BEBERAPA VIDEO SAYA NAK TONTON DAN KAJI

Untuk peminat catur ja! Dan, di bawah ni perlawanan terkini yang menobatkan Rusia sebagai pasukan catur wanita nombor satu dunia. 

Di bawah ni pula perlawanan pool terkini yang disertai pemain snuker lelaki nombor dua dunia. Tapi, beliau kalah teruk! Sebelum ini, Steve Davis dan beberapa pemain snuker dunia lain telah cuba berentap di meja pool, dan sepanjang yang saya tahu semuanya tak pernah jadi juara! Bagaimanapun, tak seperti Judd Trump di bawah ni, Steve Davis sebagai contoh hanya kalah tipis kepada Efren Reyes ketika final. Permainan pool ni nampak mudah kerana meja kecil manakala lubang poketnya lebih besar daripada snuker tapi pool lebih kepada kehebatan serangan serta kemahiran main angle atau jump apabila cue ball terlindung daripada bola yang disasarkan. Bagaimanapun, saya merasakan jika pemain-pemain pool taraf dunia pula masuk gelanggang snuker, mereka lebih berkemungkinan pulang awal! Snuker, pada saya, memerlukan ketepatan pukulan kerana lubat poketnya lebih kecil daripada pool sedangkan mejanya lebih besar. Bagi saya, saya lebih suka bermain pool berbanding snuker, dan antara sebabnya ialah bola pool bernombor selain berbelang atau warna solid dan ini memudahkan saya yang buta warna untuk fokus ketika bermain pool. Saya sering tersilap tuju bola snuker kerana saya tak boleh bezakan bola snuker merah dengan yang coklat! Pada US Open 9-Ball Championships di bawah ni, berlaku kejutan apabila Aloysius Yapp dari Singapura berjaya menewaskan pemain pool nombor satu dunia  lalu meneruskan perjuangannya pada peringkat separuh akhir. Saya insya-ALLAH akan letak video dia main di sini jika dia berjaya ke final kelak! Pemain dari Jepun pulak terlebih-lebih ceria  - menjerit, menyanyi, menari setelah turut berjaya ke separuh akhir. Warna-warna kehidupan! Dua wakil Filipina juga ke separuh akhir, termasuk Dennis Orcollo yang saya rasa pemain berusia 42 tahun ni memegang rekod 6 kali pecah bola dan menang berturut-turut dalam suatu kejohanan yang turut dianjurkan di Amerika Syarikat. Peraturan ketika itu winner breaks bukan seperti sekarang di mana setiap pukulan mulakan kembali permainan dilakukan oleh pemain-pemain secara berselang-seli. Saya rasa jika pool dipopularkan di negara kita, ramai wakil Malaysia boleh main sampai ke peringkat antarabangsa seperti pemain-pemain pool Filipina. Kat kampung-kampung depa merata-rata ada meja pool! Cuma satu sahaja, jangan gila berjudi seperti yang jelas diamalkan secara terbuka di negara jiran kita terbabit. Kat Malaysia pun saya tahu ramai juga suka berjudi ketika main snuker atau pool, dan hal ini perlulah disekat! 


