
RAKAN KALAHKAN
RAKAN
Apabila Langkah MENTERI Kaku!
Menurut
wikipedia.org, Jan Timman – lahir 14 Disember 1951 – adalah Grandmaster Belanda yang tersohor
seantero dunia sejak akhir 1970-an sehingga awal 1990-an. Dalam tempoh berkenaan,
beliau pernah dinobat sebagai pecatur bukan dari Russia yang paling hebat
dengan gelaran "The Best of the West". Beliau juara Dutch Chess Championship 9 kali.
Namun, beliau tewas kepada Anatoly Karpov pada 1993 FIDE World Championship.
Timman adalah anak pensyarah matematik professor
Rein Timman, manakala ibunya Anneke adalah bekas pelajar matematik kepada
seorang guru yang juga bekas juara dunia, Max Euwe.
Ketika berusia 15 tahun, Timman mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan World Junior Championship di Baitul Maqdis
pada 1967.
Beliau peroleh International Master pada 1971, dan
Grandmaster pada 1974 iaitu warga Belanda ke-3 selepas Max Euwe and Jan Hein Donner,
seterusnya pada tahun yang sama beliau menjuarai Dutch Championship buat kali pertama.
Beliau berada di tempat ke-2 pada 1972. Kemenangan pertama beliau pada
peringkat antarabangsa ialah di Hastings 1973/74, di
mana beliau berkongsi kemenangan bersama Tal, Kuzmin,
and Szabó.
Seterusnya menang di Sombor pada 1974 dengan Boris Gulko, Netanya pada
1975, Reykjavík pada 1976 dengan Fridrik Olafsson, Amsterdam IBM pada 1978, Nikšić
pada 1978 dan Bled/Portorož
pada 1979.
Pada 1982, Timman adalah pecatur kedua
terhebat dunia di bawah Anatoly Karpov. Pada 1980-an beliau menang
beberapa kejuaraan terkemuka termasuk Amsterdam IBM pada 1981, Wijk aan Zee pada
1981 dan 1985, Linares pada 1988, Euwe Memorial
pada 1989 dan World Cup di Rotterdam
pada 1989, selain berjaya di Las Palmas pada 1981, Mar del Plata pada 1982, Bugojno pada
1984 dan Sarajevo pada
1984. Kejayaan paling manis Timman ialah The 2nd Immopar Rapid Tournament
pada 1991. Pada perlawanan kalah mati ini beliau tewaskan Gata Kamsky1½–½,
Karpov 2–0, Viswanathan Anand 1½–½, dan akhirnya Juara
Dunia Garry Kasparov 1½–½ untuk mengumpul hadiah
utama kira-kira 75,000 USD
serta Elo rating pada
tahap 2950.
Karier Timman di persada dunia bermula
dalam kejohanan tahap zon di Forssa/Helsinki pada 1972 dan Reykjavík pada 1975. Beliau gagal
ke peringkat selanjutnya dalam kedua-dua kejohanan ini. Namun, kemenangan beliau
di Amsterdam pada 1978 membolehkannya buat kali pertama menjadi calon kejohanan
interzonal di
Rio de Janeiro,
di mana beliau gagal untuk ke peringkat akhir. Beliau berjaya setakat separuh jalan
pada 1982 di Las Palmas Interzonal, tetapi menang pada kejohanan Taxco 1985 Interzonal
lalu layak buat pertama kali untuk menjadi calon Candidates
Matches. Bagaimanapun, beliau tewas pada pusingan pertama kepada Artur Yusupov pada 1986. Selanjutnya,
selepas menang Tilburg Interzonal
pada 1987 barulah beliau berjaya menewaskan Valery Salov, Lajos Portisch
dan Jonathan
Speelman, tapi kalah pada final kepada Anatoly Karpov pada 1990. Timman cecah pusingan akhir sekali
lagi pada 1993 dengan menumpaskan Robert Hübner, Viktor Korchnoi
dan Yusupov, tetapi beliau kalah pula kepada Nigel Short.
Setelah Short and Garry Kasparov hanya bermain catur dalam
kejohanan bukan anjuran FIDE,
Timman telah dijemput untuk berentap dengan Karpov bagi kejohanan dunia versi FIDE.
Namun, beliau kalah dengan nilai mata 8½-12½.
