Beberapa sajak lagi. Saya parkir di sini dan seperti biasa, yang tak sedap, saya buang nanti, insya-ALLAH. 








Sejarah Perubatan 

Saya telah mengandung. Saya pernah tidur bersama seorang lelaki yang pernah tidur dengan ramai lelaki. Saya sukar lelapkan mata. Ibu saya, ibu kepada ibu saya hidap asma. Ayah saya pernah diserang strok. Ibu ayah saya mengalami tekanan darah tinggi. Kedua-dua datuk meninggal dunia akibat kencing manis. Saya minum arak. Saya tak merokok. Pil penenang Xanax untuk ubati perasaan terawang-awang. Propranolol untuk perasaan cemas. Kedua-dua mata saya sudah kabur. Saya mudah hilang semangat akibat angin. Sepupu saya, Lilly maut gejala aneurisme. Mak saudara saya, Hilda, kena serangan jantung. Pak Cik Ken, seorang yang bijak, dilanggar kereta, bagaikan peristiwa ini cuba menafikan sebarang teori yang saya tulis. Dan, saya faham, bintang-bintang di langit sudah mati.  

nota: aneurisme ialah pembesaran arteri secara berlebihan.





































































Saya suka penceramah berceramah sebegini, dan alangkah baik semua agamawan berucap seperti pendakwah muda di atas ini.

Comments