KISAH CATUR DUNIA & POLITIK MALAYSIA

1. 

Kejohanan Catur Dunia FIDE 2021 di Sochi, Rusia saya dah kaji sedikit sebanyak. Carlsen tetap hebat walau tak jadi juara - kali ini dia sekadar nombor 3 - kerana dia berjaya memerangkap Fedoseev sehingga lawannya ini mengaku kalah setelah tak boleh gerak langsung buah-buah caturnya dalam salah satu permainan mereka apabila menteri dan raja Fedoseev tersepit di penjuru. Duda pula bijak mengatur buah-buahnya dengan amat baik sehingga berjaya menumpaskan Karjakin lalu dinobatkan sebagai juara. Pecatur-pecatur wanita pun hebat-hebat juga! (Lihat nota-nota permainan mereka yang saya letak dalam blog saya ini) Politik Malaysia bagaimana pula percaturannya? Nanti saya tulis mengikut pandangan saya. Orang lain tentu ada pandangan berbeza, malah mungkin lebih bernas daripada pandangan saya. Politics is a matter of interpretation kata orang putih. Apa-apa pun, kita kena faham, kadang-kadang ahli-ahli politik buat sesuatu yang salah bukan kerana dia tak tahu dia salah tapi kerana itulah cara dia nak terus kekal berkuasa. Jadi, jika kita sebagai penyokong pula ikut sahaja pandangan mereka terbabit maka kita jadilah bidak-bidak catur. Duk kena baham memanjang la kita jawabnya! Kena bersuara la sikit, kan? Jangan ikut sahaja kata-kata pemimpin-pemimpin terbabit! Biar kita jadi seorang penyokong yang jujur tapi berprinsip, pemimpin-pemimpin politik berkenaan mana ada integriti: I ain't gonna give a shit. Maki bunyi yang lebih kasar dalam bahasa Inggeris ialah ayat yang guna 4-letter word F... tapi perkataan ini hanya sesuai disebut ahli-ahli sukan tertentu China sehingga membuatkan pihak Korea Selatan pedih telinga kat Olimpik Tokyo. HeHeHe.

Nanti saya sambung tulisan ini. Pelbagai benda saya kena kesampingkan kerana terlalu banyak isu yang berlaku dalam seminggu dua ini. Saya akan pilih dua tiga isu yang saya rasa lebih penting. Tungguuu ...

Comments