Tak lama lagi, insya-ALLAH, saya akan ulas mengenai politik Malaysia yang semakin mengelirukan, menjenakakan dan macam-macam men-kan lagi. ☺☺☺ Simple ja, terlalu ramai pemimpin politik tak bermaruah, tak kira ahli-ahli parti mana pun, mempergunakan kelonggaran yang wujud dalam undang-undang negara kita. Kalau terus macam ni, selepas PRU15 dan mana-mana kumpulan menang majoriti 2/3 pun, politik Malaysia takkan aman! Oleh kerana antara punca utama permasalahan ini adalah perlakuan lompat parti maka saya mencadangkan supaya undang-undang tertentu dipinda atau dibuat baru - demi menghalang "YB-YB katak" melompat parti SEHINGGA meruntuhkan kerajaan - meskipun ia kelihatan melanggar nilai demokrasi! Bagaimanapun, kena adakan PRU15 dulu, selepas itu baru diusul undang-undang sebegini. Jika dibuat sekarang tak kena gaya kerana kerajaan yang ada sekarang ini bukannya hasil majoriti undian rakyat yang sebenar, bukannya membawa mandat pengundi-pengundi PRU sebelum ini pun!




















































































































Comments