahnya.
Kumpulan-kumpulan di Afghanistan akan bergabung apabila berdepan dengan
orang-orang asing, mereka tunjukkan solidariti kukuh. Apabila orang-orang asing
pergi, mereka ingat kembali kepada pertelingkahan lama mereka.
Setelah Soviet pulang, dirasakan puak Mujahidin akan ambil
alih segala benda kerana mereka kuat. Sebaik sahaja Soviet keluar, banyak
kumpulan Pashtun kata, ah! Soviet dah pergi, kita bertelingkah kembali mengenai
hak hutan dan tanah. Mereka perang semula sesama sendiri. Persoalannya, apa
yang mereka rela ketepikan? Hal ini tak pelik kepada kita di Amerika Syarikat.
Kongres bukankah seperti ini? Okeylah, ahli politik Amerika Syarikat selalu
berpecah, sering benci sesama sendiri, tapi apabila muncul hal DUIT mereka boleh selesaikannya!
Hubungan antarabangsa juga begini. Semasa Perang Dunia Kedua, kenapa Soviet,
Amerika Syarikat dan Britain bersekutu? Kerana takut Hitler dan Nazi Jerman.
Setelah Hitler tiada, Amerika Syarikat dan Britain tiba-tiba sedar Soviet itu
komunis, lalu kata, kita sama-sama tak suka. Jika kita boleh faham keadaan ini,
kita boleh faham politik Afghanistan. Ia sekadar berlaku pada tahap berlainan
tapi logiknya serupa. Bagaimanapun, tiada kerajaan Afghanistan yang keterlaluan
dalam menguasai kumpulan-kumpulan ini. Mereka buat keputusan mengikut apa yang
berlaku pada sesuatu masa. Hal ini berlaku di Afghanistan di kalangan
kumpulan-kumpulan besar yang kita kaji ini tapi mengikut peta-peta etnik adalah
penting untuk kita sedar bahawa mana-mana peta yang anda lihat adalah dilihat
secara umum, dan oleh kerana itu, anda sekadar memperolehi idea mengenai apa
yang berlaku. Ia juga tak penting sangat pada peringkat akar umbi.
Satu daripada sebab kenapa ia tak penting kepada akar umbi
adalah berdasarkan kejadian pada 2001 yang mana ada ramalan berlaku perang
saudara di Afghanistan. Kenapa? Kerana mereka mempunyai kumpulan-kumpulan etnik
dan masyarakat antarabangsa tahu apabila anda punya banyak kumpulan etnik,
semuanya nak merdeka, mereka nak bunuh sesama sendiri, malah mereka nak
melakukan pembunuhan seluruh sesuatu bangsa dan kita perlu bersedia untuk
hadapi kejadian sebegini di Afghanistan. Ia tak berlaku kerana jangkaan kita
mengenai etnik dan cara berorganisasi sesebuah masyarakat berdasarkan
pengalaman Eropah di mana istilah etnik seiring dengan semangat kebangsaan.
Jika anda kumpulan-kumpulan etnik bagi sebuah negara bangsa, anda perlu bebas.
Ini hujah Wilsonian mengenai pemecahan Empayar Habsburg dan Empayar
Uthmaniyyah. Jika lihat legasi selepas Perang Dunia Pertama, di Eropah Timur
dan Timur Tengah, negara-negara di sana diwujudkan dengan asas etnik dengan
syarat rakyat perlu memerintah sendiri dan perlu ada bentuk persamaan.
Faktanya, sesebuah empayar diperintah melalui rakyat pelbagai ragam, dan
mengikut sejarah, pemerintah-pemerintah bukan tergolong daripada kumpulan
majoriti.
Dalam era moden, kita telah berganjak kepada golongan
majoriti patut memerintah tapi bagaimana kita nak jelaskan mengenai majoriti?
