Saya tonton persembahan solo Ebiet G Ade di Auditorium Risda, Jalan Ampang pada pertengahan atau mungkin juga akhir 1980-an, saya tak berapa ingat tahun sebenar, bersama salah seorang abang saya. Kalau tak silap harga tiket RM10 sekeping. Kami duduk di atas tangga kerana terlalu ramai orang. Namun, saya begitu puas hati apabila dapat melihat kehebatan Ebiet memetik gitar kotak secara fingerstyle - istilah lebih dikenali ramai ketika itu sebagai  plucking - tanpa muzik iringan ketika mendendangkan salah satu daripada 4 Camelia. Ketika berada di sekolah menengah pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, saya pernah beli beberapa kaset Ebiet, malah ada beberapa daripadanya masih elok sampai sekarang, saya simpan dalam kotak! Di bawah ini, saya letak lagu-lagu Ebiet yang paling saya minat. Liriknya puitis gila, kan? Tapi, dengar betul-betul kerana lagu-lagu di bawah ini pada saya bukan dituju kepada "kekasih" tapi sebenarnya untuk anak, isteri, ibu, ayah, kawan, pemerintah sesebuah negara, malah Tuhan.


















Comments