Timman mewakili Belanda dalam 13 kejohanan
besar catur dari 1972 to 2004, dengan 11 kali pada peringkat akhir. Pada 1976 beliau
menerima medal emas persembahan individu terbaik. Pada 2004, beliau membawa
Belanda berkongsi tempat utama di Reykjavík dan berkongsi tempat ke-2 di Amsterdam.
Beliau bermain dalam pasukan yang menang pingat emas di European Team Chess Championships di Gothenburg pada
2005, bersam-sama Loek van Wely, Ivan Sokolov, Sergei Tiviakov
dan Erik van den Doel. Pada 2006
beliau menang Sigeman Tournament di Malmö Sweden
dan ke-2 pada kejohanan Howard Staunton Memorial di London.
Timman yang berkahwin dua kali dan
memperoleh seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan dengan isteri pertama
ialah salah seorang ketua editor majalah, New In Chess.
Bukunya The Art of Chess Analysis dianggap sebagai salah sebuah “The
modern classics of chess literature.” Buku-buku lainnya termasuk Timman's
Selected Games (1995), Studies and Games (1996), Fischer,
World Champion! (2002), The Ultimate Guide to the Bishops Pair
& Strong Knights (2004), Botvinnik's Secret Games (2006), The
Art of Attacking Chess According to the Modern Masters (2006), The
Battle of Minds That Shook the Chess World (2007) dan The Art
of the Endgame (2011).
Timman gemar mencabar kekuatan gaya
permainan lawannya. Yasser Seirawan jelaskan bahawa Timman lebih
terinspirasi untuk bermain cara rumit berbanding membuat perkiraan sebelum mula
permainan. Keberanian Timman ini menyebabkan beliau kalah banyak permainan
tetapi beliau ditakuti ramai kerana tidak ada sesiapapun yang suka apabila
mereka ditewaskan Timman dalam posisi kesukaan mereka. Raymond Keene merumuskan
bahawa cara permainan Timman sebagai seorang pejuang yang mengikut acuan Emanuel Lasker.
Timman suka guna pelbagai jenis opening dengan sistem permainan selanjutnya
yang pelbagai strategi sama ada beliau bermain Putih atau Hitam. Nota catur di
bawah ini adalah contoh gaya permainan Timman:
Timman vs Garry Kasparov, Hilversum 17
Disember 1985; Ruy Lopez, Variasi Zaitsev
1.e4 e5 2.Nf3 Nc6 3.Bb5 a6 4.Ba4 Nf6 5.0-0 Be7 6.Re1 b5 7.Bb3 d6 8.c3 0-0 9.h3 Bb7 10.d4 Re8 11.Ng5 Rf8 12.Nf3 Re8 13.Nbd2 Bf8 14.a3 h6 15.Bc2 Nb8 16.b4 Nbd7 17.Bb2 g6 18.c4 exd4 19.cxb5 axb5 20.Nxd4 c6 21.a4 bxa4 22.Bxa4 Qb6 23.Nc2 Qc7 24.Bb3 Ba6 25.Rc1 Bg7 26.Ne3 Bb5 27.Nd5 Nxd5 28.Bxg7 Kxg7 29.exd5 Ne5 30.Ne4 Nd3 31.Qd2 Ra3 32.Nf6 Rxe1+ 33.Rxe1 Kxf6 34.Qc3+ Ne5 35.f4 Ba4 36.fxe5 dxe5 (Pada peringkat ini barulah Timman cari kombinasi untuk menamatkan permainan) 37.d6 Qxd6 38.Qf3+ Ke7 39.Qxf7+ Kd8 40.Rd1 Ra1 41.Qf6+ (Kasparov tak boleh lagi berharap kepada ratu atau turut disebut oleh orang Indonesia sebagai Menteri) 1-0
1.e4 e5 2.Nf3 Nc6 3.Bb5 a6 4.Ba4 Nf6 5.0-0 Be7 6.Re1 b5 7.Bb3 d6 8.c3 0-0 9.h3 Bb7 10.d4 Re8 11.Ng5 Rf8 12.Nf3 Re8 13.Nbd2 Bf8 14.a3 h6 15.Bc2 Nb8 16.b4 Nbd7 17.Bb2 g6 18.c4 exd4 19.cxb5 axb5 20.Nxd4 c6 21.a4 bxa4 22.Bxa4 Qb6 23.Nc2 Qc7 24.Bb3 Ba6 25.Rc1 Bg7 26.Ne3 Bb5 27.Nd5 Nxd5 28.Bxg7 Kxg7 29.exd5 Ne5 30.Ne4 Nd3 31.Qd2 Ra3 32.Nf6 Rxe1+ 33.Rxe1 Kxf6 34.Qc3+ Ne5 35.f4 Ba4 36.fxe5 dxe5 (Pada peringkat ini barulah Timman cari kombinasi untuk menamatkan permainan) 37.d6 Qxd6 38.Qf3+ Ke7 39.Qxf7+ Kd8 40.Rd1 Ra1 41.Qf6+ (Kasparov tak boleh lagi berharap kepada ratu atau turut disebut oleh orang Indonesia sebagai Menteri) 1-0
Bagaimana, di bawah ini saya ambil pula perlawanan
daripada buku Ivan Sokolov’s Best Games yang menyaksikan bagaimana Ratu atau
Menteri milik Timman dikunci kejap lawannya pula sehingga tak boleh bergerak
lalu Timman kalah. Untuk pengetahuan anda, Ivan Sokolov dilahirkan di Yugoslavia pada 1968 tetapi berhijrah ke Belanda dan seterusnya menjadi ahli pasukan catur
negara barunya ini. RAKAN KALAHKAN RAKAN NAMPAK! KEH3!!!