Di Timur Eropah, apa yang kita lihat ialah sebuah kumpulan desak merdeka, dapat
kemerdekaan, kemudian kita lihat segolongan minoriti dalam kumpulan itu juga
mahukan kemerdekaan. Ada banyak kumpulan di Balkan sehingga ahli-ahli antropologi
dapati, setiap kali muncul negara baru, ada kumpulan minoriti baru yang
tertindas. Siapa mereka ini? Dan, bagaimana pembahagian seterusnya berlaku?
Jika anda teliti, di Aghanistan, ia adalah berbentuk pra-etnik
moden. Penduduknya berorganisasi dengan asas etnik kerana mudah untuk melakukan
sebegini, tapi tak logik disebaliknya bagi yang kata ia begini kerana ada
kaitan emosi. Tajik bergaul dengan Pashtun yang bertentangan dengan prinsip segmentary opposition bukan kerana
mereka melihat mereka sendiri hanya sebagai komuniti berbeza. Oleh itu, apabila
kita lihat perkara sebegini, jika anda lihat sejarah Afghanistan mutakhir,
perkara menakjubkan ialah tiada seorang pun pemimpin daripada semua etnik utama
pernah ancam untuk membahagikan Afghanistan. Jika kau tak bagi apa yang aku
mahu, contohnya, aku akan cipta Uzbekistan atau Pashtunistan. Begitu juga, tak
pernah mereka ancam untuk bergabung dengan individu-individu satu etnik untuk
menubuhkan negara besar seperti Tajikistan atau Uzbekistan.
Ada beberapa sebab puak Uzbek dan Tajik di Asia Tengah berasa
takut. Tidak. Kami tak mahu melakukannya, begitu juga Pashtun. Sifat kebangsaan
adalah identiti berbentuk romantik. Kita punya sejarah yang sama, kita hidup
bersama. Afghanistan adalah tanah air berbentuk perkahwinan yang diatur. Kami
buat sesuatu kerana ia adalah cara terbaik untuk meletakkan kami bersama-sama,
bukan kerana kami cintakan orang lain. Afghanistan adalah sebuah negara kadar
perceraiannya rendah mungkin kerana mereka sudah jangka berlaku sesuatu tak
bagus setelah berkeluarga, selain tekanan saudara terdekat supaya jangan
bercerai. Apabila pelbagai kumpulan etnik bersatu untuk membahagikan ghanimah
atau benda yang dimenangi, mereka bagai pemain poker di meja judi. Anda boleh
menang, anda boleh tewas. Tapi, tiada pihak setuju membahagikan meja kerana
nanti anda tak boleh main semula atau permainan terpaksa dihentikan.
Oleh itu, apabila kita lihat Afghanistan, kita lihat semua
ini, tak kira cakap-cakap mengenai perang saudara atau persengketaan etnik, apa
yang kita lihat sebenarnya adalah cara pragmatik dalam menggunakan terma etnik
di mana penduduk berorganisasi mengikut etnik demi tujuan praktikal, bukan
berbentuk nasionalisme. Di Afghanistan masih dalam suasana pra-moden di mana
etnik dan nasionalisme dipisahkan. Ini memberikan anda perbezaan dinamik
politik yang ketara.
Oleh itu, walaupun ada perbincangan mengenai kerajaan
Afghanistan akan runtuh atau bakal wujud perang saudara dengan asas etnik, ia
hanya separuh betul bagi suasana 1990-an tapi itu pun berlaku secara praktikal
kerana jika anda lihat nasionalisme berasaskan etnik, ia mengambil masa satu
generasi politik etnik dikucar-kacirkan bagi meyakinkan penduduk untuk
melakukannya. Di Balkan, Slobodan Milosevic mendesak Serbia sebelum berpecah
dengan Yugoslavia. Tiada yang buat sebegitu di Afghanistan. Itulah kenapa saya
katakan takkan berlaku perpecahan di Afghanistan kerana suasana sudah berbentuk
begini sejak 250 tahun dahulu. Jika betul-betul nak pecah, Afghanistan sudah
berpecah pada 1990-an. Adakah wujud pertentangan? Ya, tapi pada peringkat
dalaman tiada siapa mahu berpecah. Jika ada pun perpecahan, ia dilakukan kerana
bengang. Contohnya, Tajik tawan Kabul lalu isytihar kemerdekaan Pashtunistan
dan mengucapkan salam sejahtera kepada Taliban. Mereka kata, Kandahar
menggunakan kod telefon Pakistan dan ini akan menakutkan Pashtun yang tinggal
di selatan Afghanistan. Lebih menakutkan ialah Pakistan yang tiba-tiba sedar
mereka mempusakai super fata. Hazara
pula ajak dron-dron pemusnah duduk di atas kepala Buddha Bamyan lalu
diterbangkan. Inilah permainan di sana. Politik dan etnik, satu perkara perlu
diingat, fahami penduduknya yang berorganisasi begini, tapi di sebaliknya,
tiada desakan kebebasan bernegara sendiri, untuk memecahkan negaranya.
