PAS TERSEPIT DI CELAH BERLAMBAK PARTI POLITIK 

Politik Malaysia sekarang boleh jadi macam-macam. Tapi, saya sehingga ni tetap menyokong PAS, jadi jika saya kritik parti yang saya pernah "bertugas" dalam salah satu cabang organisasinya ini, ia bukan bermakna saya bencikannya. Saya cuma tak suka ahli-ahli parti yang tak berfikiran terbuka! Saya pernah diherdik kerana mempersoalkan macam mana PAS nak memerintah negara ini jika tiada hubungan dengan parti-parti politik lain - termasuk beberapa parti politik berideologi bertentangan Islam! Enta kena hadir tamrin! Alamak! Saya sekadar nak tahu apa yang ramai pengundi nak tahu. Saya tahu ada strategi dan taktik politik yang tak boleh didedahkan tapi masalah yang jelas depan mata kenalah PAS perjelaskan! Jika anda berkempen bagai nak rak pun, anda sukar tambat hati pengundi-pengundi atas pagar jika jawapan diberi adalah sebegini. Peratusan ahli parti PAS berbanding jumlah pengundi berapa ja, dan oleh itu mahu tak mahu PAS kena tarik pengundi atas pagar. Sekarang dah ada Dewan Himpunan Penyokong/Pendukung PAS tu, kan? Tapi, kaedah DHPP ni jangka panjang, jangka pendek ialah gabungan parti-parti politik. 

Saya juga bercakap di sini mengenai gabungan parti politik kerana terkini ada suara seorang pemimpin PAS yang kata PAS nak kuasai 2/3 majoriti Parlimen. Realitinya, PAS tak boleh menang 140 lebih kerusi Parlimen, kan? Sekarang, 20 pun tak sampai. Jadi, jika nak kuasai Parlimen kenalah berbaik dengan parti-parti lain. Baiklah, sekarang PAS dah berada dalam PN yang ada Bersatu, Gerakan, dan lain-lain parti bakal masuk, insya-ALLAH. Tapi, masalah yang tetap berada depan muka ialah PAS mungkin gagal kuasai PN kerana mungkin menang kurang kerusi berbanding mana-mana parti politik lain dalam PN. Ataupun, kurang daripada campuran parti-parti politik berkenaan. Kau ingat rakan-rakan PAS terbabit tak nak join untuk "ketepikan" PAS daripada menguasai KUASA memerintah jika mereka tak cukup bilang? Oleh itu, kata-kata pemimpin PAS berkenaan mengenai PAS nak kuasai 2/3 majoriti Parlimen adalah "bapak" segala retorik! UMNO lagi kelakar, paling banyak kerusi dalam kerajaan, tapi kata depa atau dema kena buli. HeHeHe.

Oleh itu, maaf cakap, saya seorang pengkaji politik - yang saya rasa salah tetap saya kata salah, yang saya rasa betul tetap saya kata betul - dan saya rasa PAS lani ketandusan pemimpin-pemimpin hebat! Dengar la ucapan orang-orang lama PAS, malah baca buku-buku yang mengkritik PAS seperti tulisan Ustaz Amaluddin Darus, Kenapa Saya Tinggalkan PAS, saya ada buku ni, letak dalam kotak mana tah! Saya terjumpa dalam timbunan akhbar Harakah dan majalah-majalah lama di sebuah syarikat penerbitan di Jalan Pahang Barat, sewaktu saya bekerja di sana. Bagaimanapun, sebilangan majalah Tamadun yang tak terjual dijilid mengikut tahun atas usaha peribadi arwah Ustaz Abdul Rahim Saidin, al-Fatihah. Dengar juga kaset dan video ceramah pemimpin-pemimpin PAS berkenaan, khususnya mereka yang terserlah hebat pada era 90-an seperti arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor dan TGNA. Mereka ni amat "tajam" ketika menjawab soalan para wartawan - jika hentam pihak atau individu yang tak disukai PAS, mereka akan hentam sampai menusuk ke hati! Bukannya mencerca keterlaluan tanpa sebab!

Pada saya, satu sahaja kelemahan ketara PAS masa saya bekerja sebagai wartawan pada pertengahan 1990-an ialah pemimpin-pemimpin PAS - khasnya yang bergelas ustaz - lewat jawab isu kerana lambat pula bermesyuarat, sedangkan parti-parti politik lain pantas. Pemimpin-pemimpin DAP yang sering bagi kenyataan akhbar pula sukar untuk kata NO COMMENT kepada para wartawan melainkan isu berkenaan sukar diperjelaskan atau takut bawa masalah kepada parti terbabit jika tersilap jawab! Rasanya, pemimpin-pemimpin PAS sekarang lebih pantas, tapi jawapan yang diberi seringkali tak ketahuan, seperti ulasan yang saya taip mengenai kenyataan seorang pemimpin PAS mengenai nak kuasai majoriti 2/3 Parlimen, di atas tadi. Saya tak perlu letak senarai jawapan "kartun" pemimpin-pemimpin PAS terbabit kerana anda boleh tonton dalam YouTube atau sebarang aplikasi medsos lain. Dan, taktik dan strategi terlalu mendedahkan kelemahan PAS bukan pilihan saya!!! ☺☺☺ Apa-apapun, sedarlah pemimpin-pemimpin PAS sebelum terlambat! 

Comments