Kiamat Makin Dekat, Mustahil Makin Jauh!
[Saya baru-baru ni secara tak sengaja bertemu sebuah filem
Tanpa Tajuk arahan Mawi dalam YouTube lalu saya tonton kerana ia kelihatan
ganjil!]
A
Pergulatan politik UMNO dengan pasukan PM semakin jelas.
Ditambah dengan desakan golongan pemerhati politik yang menyokong UMNO yang mendakwa
rakyat marhaen khususnya ahli-ahli bawahan UMNO bengang dengan pihak kerajaan
yang memerintah Malaysia sekarang. Pada saya, ini hal biasa dalam politik,
zaman “dulu kala” pun macam ni jugak. Muhyiddin boleh saja kembali ke UMNO
menjelang PRU15 nanti atau berjuang bersama-sama PAS dengan bendera PN. UMNO pula
insya-Allah sukar duduk sekali dalam PN jika kita lihat senario politik
terkini. Masalahnya nanti, boleh berlaku, empat pasukan bakal bertarung
dalam pilihan raya umum kelak. Satu, PN dianggotai PAS dan Bersatu. Dua, BN
yang kekal seperti dulu dengan MIC, MCA dan lain-lain. Tiga, Pejuang dan
rakan-rakan "bidan terjun" dan boleh jadi Amanah. Empat, PKR dengan DAP dan
lain-lain yang beraliran sosialis. Boleh jadi juga tiga pasukan sahaja. Satu, PN disertai Pejuang dan PAS. Dua, UMNO dengan MIC, MCA dan lain-lain. Tiga, PKR, Amanah, DAP dan lain-lain yang beraliran sosialis. Yang lecehnya, kot mana pun, PAS - sepatutnya menjulang slogan Islam
Memimpin - "terpaksa" pilih PN atau BN untuk hadap PRU15 sehingga gagal beraksi sebagai kapten kapal pada peringkat nasional melainkan sekadar di dua tiga negeri sahaja. Boleh jadi jugak PAS "merajuk" lalu bertarung secara solo!
B
Menteri Kesihatan yang tiba-tiba muncul depan pintu gua
terus umum SOP menteri berbeza daripada orang biasa-biasa. Beliau buat lawak? Saja
timbulkan isu bagi menutup isu-isu lain? Atau, ada sebab lain, apakejadahnya, saya
tak pasti. Tapi, saya cukup "lemas" bila menteri bercakap dalam bentuk pilih
kasih. Nak sayang pengundi-pengundi yang memangkah saudara ka, nak sayang sahabat
yang kena undi dengan pengundi-pengundi?
C
Sebaik sahaja ada pemimpin politik kena hukuman penjara dan
denda lalu muncul orang bawahan tak puas hati dengan hukuman yang dikenakan atau
kecam lagi individu yang kena hukum, ini adalah kebiasaan. Tapi, bila seorang
bertaraf presiden sebuah parti bercakap mengenai makna rasuah perlu ditafsir
mengikut Islam dengan mengatakan sebab-sebabnya yang terlalu naif sebaik sahaja seseorang rakan pemimpin politik dikenakan hukuman, saya jadi pelik! Takkan makna
rasuah, perompak, pencuri dan lain-lain yang selama ini sudah pun dihurai beratus-ratus
ulamak hebat masih tak betul? Tentu tidak dan oleh itu pernyataan beliau ini
dilihat sebagai suatu dakwaan bahawa makna rasuah mengikut perundangan yang
sedia ada sekarang di negara ini tak betul. Baiklah, Perlembagaan Malaysia ini
boleh sahaja tak tepat kerana ia adalah ciptaan makhluk! Oleh itu, kemukakanlah
cadangan untuk memperbetulkan apa-apa yang dah ada itu dalam bentuk usul di Parlimen.
Di Malaysia, hanya bapak-bapak menteri boleh mengusulkannya dalam bentuk
pindaan atau penghapusan. Usulkanlah! Apa sebab “bercakap” dalam bentuk tulisan
sebegini? Sekarang sudah dalam kerajaan, bukannya dalam blok pembangkang! Saya
lain la kerana saya seorang penulis, bukannya ahli politik pun.
Sekian kali ini. Tulis banyak-banyak, nanti bertambah pening kepala pulak!
Comments
Post a Comment