Begitu juga dalam bentuk puak, Pashtun adalah organisasi puak yang dinamik dalam bentuk penduduk berorganisasi dan dipisahkan berasaskan kepada hubungan salasilah. Kerana pemisahan etnik, apa yang Afghanistan ada ialah hampir seluruh penduduknya Islam. Mungkin, 85 peratus Sunni 15 peratus Syiah. Malah, Makam Ali di utara negara ini bukan makam Syiah, ia makam bagi Sunni. Saya tanya golongan Sunni macam mana boleh berlaku begini kerana beliau semacam pengasas aliran Syiah. [nota: Bukan. Orang lain yang mengasas Syiah dan segelintir ulama seterusnya mempopularkan aliran Syiah sehingga sekarang setelah tokoh berdarah keluarga nabi ini meninggal dunia.] Mereka jelaskan, mayatnya telah diletak atas unta dan unta itu merayau sehingga Afghanistan lalu berhenti di sebuah bandar di Afghanistan di mana kami bina makamnya. Kelihatan mereka bekerjasama apabila seorang wali Syiah dianggap wali Sunni. Hari cuti untuk melawat makam Sunni ini ialah ketika Naurus iaitu tahun baru Parsi ketika ekuinoks musim bunga sedangkan ia bukan sebenarnya hari cuti orang Islam. Ia adalah hari cuti orang Parsi yang menyembah matahari, dan tak juga Taliban atau Ayatullah boleh basmi sambutan tahun baru berasaskan fahaman sekular Parsi ini. Ia adalah perayaan pra-Islam. Negara ini punya sejarah panjang, pergi ke zaman lampau ke era Buddha Bamyan, anda akan sedar bahawa Afghanistan pada tahun 400 atau 500 adalah pusat ajaran Buddha. Ada ramai penganut Hindu di Kabul yang berabad-abad dulu diperintah oleh pemerintah Hindu. Kita lihat, agama-agama terdahulu, bukan sekadar Afghanistan, tak lenyap tapi semuanya digabung dalam versi baru. Islam datang dari dunia Arab, tapi apabila muncul di dunia Parsi, ia telah diorganisasi semula dan disesuaikan secara paling radikal oleh aliran Syiah. Malah, di Afghanistan penting untuk menggabungkan Islam dengan tradisi lama.
Satu perkara lagi, kita tak ada jumlah populasi bukan Islam
yang tepat di Afghanistan. Ada sedikit masyarakat Sikh dan Hindu, kebanyakannya
di Kabul, jumlahnya sekadar ribuan. Agak mengejutkan jika jumlah sebenar mereka
ini 10,000 daripada seluruh jumlah penduduk negara ini yang berjumlah 25 juta,
30 juta. Pernah dulu ada masyarakat Yahudi, tapi hampir semua pindah ke Israel.
[nota: Yang betul entiti haram Israel kerana penubuhan negara ini tak
sah.] Pada 1950-an, sedikit sahaja bangsa Yahudi yang tinggal di
Afghanistan. Oleh itu, apabila kita bercakap mengenai agama di Afghanistan,
kita akan sering bercakap mengenai Islam. Malah terma mazhab tiada di
Afghanistan seperti yang wujud di Pakistan. Di Afghanistan, jelas Sunni, Syiah
dan sedikit Ismailiyah iaitu variasi Syiah. Ia jelas berasas kepada tradisi
sejak dulu.
