BELAJAR DARIPADA KESILAPAN
Ivan Sokolov adalah seorang Grand Master yang pernah menumpaskan insan-insan hebat sepanjang
karier caturnya walaupun level beliau
sekarang sedikit rendah berbanding 10 pecatur terbaik dunia. Dia dilahirkan
pada 13 Jun 1968 di Yugoslavia; bapanya warga Bulgaria manakala ibunya Croatia.
Gerak hati Ivan yang sering tepat serta sikapnya yang pantas dalam membuat
keputusan adalah resepi kejayaannya. Ivan dianugerah FIDE Master pada 1985. Kemudiannya, dia menang dalam suatu kejohanan
antarabangsa peringkat Master pada 1986. Diikuti menang di Vidmar Memorial 1987. Dia menang lagi di kejohanan sama pada 1993.
Namun, kejayaan paling besar adalah menumpaskan Garry Kasparov di Wijk aan Zee 1999. Kini, nama Ivan tercatat
dalam senarai 100 pecatur paling hebat dunia. Rating FIDE Ivan terkini ialah
2663. Rating terbaiknya ialah 2706 pada 2004. Ivan Sokolov bermain catur di
bawah bendera Belanda.
Pada 2015, sebuah buku berjodol Ivan's Chess Journey, Games and Stories telah diterbitkan. Jarang Grand Master menceritakan secara detail mengenai kekalahan masing-masing,
namun bukan bagi Ivan! Di sini saya petik pertarungan Ivan dengan Gennadi
Sosonko juga wakil Belanda di Dutch
Championship 1994. Ivan - yang membuat analisa permainan ini - bermain buah
Hitam.
1. d4 Nf6 2. c4 g6
3. Nc3 d5 4. Nf3 Bg7 5. Qb3 c5?!
Gerak 5 ... c5 ini amat tidak popular! Dalam timbunan data
permainan catur, hanya 6 permainan berakhir dengan kemenangan di pihak Hitam
mengikut gerak buah sebegini. Gerakan ini pasif dan menyebabkan Hitam hilang
satu Askar sedangkan cahaya untuk menggapai kemenangan terlalu samar.
6. cxd5!
Pilihan ini terbaik. 6. dxc5 beri peluang Hitam bertahan
mengikut cara Gruenfeld dengan 6 ... d4 7.Nb5 Ne4 8. Qa3 a6 9.e3 0-0
A. 10. exd4 axb5!
11. Qxa8 Bxd4
B. 10. Nbxd4 e5
B1. 11. Nb3
Nc6 diikuti Hitam gerak ... a5 dan ... Nb4
B2. 11. Nb5
B2.1 11 ... Nc6 12. Nd6
B2.2 11 ... axb5! 12. Qxa8 Na6
Saya tak pasti dengan gerakan yang saya rancangkan ini tetapi
saya rasa ada kelebihan kerana permainan jadi bercelaru dan suasana beginilah
yang saya gemar.
6 ... 0-0
Mungkin lebih baik 6 ... cxd4! Tapi ...
A. 7. Qa4+ Nfd7 8.
Nxd4 0-0 9. e3Nb6
A1. 10. Qb3 a5
A2. 10, Qa5
Na6 11.b3 Nc7 12. Bc4 Nxc4
13. bxc4 Bf5 14. Nxf5 Nxd5
A2.1. 15.
Nh6+ Kh8
A2.2. 15.
Qxd8 Bxc3+ 16. Ke2 Rfxd8 17. Rb1 gxf5
18. cxd5
B.7. Nxd4
Nxd5 8. Nxd5 Bxd4
B1. 9. e3 Bg7
10. Bb5+
B1.1. 10
... Nc6! 11.0-0 0-0 12. Rd1 Be6 Hitam selamat.
B1.2. 10 ... Bd7 11. 0-0 0-0 12. Rd1 e6 13.Nc3 Qc7 14. Bd2 Na6
15. Rac1
B2. 9. g3! Hitam kemudiannya mungkin
mencapai keseimbangan tapi tetap pasif.
B2.1. 9
... e6 10. Nc3 Qb6 11. Qxb6 Bxb6
12.Bg2
B2.2. 9
... 0-0 10. Bg2
B2.2.a. 10 ... Nc6 11. 0-0
e6 12. Nc3 Qb6
B2.2.b. 10 ... e6 11. Nc3 Qb6
12. Qxb6 axb6 13. 0-0 Nc6 14.Rd1
7. e3 Nbd7 8. Be2 cxd4 9. Nxd4
Ini situasi sukar buat Hitam. Boleh guna Askar tapi tiada
peroleh kelebihan.
9 ... Nc5
9 ... Nb6 10. Bf3 Bg4
11. Bxg4 Nxg4 12. Nde2 masih
gagal dapat kelebihan akibat kekurangan satu Askar.
10. Qa3 Ncxe4 11. Nxe4 Nxe4
12. 0-0
Harapan yang ada pada saya ialah cuba memperoleh satu Askar
serta seri.
12 ... Re8
Jika 12 ... Qxd5 13. Qxe7 pula tak mungkin Hitam boleh ambil
kesempatan disebabkan Ratu Putih yang terdedah.
13. Qb3 Qd6 14. Rd1 a5
14 ... Bd7 15. Bf3
Ng5 16. e4 Nxf3+ 17. Qxf3 juga
menyukarkan Hitam ia lebih baik berbanding jalan sebenar mengikut permainan
ini.
15. Qc2! Nc5 16. e4 Bd7 17. Be3 Rac8 18.Rac1
Hitam masih kurang satu Askar dengan tanpa apa-apa kelebihan.
