Jangan Jadi “Ayam Serama” Ja!

Pilihan raya bukannya macam main bola sepak, sapa pandai gelecek dan sapa kuat lari, maka pasukan bola sepak berkenaan bakal menang. Pilihan raya ada manifestonya, jika di Malaysia realitinya mesti ada gabungan partinya. Penting juga – bukan faktor utama - seseorang atau sesebuah parti politik itu ada gaya atau aura semacam pertandingan ayam serama di mana pengadil terpikat atau terliur apabila lihat cantik kembangnya kepak makhluk terbabit. Ramai pengundi, malah dalam keadaan tertentu, majoriti pengundi pula sudah awal-awal menetapkan pendirian masing-masing. Pengundi-pengundi di kawasan pemilik ayam serama tertentu tentulah pilih entiti yang berasal dari parti mereka sendiri walau kepak ayam taruhannya senget bangat, bukan?

Dalam hal PRU-15, UMNO Ganu pula jelas berkeras nak main single - mungkin dia rasa dia hebat macam pemain badminton negara kita yang jadi juara All England baru-baru ni - maka hubungan PAS dengan parti yang lebih berteras Melayu ini pasti kelihatan tak cantik walau parti lebih berteras Islam ini cuba berbaik-baik dengan UMNO di negeri-negeri lain. Pada saya, Umno Ganu boleh dikata kuat tapi dulu pemimpin-pemimpinnya suka berbalah sesama sendiri di depan mata umum sehingga ramai pengundi menghakimi mereka berkenaan pada PRU-14. Pas juga kuat di negeri terkenal dengan keropok lekor dan penyu bertelor ni tapi dek kerana PH tak begitu kuat di sana maka UMNO ada kelebihan jika sentimen “benci kepada PN” meledak. Dan, yang kena tempias bila sentimen ini ditiup pastilah PAS! Jadi, cara bekas MB Ganu terbabit “mengamuk sakan” itu dikira betullah dari segi psywar.

Dalam pada itu, ada pihak pula yang menjaja – pada saya bentuk jajaan ini adalah sekadar membina persepsi – bahawa orang Melayu dan Islam akan merana jika parti-parti daripada golongan ini bertarung sesama sendiri. Melayu ka, Islam ka akan ditindas jika pihak yang bergabung dengan seteru politiknya berjaya menguasai pemerintahan Malaysia. Pada saya, kenyataan ini tak tepat dan terlalu berbentuk denial syndrome. 1. Yang lawan, di situ nanti boleh dikata 100 peratus adalah pemimpin-pemimpin orang Melayu atau Islam jugak. 2. Jika pihak bukan rakan PAS menang pun tetaplah ia Islam jugak. Jika dikata mereka terbabit dulu memerintah tak beri tumpuan kepada Melayu atau Islam, pada saya pandangan ini seperti saya taip tadi adalah sekadar membina persepsi. Lihat sekarang, apa pula “pemimpin-pemimpin Islam” dalam kerajaan PN buat demi kebaikan Islam selain jadi “burung kakak tua.” Banyak hal tak betul dilakukan pihak tertentu dalam PN sedangkan boleh dikata kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS diam sahaja. Saya dan yang lain-lain, yang duduk di luar Parlimen ini pulak perlu “hentam” mereka yang celupar berkenaan! Tunjukkan saya, apa kepentingan mereka yang berteras Melayu dan Islam dalam Dewan Rakyat lakukan bagi mengelak kaum dan agama ini yang seakan-akan “ditindas” sekarang. Serah memorandum bukan kerja “mereka” yang berada di pihak kerajaan, beri nasihat dan diikut oleh institusi-institusi kerajaan tertentu adalah kerja “pihak” yang berasa dirinya “king maker” tapi mampukah anda berbuat begini? Retorik dalam politik adalah baik tapi ia sekadar mencantikkan ucapan bagai perangai ayam serama. Oleh itu, elak “politik ayam serama” ja! Di kawasan yang betul-betul minat makhluk ini, bolehlah. Di tempat lain, tiada makna. Buatlah sesuatu kenyataan yang betul-betul kukuh!!! Ingatlah juga bahawa kebanyakan parti politik di negara ini tak ada satu pun yang mempunyai keahlian lebih 20 peratus daripada total pengundi dalam PRU-15 nanti. Makna kata, pengundi atas pagar ka, atas gerbang ka – tambah-tambah lagi orang muda tak berparti tapi mahu pergi mengundi - amat penting disantuni. Orang tua tak berparti pun ramailah sangat. HeHeHe. 

Cadangan untuk persempadan semula bagi kebaikan Melayu dan Islam yang ditawarkan YB PAS tu pulak pada saya suatu kenyataan tak begitu kemas malah boleh jadi "bola tanggung" kepada pihak lawan. Patutnya, buat secara diam-diam ja, bukannya diwar-war macam tak reti politik. BM, Kepong dan banyak lagi yang punya puluhan ribu pengundi DAP tu macam mana pulak nantinya jika berjaya cita-cita PAS kuasai 2/3 majoriti Parlimen? Sebagai contoh, sekelompok pengundi Melayu pernah ditarik keluar dari BM untuk mengukuhkan kawasan calon Melayu di tempat berdekatan. Masalahnya, sekarang jumlah pengundi DAP yang terlampau ramai di situ pula tentulah perlu dipecah menjadi sekurang-kurangnya dua kawasan Parlimen, bukan? Adakah ia menguntungkan Melayu atau Islam jika ia dipersempadankan, dan jika tak dipecah kepada dua kawasan Parlimen, bukankah ia tak adil kepada kebanyakan pengundi yang sukar mendapat bantuan kebajikan yang berkos tinggi serta tenaga khidmat YB-nya kerana jumlah mereka berkenaan terlampau ramai di sana? Pada 1983, saya pernah ikuti ceramah tertutup saudara Anwar di UM yang dihadiri ramai pelajar Melayu. Saya bukan pengkagum beliau malah bukan penyokong kerajaan yang beliau baru sahaja menjadi menterinya, tapi saya hilang mengantuk sewaktu Anwar berucap mengenai sebab-sebab persempadanan semula perlu dilakukan. Namun, beliau tak bersuara begitu pun ketika di hadapan umum. ☺☺☺

Comments