Begitupun, penduduk Afghanistan akan kata Taliban penting
sebab ia mewakili Islam. Mereka tertarik dengan konsep negara Islam. Kita kena
faham, keadilan mengikut terma etnik Afghanistan adalah pra-moden yang tiada
suara komponen nasionalis. Ia juga pra-moden dalam bentuk identiti beragama.
Ramai bersangka secara stereotaip bahawa Afghanistan adalah berasas kepada
Zaman Pertengahan kerana era ini berbentuk apa yang disebut dalam Bible kerana sampai sekarang mereka
masih ada bangunan-bangunan dibina dengan bata lumpur dan unta-unta, selain
mereka ada telefon sel dan AK-47. Nabi Isa mungkin pernah ke sini tapi saya tak
fikir begitu.
Sewaktu saya buat kajian di kampung-kampung di sana,
semuanya dalam bentuk terma Islam. Setiap urusniaga - saya duduk dengan
pengembala-pengembala - bercakap mengenai hal teologi. Menarik kerana mereka
tak berpendidikan dan tak pernah belajar teologi. Saya kafir tapi saya
sekurang-kurangnya pernah mengikuti kursus interpretasi al-Quran. Kami berbahas
pelbagai benda dan sentiasa semuanya membabitkan agama. Ia menyentap hati saya
kerana sebagai orang Barat kita sukar memahami hal sebegini. Mengikut sejarah
pencerahan Eropah, agama adalah sfera berbeza. Bukan sekadar pemisahan gereja
dengan pemerintahan, tapi dalam fikiran anda perlu pisahkan dunia ini. Pada
zaman pertengahan di Eropah, Kristian mendominasi semua hal, semua orang ingin
diselamatkan. Pope boleh membuatkan pemimpin-pemimpin Rom merangkak melintasi
gunung-ganang untuk memperolehi pengampunan kerana dia boleh hantar mereka ke
neraka.
Sukar untuk kita fahami, di Afghanistan semua bentuk agama
mendominasi segalanya. Ironinya sukar untuk mendapatkan ideologi radikal Islam
kerana Islam sudah menjadi bahagian dalam segala perkara di Afghanistan. Kita
lihat tempat yang ada ideologi radikal Islam di negara jiran Afghanistan,
Pakistan yang dibentuk untuk negara bagi orang Islam. Persoalannya, bagaimana
identitinya berbeza dengan India. Adakah Islamnya lebih baik atau Iran di mana
Ayatullah cabar Shah yang sekular lalu isytihar republik Islam. Di Afghanistan
yang juga sebuah republik Islam, bila anda soal penduduknya, saya pernah
sekali, mereka anggap negara mereka republik Islam seperti Iran. Bagi orang
Afghanistan, makna republik Islam ialah mereka semua orang Islam, lalu jelaslah
negara mereka republik Islam kerana republik bagi orang Islam ialah republik
Islam. Dalam lain perkataan, apabila orang Afghanistan bersetuju untuk
menggelar negara mereka republik Islam, ia sebenarnya berbentuk penjelasan,
tiada terma sebagaimana Iran atau Pakistan yang ada agenda politik yang membawa
maksud Islam. Kenapa? Kerana orang Afghanistan sehingga tahap kampung, percaya
bahawa mereka keseluruhannya dilahirkan sebagai orang yang mengamalkan Islam
sehingga mereka tak perlu buktikannya.
Ada seorang pengembala yang saya temui lalu kami berbahas
mengenai agama. Saya kata Ali Marat kau tak solat. Dia kata, kau tahu kita di
padang rumput jaga biri-biri. Tiada cukup air untuk bersuci, ambil wuduk. Saya
cakap, tiada air boleh guna pasir bersih.