Sekarang, Hitam boleh dikalahkan dengan 3 gerakan lalu saya cuba guna taktik.
18 ... Ba4? 19. b3 Nxb3?
20. Qxc8
Dah nampak Hitam akan di-checkmate.
20 ... Nxd4
Atau 20 ... Nxc1 21.
Rxc1 Bxd4 22. Bxd4 lalu checkmate.
21. Rxd4
Saya 'ngaku kalah untuk elak dilanyak dengan 21 ... Rxc8 22. Rxc8 Bf8
23. Bh6 1-0. Saya amat kecewa
dengan kekalahan ini berikutan Genna ambil masa tak sampai 45 minit untuk
menumpaskan gerakan pelik saya yang matlamatnya samar-samar untuk menang. Selalunya,
saya akan ke bar berdekatan untuk melepaskan perasaan hampa. Namun, kali ini
saya tanya Genna sama ada dia 'nak analisa permainan kami ini. Jawapannya:
"Saya berminat, tapi saya ada tiket-tiket teater dan saya 'dah
lewat." Genna, tadi, tawarkan seri pada awal permainan namun saya teruskan
permainan sehingga saya kalah dengan 20 gerakan!
Di atas, cerita ketika Ivan berusia 26 manakala Genna pula 51
tahun! Cerita ke-2 ini pula turut sewaktu Ivan masih muda, berumur 27 menentang
Viktor Korchnoi yang sudah 64 tahun - lawannya ini sudah meninggal dunia pada
2016 - dalam suatu kejohanan catur di Antwerp pada 1995. Pertarungan mengikut
strategi Nimzo-Indian variasi klasik mereka ini, dengan gerakan Kuda Putih dengan
bantuan Rook-nya yang menarik, saya kutip daripada sebuah buku karangan Ivan
bertajuk Ivan Sokolov's Best Games yang
saya baca di Perpustakaan Awam Seberang Jaya dua-tiga tahun lalu.
1. d4 Nf6 2.c4 e6 3.Nc3 Bb4 4. Qc2 0-0 5.a3 Bxc3+ 6.Qxc3 b6
7.Bg5 Ba6
Bishop Hitam ganggu perkembangan Putih apabila beraksi di
diagonal a6-f1. 8.e4? akan gagal kerana dijawab dengan 8 ... Nxe4 9.Bxd8 Nxc3
10.Bxc7 Ne4 11.f3 Nf6 12.Bd6 Rc8
13.b3 Nc6 14.0-0-0 Ne8 15.Bg3
d5. 8.Rc1 pula 8 ... h6 9.Qf3 Nc6 10.Bxf6 Qxf6
11.Qxf6 gxf6 12.e3. Namun, tak
tentu sama ada Hitam akan gerak 8 ... h6.
8.Nf3 d6 9.e3 Nbd7
10.Bd3 c5 11.0-0
Jika 11.b4, Hitam bakal memperseimbangkan dengan 11 ...
cxd4 12.exd4 Rc8 13.Qb3 h6
14.Bh4 Qc7 15.Rc1 e5 16.dxe5 dxe5
17.Bg3 Nh5 18.0-0 Nxg3 19.hxg3 e4
20.Bxe4 Bxc4 21.Qb2 b5.
11 ... h6
Lebih tepat ialah 11 ... Rc8!
12.Bh4 cxd4 13.exd4 Rc8
14.b3
Putih boleh ambil peluang lawan gerak ke-11 Hitam dengan
14.Qb4! kemudiannya jika dijawab dengan 14 ... d5 gerak 15.b3. Jika 14 ...e5
gerak 15.Bf5 lalu jika 15 ... Bxc4 maka 16.Rfc1.
14 ... b5 15.Nd2 Rc6
16.Qb2 bxc4 17.bxc4
Putih perlu elak gerak 17.Nxc4?
17 ... Qc7 18.Rfc1 Rc8
18 ... Rb8 lebih logik.
19.Bf1!
Gerak ini hapuskan ancaman Hitam yakni d6 ke d5 apabila
Bishop Putih tak tergantung di situ lagi. Oleh itu, Putih boleh jawab dengan
gerak c4 ke c5. Dalam pada itu, tindakan Hitam melemahkan buah-buah utama Putih
di fail c sekadar merugikan masa.
19 ... e5 20.Re1!Qb6
21.Qxb6Rxb6 22.c5! dxc5 23.dxe5 Bxf1
24.Kxf1 Nd5 25.Nc4 Ra6?
Silap besar kerana dua gerakan lagi Putih boleh letak Kuda di
c4 seiring lemahkan Rook di a6. Sepatutnya, 25 ... Rb3.
26.a4! Rb8
Begitu juga 26 ... N7b6
27.Nd6 Rb8 28.a5 lalu Kuda itu
pulang ke pangkalannya di c4.
27.a5 Rb4 28Rac1 Nc7
29.f4Ne6 30.Red1Ndf8 31.Be1 Ra4
32.f5 Nd4 33.g4 h5 34.Nb2! Ra2
35.Rxc5 Rc6! 36.Rxc6 Nxc6 37.Nd3 hxg4
38.Rc1 Ne7
Boleh juga 38 ...Nd4
39.Rc8 Nf3 (39 ... Nxf5 40.Bb4 Ne3+
41.Kg1) 40.Bb4 Nxh2+
41.Ke1Nf3+ 42.Kd1 g3 43.e6 g2
44.Bc5 dan menang.
39.Bb4 Nd5 40.Rc8 Nxb4
41.Nxb4 Rxa5 42.Nc6 Rb5 43.Kg2 1-0
Tak dapat elak sama ada 44.e6 atau 44.Ne7
Comments
Post a Comment