Timman vs Sokolov, Dutch Ch playoff
match, Amsterdam 1996; Slav
1.d4d5 2.c4c6 3.Nf3Nf6 4.Nc3a6 (Hitam
sedia untuk ... b5 lalu kembangkan Bishop atau Gajah kata orang Indonesia ke e8
sebelum gerak ...e6)
5.g3 (Alternatif ialah 5.c5, 5.Ne5, 5.a4,
5.e3 dan Putih boleh juga 5.cxd5)
5...dxc4 6.a4g6 7.Bg2Bg7 8.0-0 0-0 9.e3
(9.Ne5 akan dijawab dengan 9... Ng4!)
9 ...a5 (Hitam hilang tempo sebab askar
- pion kata Indonesia yang diambil daripada bahasa Belanda - gerak buah dua
kali. Namun, dia berjaya desak Putih gerak a2-a4 lalu memperoleh petak cantik
b4 buat Kudanya)
10.Ne5 Na6 11.Nxc4 Nb4 12. Qe2? (Gerak betul ialah
12.h3)
12...Bg4! 13.f3?! (Qd2 dengan diekori b3
dan Bb2 mungkin lebih cantik)
13... Be6 14.Rd1c5! (Hitam sudah selesai
berkembang dengan desak f2-f3, tutup sementara gerakan Bishop ke g2 manakala
koordinasi buah-buah Putih teruk. Dalam keadaan ini, Hitam patut serang
bahagian tengah)
15.dxc5 (Jika tak bertindak, Hitam akan
tawan petak d4)
15...Qc7 16.Nb6 Rad8 17.Rxd8 Rxd8 18.e4
(Putih berharap tahap perkembangan buah-buahnya selesai dengan 18 ...Qxc5+
19.Be3. Tapi ...)
18... Rd3! (Kini 19...Qxc5+ adalah
ancaman. Contohnya, 19.Bf4Qxc5+ 20.Qf2Qxf2+ 21.Kxf2Nxe4+ seterusnya Bd4+.
19.Be3 tewas kepada 19...Rxe3 20.Qxe3Nc2)
19.Bf1Ng4! 20.Nbd5Qxc5+ 21.Kg2 Bxd5 22.Nxd5 Nxd5! 23.exd5 Ne5 24.Bf4Qxd5 (Hitam
tawan 1 askar dan kekalkan ancaman. Putih perlu tukarkan Rook-nya atau Benteng
kata orang Indonesia yang berada di d3. 25.Rc1 tewas kepada 25 ...h6,
sebaliknya Putih tak mahu tawan e5 kerana ... Rd2. Selain itu, askar f3-nya
dalam situasi tergantung.)
25.Ra3! Rxa3 26.bxa3 Nc6 27.Qb5 Qa2+
28.Kh3 Qxa3! 29.Bd3 (29.Qxb7 akan dijawab 29 ... Qxf3 lalu Putih tiada HARAPAN)
29 ...h6 30.Be4Qa1
31.Kg2Qa2+ 32.Kh1?Qf2 33.Qb1 e5 0-1
Comments
Post a Comment