[nota: Bukan pasir. Saya tak pernah
bertayammum sepanjang umur saya tapi semua ustaz dan ustazah yang ajar saya
dulu kata ritual ini guna debu suci.] Sebenarnya, ada bukit pasir
berdekatan. Dia renung saya lalu kata, ya tapi pakaian saya akan kotor. Tiada
keperluan untuk kau sucikan pakaian melainkan anggota badan, kata saya. Dia
marah lalu berkata, Khan ada 750 biri-biri dan dia solat 5 kali sehari, saya
seorang pengembala, saya tak ada seekor pun, saya tak solat. [nota:
Ini adalah salah satu daripada alasan-alasan orang kebanyakan. Ia bukan
bermaksud semua orang Islam yang tak berpendidikan formal akan bagi alasan
semacam ini.] Jika kemudiannya saya kata amalan Islamnya tak
sempurna, nyawa saya dalam bahaya. Dia seorang Islam yang baik, dilahirkan
sebagai seorang Islam yang baik, dia tak perlu membuktikannya. Dan, ini adalah
citarasa Islam di Afghanistan. Ia sebenarnya amat toleran. Masyarakat lain
percaya kepada logik tapi mereka percaya apa yang mereka lakukan adalah
mengikut amalan Islam kerana mereka adalah orang Islam terbaik di dunia. Ini
amat tepat jika mereka tak berpendidikan dan tak tahu bahasa Arab kerana
apabila anda kata ia tercatat di sini. Di jawab, saya tak tahu baca, saya tak
pernah dengar pun dan kami takkan buat jika ia bukan amalan Islam. Bagaimana
anda nak menumpaskan logik sebegini?
Dan, apabila orang Arab, Taliban, al-Qaeda datang ke
Afghanistan lalu kata, ini cara kau patut buat ikut Islam. Mereka ditolak
ramai. Kau tak boleh “sembah” wali, kau tak boleh biarkan macam ini, tak boleh
buat ini tak boleh buat itu. [nota: Semua orang Islam sepakat tak boleh
“sembah” makhluk.] Penduduk Afghanistan berkenaan jawab, siapa
menang jihad? Kami atau kau? Apabila Kuwait diceroboh kau panggil orang kafir,
kami lakukan sendiri. Sedikit berlebih-lebihan ucapan ini tapi kebanggaan
wujud. Oleh itu, apabila kita lihat Afghanistan dan Islam, kita dapati identiti
penduduknya kukuh dengan agama. Bagai ikan dengan air. Suruh mereka jelaskan
makna air? Ia dah begitu.
Negara-negara jiran Afghanistan alami trauma modenisasi dan
radikal politik. Wujud beberapa perlanggaran sosial menyebabkan persoalan perlu
buat perubahan untuk kembali kepada Islam. Di Afghanistan, tiada perlanggaran
sosial. Oleh itu, mereka kekalkan Islam cara “lama.” Ia seakan terma
berpisah-pisah bagi pihak yang membangkang. Kata mereka, Soviet itu kafir, kami
tak suka orang kafir, dan kami tewaskan mereka. Kau semua bukan
sebenar-benarnya kafir kerana kau semua percaya kitab, kau semua monoteistik.
Kau semua bukan Islam tapi Tuhan kita sama, nabi yang berbeza. [nota:
Monoteistik ialah kepercayaan Tuhan itu Esa. Masalahnya sejak bila orang
Kristian, sebagai contoh, percaya Tuhan satu? Yahudi pula walau aliran
konvensionalnya percaya Tuhan satu, adakah mereka ikut ajaran-ajaran Tuhan satu seperti pengharaman riba yang ada
dalam kitab mereka sendiri? Percaya Tuhan satu tapi tak lakukan suruhan Tuhan
satu pasti tiada makna, bukan? Ungkapan Tuhan sama, nabi berbeza ini suatu
bentuk cubaan untuk mengelirukan orang ramai kerana semua orang Islam percaya
semua nabi.]
Bagaimana orang-orang Islam lain, mereka di sebelah Afghanistan,
Iran yang bersusur galur Syiah? Jawapannya ialah pernah dengar loghat mereka? Cara
mereka bercakap Parsi kedengaran kelakar. Bagaimana pula Uzbek? Jawapannya
ialah mereka benarkan diri mereka ditawan dan diperintah Russia, apa jenis
Islam mereka ini? Kau tahu kenapa mereka kena tawan, saya pernah ditanya.