Wow! Mendahului, kemudiannya didahului, dan akhirnya menguasai sehingga menang! Melompat ke atas meja pool setelah tamat permainan adalah ritual meraikan kejayaan seperti dilakukan lagenda pool Amerika Syarikat, Earl "The Pearl" Strickland ketika beliau menang di Lake Tahoe pada awal 1980-an, ketika itu saya tonton di televisyen. Dalam final kali ini, Carlo Biado - usia 38 tahun pada 31 Oktober depan - lebih berpengalaman, dan amat mahir melakukan pukulan kombinasi, kiss, menyorokkan cue ball serta serangan secara jump shot. Difahamkan, beliau yang masih belum berkahwin, mula main pool ketika berumur 13 tahun dan pernah bekerja sebagai kedi di Villamor Air Base, ketika itu beliau masih bersekolah. Biado suka main pool di sebelah malam selepas pulang kerja. Beliau berhenti sekolah menengah pada tahun pertama dan mulai "cari makan" - hal berjudi ini jangan ikut - dengan bertaruh di meja pool. Pada 2015, Biado berjaya ke final ketika menyertai WPA World 10-ball Championship tapi kalah teruk 9-1 kepada pemain Taiwan, Ko Pin-yi. Namun, beliau menumpaskan pemain UK, Jayson Shaw 11-7 untuk menjuarai acara 9 Ball pada temasya 2017 World Games. Juga pada 2017, Biado mengalahkan rakan senegara Roland Garcia 13-5 untuk menjuarai 2017 WPA World 9-ball Championship. Namun, beliau kalah di kejohanan yang sama pada final 2018 kepada pemain Jerman, Joshua Filler. Kali terakhir Biado ke final ialah ketika menyertai 2019 WPA Players Championship dan beliau kalah tipis 12-11 kepada pemain Taiwan, Kevin Cheng. Apa-apa pun, tahniah juga perlu diucapkan kepada Aloysius Yapp yang berjaya sampai ke final dalam pertarungan di bawah ini kerana beliau kelihatan bermain bersungguh-sungguh walaupun kalah. Tahniah juga kepada dua pemain lain pada kejohanan kali ini yang tewas pada peringkat separuh akhir: pemain Filipina, Dennis Orcollo, 42 tahun dan pemain Jepun, Naoyuki Oi, 38 tahun. Tiga daripada empat pemain pool yang berjaya ke peringkat separuh akhir kali ini berusia dalam lingkungan akhir 30-an hingga awal 40-an. Oleh kerana ini, boleh disimpulkan di sini bahawa pengalaman perlu banyak jika seseorang ingin berjaya dalam sukan seperti pool. 


Nanti saya terjemah sajak di bawah ni.


Bukti Nilai Diri

oleh Edgar Albert Guest (20 Ogos 1881 – 5 Ogos 1959)

 

Meski kejayaan bukti kemahiran kau miliki,

Kekalahan menyerlahkan kecekalan kau;

Orang yang lemah hanya tersenyum di hari-hari kejayaannya,

Tapi apabila muncul amaran awal dia akan mengalah.

Oleh itu ujian ketabahan hati dan semangat kau

Bukannya langit yang terang dan cantik,

Tapi bagaimana kau bertahan apabila kau dihentam

Dan bagaimana kau memerangi perasaan putus harapan?

 

Orang bodoh kelihatan bijak ketika dia di lorong kosong

Dan mudah untuk cari jalan keluar,

Tapi ujian apabila seseorang membuat keputusan adalah sesuatu yang menakutkan,

Dan apa yang dia boleh buat apabila tiada keyakinan?

Dan bukti kepada kepercayaannya adalah kegagahan yang dia pamerkan

Tatkala kedukaan tersorok dalam dadanya;

Sebagaimana dia sedih menderita barulah dia sedar

Bahawa ia meluahkan sikap paling buruknya atau paling baiknya.

 

Ujian terhadap seorang lelaki ialah bagaimana dia mampu menanggung

Sebuah masalah perjuangan yang dia tahu benar,

Berapa lama dia boleh bertahan dalam suasana putus harapan,

Seteruk mana dia akan terus terseksa dan tetap berjuang?

Banyak pihak yang perlu dilayan apabila kemenangan semakin hampir

Dan sebahagiannya bakal menyebabkan kesakitan,

Tapi seorang pemimpin yang tabah akan beri semangat

Kepada lelaki-lelaki yang terbiar di medan perang.

 

Cara hebat kau mempertahankan diri dalam menghadapi pelbagai rintangan

membuktikan nilai ketabahan kau,

Cara kau menerima ketentuan takdir

memperlihatkan perawakan dan saiz tubuh kau.

Dan kemenangan sekadar membuktikan kemahiran kau

Diselaputi dengan keagungan nipis,

Kecuali ia dibuktikan dengan tekad,

Dan melainkan kau derita sebelum bergelar juara.

Comments