Laporan mengenai lawatan saya - satu-satunya wartawan Malaysia yang diundang ke Sudan - sempena sambutan Hari Kemerdekaan 1995, disiar Harakah kali pertama 28 Julai, diikuti dalam edisi selanjutnya 31 Julai. Ada juga saya tulis berbentuk catatan perjalanan yang disiar dalam dua majalah, Muslimah dan Tamadun. Saya letak dalam blog saya ini berita serta interbiu saya bersama Allahyarham Dr Hassan Turabi bagi mengelak ia hilang begitu sahaja kerana kertas akhbar yang saya simpan ini sudah usang. Ia juga bagi membolehkan anak-anak saya membaca dan menilai tulisan ayah mereka, begitu juga sesiapapun yang ingin mendapat sedikit maklumat mengenai Sudan. Dr Hassan - berkelulusan undang-undang dari Surbonne University, Paris - fasih enam bahasa. Secara berjenaka beliau jelaskan: Arab bahasa ibunda, Inggeris bahasa antarabangsa, Perancis bahasa negara beliau belajar peringkat PhD, Jerman beliau belajar dalam penjara, Latin bahasa undang-undang yang beliau terpaksa belajar dan Itali bahasa orang bercinta! Saya bertutur dengan beliau dalam Bahasa Inggeris kerana bahasa ini sahaja yang saya agak faham. Al-Fatihah.







Comments