Jawapannya, Uzbek hanya berperang selepas sarapan pagi, lalu Russia serang
waktu subuh. Ini semua jawapan stereotaip mengenai etnik berkenaan. Bagaimana
pula Pakistan? Pakistan mengikut pandangan penduduk Afghanistan bermaksud
Punjabi. Jawapannya, mereka anggap negara mereka negara Islam sedangkan mereka
baru sahaja tukar agama daripada Hindu, baru Islam 500 tahun, bagaimana kau
percaya orang semacam ini? Akhirnya, penduduk Afghanistan mengatakan mereka
orang Islam terbaik walaupun kita tahu orang Arab datang berperang dengan Afghanistan
lalu menukar agama penduduknya kepada Islam. Namun, sampai sekarang tiada
cerita mengenai penukaran agama seseorang di Afghanistan. Menurut sejarah,
sebaik sahaja penduduk Afghanistan mendengar kata-kata Tuhan, mereka terus
terima. Kemudiannya kekal menerima Islam berdasarkan keturunan. Namun, ada yang
mempersoalkan Allah “silap” bawa Islam ke Tanah Arab sedangkan penduduk
Afghanistan tak akan berhijrah seperti keluar Makkah jika Islam tiba dan
disebarkan di Afghanistan kerana mereka semua akan mempercayai nabi Muhammad
SAW dan takkan menentang baginda.
Bayangkan anda al-Qaeda atau Salafi cuba meyakinkan penduduk
Afghanistan mengenai cara mengamalkan Islam. [nota: Salafi difahamkan
adalah suatu aliran dalam Islam yang tegas menolak amalan tak mengikut kaedah nabi
atau bidaah.] Mereka akan renung anda sambil berkata, kami
sudah lakukan lebih baik daripada kau, kami tak kira jika kau datang dari
Makkah, kami tak kira kau berbahasa Arab, kami tak kira kau dilatih dalam ilmu
agama, Islam wujud di dalam hati kami. Seperkara lain yang amat berbeza
sehingga Salafi menghadapi kesukaran ialah Afghanistan punya banyak tempat atau
kawasan utama ajaran Sufi. Sufi adalah amalan berbentuk mistik dalam Islam.
Sufi menampilkan penampilan seseorang yang boleh disifatkan sebagai austere. [nota: Maksud sebenar
austere ialah sifat berjimat, serius
atau berkelakuan keras. Oleh itu, tak begitu tepat apabila pensyarah ini cuba
terjemah perkataan zuhud secara harfiah dengan menggunakan sepatah perkataan ini
sahaja.] Sufi adalah persoalan bagaimana seseorang mengenal Tuhan
secara peribadi. Sajak mengelirukan, ritual membabitkan tarian, ia juga
membabitkan bacaan sebahagian al-Quran yang membuatkan orang khayal. Afghanistan
adalah salah satu pusat kepada ahli-ahli Sufi dan satu perkara yang Salafi tak
suka adalah kaedah Sufi. Sebahagian amalan Sufi dianggap sebagai bidaah tapi di
Afghanistan ia adalah asas kepada budaya mereka. Jika anda pergi ke sana, anda
akan lihat kubur ahli Sufi, anda lihat bendera atas kubur orang mati syahid,
dan wanita-wanita ke sana berdoa untuk mendapatkan anak. Jika anda Salafi, anda
akan kata tak boleh lakukan itu. Di Arab Saudi, semua amalan khurafat di kubur
dibanteras kerana meningkatkan taraf sesiapa melebihi Tuhan adalah salah.
Pernah suatu masa dulu, makam-makam cantik di Arab Saudi dimusnahkan
sepenuhnya.
