FIKIR-FIKIR MENGENAI ISLAM

1. 

Cakap-cakap bersajak kebanyakannya remaja Islam. Mungkin anda tak gemar cara berpakaian mereka, keterbukaan mereka dalam pergaulan dan sudut pandangan yang mereka utarakan. Apa-apa pun, saya berdoa semoga amalan Islam mereka bertambah baik dan Allah ampun dosa-dosa mereka juga kita! Amin. Seperti biasa, saya akan terjemah nanti, insya-ALLAH, mana-mana yang saya berkenan. Kalau tersilap terjemahan sila kritik atau jika malas nak kritik pun tak apa kerana yang lebih penting ialah kita tak boleh cakap atau buat sesuatu yang HANYA benar-benar bertentangan dengan cara nabi Muhammad SAW. Namun, jangan fikir pulak apa yang nabi tak buat, kita salah jika kita buat! Nabi Muhammad SAW tak baca Al-Fatihah - orang kampung saya panggil "Alham" - sebaik sahaja selesai solat pun nak berbahas? 

2. 

Dalam berpolitik juga kita kena bersikap lapang dada, jangan terlalu mengecam mana-mana pihak. Malaysia boleh lihat Afghanistan sebagai iktibar. Jangan ikut menonong segala benda yang berlaku di negara berkenaan pulak! Mereka kelihatan suka perang bersenjata antara satu puak dengan satu puak lain. Tapi, sebagai contoh apabila puak Pashtun dikalahkan beberapa tahun dulu, ketika lantik ketua negara mereka, pemimpin pelbagai puak bermesyuarat lalu pilih seorang pemimpin dari Pashtun juga sebagai ketua mereka pulak! Saya pernah berbual dengan seorang komander perang mujahidin, dan di sebalik pakaiannya - bertopi Afghanistan serta seluar dan baju seperti yang kita lihat ramai lelaki Pakistan pakai - suaranya lembut dan bahasa Inggeris beliau amat bagus! Saya sebagai biasa main hentam ja bila berbahasa Inggeris! Saya tak tulislah cerita mengenai beliau seperti mana saya tak buat berita atau artikel mengenai perbincangan saya dengan seorang wakil Chechen yang saya interbiu pada pertengahan 1990-an kerana saya tak nak timbulkan tekanan kepada PAS atau menyusahkan Malaysia di peringkat antarabangsa pulak! Seperti yang saya pernah bangkitkan di blog saya sebelum ni, saya tak nak cerita lebih-lebih fasal Taliban kerana kita kena dengar dan lihat dulu kata-kata dan tindakan pemimpin mereka terhadap seteru mereka di dalam Afghanistan serta pandangan mereka terhadap negara-negara luar, khususnya yang berjiran. Mengenai tuduhan Taliban ganas, pemimpin-pemimpin mereka dilaporkan sebagai berkata, dalam perang macam-macam boleh berlaku. Boleh jadi pasukan bersenjata yang bunuh orang awam terbabit menyamar pakai pakaian semacam Taliban. Oleh itu, Taliban kemudiannya dituduh melakukan keganasan itu! Apa yang jelas perlu diraikan ialah Amerika Syarikat akhirnya "menyerah kalah" setelah dua dekad bertapak di Afghanistan! 









































































Comments