Cerita politik sikit!!!

Aku tengok politik Malaysia semakin memualkan. Oleh itu, aku terasa nak tulis pendapat aku dalam blog aku ni. Besar kemungkinan apa yang aku tulis sama dengan pandangan sesetengah pengkaji-pengkaji politik tempatan yang lain. Mungkin juga tak sama langsung, atau sekadar seiras. Aku tulis dalam bahasa "santai" supaya mudah anda membuka minda yang mungkin selama ini tertutup dengan kefahaman kepuakan, kebangsaan dan hal-hal negatif lain. 

Yang pertama, aku seorang yang menyokong pihak yang nak menobatkan agama Islam. Maknanya, aku akan sokong walau parti komunis sekalipun asalkan ia nak memperjuangkan isu-isu Islam. Tapi, kat Malaysia ni mana la ada cara nak sokong komunis dengan jadi ahli parti atau sokong melalui pilihan raya kerana tiada sebuah pun parti politik komunis di negara ini. DAP tu berfahaman sosialis, bukannya komunis. Angkatan pemudanya digelar DAPSY yang bermaksud Pemuda Sosialis DAP. 

PAS, UMNO dan lain-lain pihak nak kata DAP tu berfahaman komunis, itu masalah tafsiran masing-masing. Tapi, hairan juga la aku, punya la ramai yang berijazah PhD dalam parti-parti politik berkenaan, tapi masih macam tak faham apa dia komunis, apa dia sosialis. Sedangkan, Ustaz Tuan Ibrahim masa aku kata Felda tu komunis sewaktu kuliah Tamadun Islam, beliau sanggah kata aku itu dengan dakwa Felda tu guna pakai cara sosialis. 

Kita ambil contoh mudah perbezaan sosialis dengan komunis melalui sistem pertanian. Komunis, dia bagi satu bidang tanah yang luas untuk dikerjakan secara beramai-ramai oleh setiap warga kampung. Jual hasil nanti, semua akan terima upah sama banyak. Sosialis, dia bagi setiap warga kampung sekeping tanah yang sama luas. Setiap orang usahakan kebun atau bendang masing-masing. Yang hasil bagus, dapat duit banyak la! Yang tak menjadi tanamannya, dia tanggung la sendiri! Tapi, takkan komrad nak biar rakan-rakannya sendiri melarat, kan? 

Sistem pertanian ala sosialis ada dilaksanakan dulu sewaktu entiti haram Israel mula diwujudkan berjiran dengan negara-negara Arab. Namun, difahamkan, kaedah itu terbukti gagal dan sekarang program berkenaan telah dihentikan. Yang menariknya, masa kumpulan penduduk lelaki kampung yang ikuti program terbabit ke ladang, semua yang perempuan secara bergotong-royong jaga dan mengajar anak-anak di kawasan kediaman, tanpa kira siapa mak atau bapa budak-budak itu. Yahudi yang kononnya bijak pun gagal laksana kaedah pertanian cara sosialis tulen

Aku cakap baru tadi, aku akan sokong komunis jika ia nak nobatkan Islam. Persoalannya, jika diterbalikkan kata-kata aku ini, ayat itu jadi suatu persoalan sama ada komunis nak sokong tegakkan hukum Islam atau tak? Seorang pemimpin DAP di Sabah, yang bukannya komunis pun, telah memberi kata dua mengenai cadangan untuk letak wakil PAS dalam Dun Sabah sebagai menghargai jasa ahli dan penyokong PAS yang berkempen dalam PRN negeri itu baru-baru ini. DAP Sabah sila cari isu lain kerana anda terserlah anti Islam jika hal perlantikan wakil PAS berkenaan digembar-gemburkan! PAS sebuah parti politik yang sah dalam negara ini, PAS bukannya komunis dan parti komunis insya-Allah takkan dibenarkan wujud di Malaysia! 

Wow! PKR Sabah pun tentang jugak! Tiada masalah nak bangkang kerana negara ini amal demokrasi, semua bebas bagi pendapat selagi tak menyalahi undang-undang. Tapi, DAP dan PKR, anda semakin menjarakkan ramai pengundi Islam daripada menyokong parti politik anda. 

Stop sat! Aku penat berjam-jam baca dan kaji berkajang-kajang tulisan Orang Putih tadi.  Sambung lain kali ... Kisah perkongsian kuasa politik terkini, yang aku ramal, insya-Allah gagal; apa dia bohong sunat, dan lain-lain. Tunggu!!!


Comments