Di Afghanistan, rangkaian besar Sufi melintasi pembahagian
puak. Kita dapati individu yang menjadi ketua, Pir dan pengikutnya, Murid mempunyai
hubungan yang kukuh. Dan, terutama di kawasan-kawasan Pashtun, seorang ketua
Sufi dengan pengikut-pengikut yang terdiri daripada pelbagai puak. Pir dan
Murid sering dibawa untuk menyelesaikan masalah berikutan mereka wujud di luar sistem
puak dan kerana mereka ada hubungan merentasi batasan-batasan puak. Oleh itu,
kita lihat di sini, ketua agama mengikat orang ramai bersama-sama, tapi bukan
sahaja Taliban menentang hal ini, kerajaan Afghanistan juga khususnya Emir
Abdul Rahman kerana beliau lihat ia bertentangan dengan hal negara di segi
kuasa dan pengaruh. Kumpulan Sufi tak perlukan cukai kerana penduduk yang
memberikan mereka hadiah-hadiah. Mereka ada rangkaian besar, pengaruh besar,
tapi anda tak boleh kenal pasti. Anda tak tahu apa yang ada di sana kerana anda
tahu tiada senarai nama yang panjang, hanya hubungan secara peribadi. Beberapa
kumpulan ini wujud sejak berabad-abad lampau, beberapa daripadanya berasaskan
kepada ketua-ketua yang berwibawa, termasuk di kalangan Taliban di Kandahar.
Saya teringat semasa saya interbiu seseorang, dan Taliban
sepatutnya menentang hal Sufi ini, dia kata, kau perlu berhati-hati mengenai
hal ini kerana sepanjang tempoh kerajaan Taliban, dia pergi ke balai polis,
tiada siapa di situ. Tapi, dia dengar bisikan di bahagian ruang belakang
bangunan, dia pergi ke situ, ada bulatan ahli-ahli Sufi Taliban melakukan
zikir. Jika ketua mereka tahu mengenai hal ini, hal ini salah, tapi mereka
takkan jemput Arab Salafi. Kandahar, Kabul dan khususnya Mazar, Harat adalah
pusat-pusat Sufi sejak berabad-abad lalu. Jadi apabila kita bercakap mengenai identiti
beragama, identiti ini turut membabitkan sudut spiritual, terutama sepanjang 30
tahun perang. Bercakap mengenai jihad, Sufi anggap perkara paling penting
adalah aspek keimanan. Sebenarnya, mereka yang menegaskan jihad paling hebat
ialah melawan nafsu dalam diri anda sendiri, bukan untuk berperang dengan orang
lain. Malah, mereka suka menonjolkan ayat al-Quran dan Hadis membabitkan anda
tak boleh bunuh orang kafir, anda tak boleh bunuh orang lain kerana nabi pernah
kata bagaimana kamu tahu sama ada dia seorang Islam atau tidak sewaktu kamu
bunuh dia? Kamu tahu dalam hatinya? Dia mungkin telah masuk Islam. Siapa kamu
nak membunuh berasaskan kepada kepercayaan?
Seperti agama-agama lain, anda boleh petik ungkapan untuk
menjustifikasi sesuatu keadaan, tetapi sekarang di Afghanistan, isu agama yang dimainkan
dengan tegas boleh membawa keburukan. Selain terma membabitkan Taliban, ramai
orang lupa bahawa penduduk Afghanistan turut gunakannya dalam usaha untuk
menyatupadukan rakyat. Oleh itu, seiring perubahan sejak perang 30 tahun lalu,
satu daripada perkara-perkara yang menyatukan penduduk Afghnistan ialah mereka
ini kembali kepada tradisi lebih lama dahulu iaitu tiada alasan untuk berperang
sesama sendiri dengan keteguhan justifikasi agama, khususnya mengenai hubungan
rentas puak. Adakah kita kini tahu banyak hal mengenainya? Tak. Kerana dunia
luar tahu sedikit sangat mengenai Afghanistan. Oleh itu, perkara-perkara yang
berlaku di sana sering mengejutkan tapi saya harap hal ini akan membuatkan anda
kurang terkejut sekurang-kurangnya setelah menilai terma-terma membabitkan
etnik dan agama.
Comments
Post a Comment