Saya kini berusaha menulis sebuah novel lebih 300 muka surat atau sekurang-kurangnya sebuah antologi cerpen. Sukar amat untuk saya menulis dalam suasana kehidupan diri saya yang agak "kalut" dengan "hal-hal lain" yang sering menghalang saya untuk menulis tanpa "gangguan." Sebelum ini pun, saya hanya pernah menulis satu cerpen berkisar mengenai politik negara ini. Itu sahaja! Menulis buku politik pun sekadar untuk mencukupkan beberapa bab dalam karya penulis lain. Saya dulu lebih bergiat dalam hal mengedit majalah atau akhbar. Sehubungan itu, saya berasa bahawa menulis berita atau rencana lebih mudah kerana kedua-duanya ringkas dan menjurus kepada isu semasa. Di sini, saya letak beberapa video yang memaparkan nasihat beberapa orang penulis Barat. Ada juga beberapa video memaparkan sesetengah nasihat yang diberi seseorang penulis tertentu dipertikai pula oleh seseorang penulis lain. Saya akan tonton semua ini secara teliti seiring mengutip nasihat-nasihat yang bermanfaat. Dan, insya-Allah, saya bakal menghasilkan sebuah buku - besar kemungkinan fiksyen - selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.






















Comments