Antara Ratusan Atau Ribuan Lagu Melayu Yang Aku Minat!

Letih dengar lagu Orang Putih, layan lagu Melayu pulak. Lagu pertama ialah dendangan Jamal Abdillah, aku dengar bersama seorang kawan yang terkenal kerana bijak baiki jam tangan, sambil kami berdua makan kacang goreng atas katilnya semasa di asrama pada awal 1980. Peristiwa ini tercatat dalam Diari 1980 aku, dan ia akan aku guna apabila aku tulis sebuah cerpen mengenai sekolah menengah aku yang akan dimasukkan ke dalam sebuah antologi cerpen, insya-Allah, akan aku siapkan selewat-lewatnya sekitar tengah tahun depan. Semoga ada pihak sudi terbitkan. Insya-Allah, aku tak guna nama-nama betul semasa tulis cerpen berkenaan kelak untuk elak kekawan saman aku. Aku bukan orang kaya. Keh! Keh! Keh! Berbalik kepada peristiwa dengar lagu ini, dulu aku dengar Senandung Semalam melalui radio kecil sebesar tapak tangan milik kawan se-dorm berkenaan, kini aku dan anda dengar suara orang yang sama tapi remake menerusi aplikasi Youtube. Nostalgik habis!


Lagu seterusnya: Mawi, entah di mana dia sekarang. Suara beliau sedap jugak, tapi sekarang dah ramai muka baru.

Sebuah band pelajar ITM Seri Manjung - pemain gitar utamanya adalah adik kepada seorang kawan perempuan setingkatan aku, masa aku sekolah menengah dulu - suka main satu dua lagu Lefthanded. Aku tengok-tengok sahaja, malas join kerana mereka seniors aku. Aku masa belajar di sini sekitar 1987-88 lebih suka berentap snuker. Lagu Tiada Lagi Kidungmu ni aku suka, selain Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi dan Debunga Wangi. 

Penyanyi - juga pelakon - ini memiliki suara yang mantap. Beliau hanya perlu pasukan promosi terbaik bagi mempopularkan lagu-lagunya.  

Lagu ini adalah salah satu daripada lagu-lagu yang aku nyanyi masa belajar main gitar kapuk pada awal 1980-an. 


Comments