Selamat datang ke ...

Hari ini, 2 Ogos 2018 - sudah masuk hari Jumaat mengikut perkiraan Islam - setelah bertahun-tahun aku simpan hasrat untuk menulis dalam blog maka dengan bantuan anak perempuan sulung, Nurul Izzah aku mula menggerak jari-jemari di atas papan kekunci komputer untuk merangka bahagian pendahuluan. Aku bakal berkarya dalam pelbagai perkara antaranya menulis cerita pendek (cerpen) dan mengkritik hal politik tempatan serta luar negara, juga menterjemah rencana luar negara menarik dan cerpen asing khususnya genre realisme. Aku telah download beribu-ribu bahan dari internet untuk tujuan ini! Semoga aku secara tak langsung dan sesiapa yang berminat dalam bidang penulisan dan politik, masing-masing dapat mengasah bakat dengan meneliti posting aku di masa depan, insya-Allah. Malam semakin gelap dan aku berehat sekejap! 

Nota gambar: Gambar bawah, aku bersama 3 anak perempuan hantar seorang anak saudara belajar - bukan di sekolah ini tapi sebuah pusat pengajian lepasan sekolah menengah yang terletak di sebelahnya - di Sungai Petani, Kedah pada 2008. Ketika ini, Nurul Izzah, 9 tahun; Nurul Asyikin, 5 tahun dan Nurul Sofiyah, 3 tahun. Aku pindah ke Seberang Jaya dari KL pada penghujung 2006. Sehingga ini, aku sekeluarga masih cekal menetap di Pulau Pinang. Gambar atas, aku bersama mereka di Parit, Perak baru-baru ini, 2018 sewaktu hantar anak kedua pulang ke asrama. Cepat betul masa beredar!

Comments