POLITIK MALAYSIA 





Dua video kat atas ni - seorang fasih English, seorang lagi tak - membuatkan aku hari ni berasa tak berapa seronok. Apa nak jadi dengan Malaysia?


Ada pula orang nak pertahan! Lihat video kat atas ni. Aku bukan fasih pun cakap English tapi YB berkenaan berucap dalam majlis penting yang sepatutnya beliau cakap English ikut gaya rasmi. Memang ada orang putih, bukan setakat Afrika, yang cakap loghat macam-macam, malah ramai mereka terbabit cakap tak betul di segi grammar pun, tapi itu bukan patut dijadikan alasan. Sebelum ni, orang ramai kritik apabila seorang YB bercakap Bahasa Melayu teruk sangat apabila beliau sebut "terbulu-bulu" di Parlimen. 

Sepatutnya, YB PAS terbabit baca ucapan dalam English ikut teks. Cakap ikut sebutan orang Kedah sikit-sikit takpa. Tapi, lagi bagus beliau berucap dalam Bahasa Melayu dan letak terjemahan English kat skrin besar di belakangnya atau edar salinan kertas terjemahan ucapan macam ramai orang lain buat tu! Tengok video kat bawah ni! Presiden Amerika Syarikat tak faham soalan wartawan. Entah-entah, aku cakap orang putih pun Trump tak faham! Tapi, sekali dulu, aku pernah berbual dengan seorang wartawan usia sekitar  40-an atau 50-an, perempuan orang putih asal Amerika Syarikat, dia kerja kat Associated Press berpangkalan di Kaherah. Dia fasih loghat Mesir, aku Bahasa Arab ikut buku pun tak reti. Jadi, kami berbual dalam English dan dia kelihatan mudah faham cara aku cakap English. Aku pula mudah faham accent dia pakai sebab dia tak guna loghat pelik seperti yang diucap penduduk Texas atau Alabama. Dalam situasi berbeza, seorang pensyarah English ajar Sastera Amerika Syarikat, tapi lelaki tu baru ja jejak kaki ke wilayah selatan Amerika Syarikat, pernah mengeluh dalam kelas bahawa dia sukar faham sewaktu berinteraksi dengan penduduk tempatan.



Tengok pulak 2 video kat bawah ni. Video 1, pegawai tu tanya: "Berapa lama hang dah duk sini?" Video 2, beliau mungkin kata: "Aku tak kira, aku nak cakap bahasa aku. Aku taknak cakap bahasa penjajah!"

























Aku bukan orang bijak sangat dalam hal peribadatan namun melawat kubur pada aku adalah untuk ingatkan kita supaya jadi orang baik. Oleh tu, bagaimana mungkin mana-mana pemimpin nak ajar pengikut-pengikutnya jadi baik jika dia sendiri bagi penghormatan dengan letak karangan bunga bagai di kubur seorang pemimpin yang menentang Islam? Lihat beberapa video kat atas.



















Mudah ja. Selama ni, sering sangat orang politik salahkan pengundi pangkah calon tak betul pada pilihan raya. Sedangkan, sapa-sapa yang dicalonkan tu la yang kena betul-betul berkhidmat tak kira parti mana pun dia wakil.  Pelik la jika wakil rakyat beragama Islam tapi nak bercakap dan sokong sesuatu demi Islam pun banyak songeh. Tonton 2 video kat bawah ni pulak!





Beberapa pendapat dalam video kat atas ni aku tak setuju. Mudah ja. Bila kita ada kuasa, kita kena laku sesuatu untuk halang amalan sesuatu tak baik, bukan sekadar kata sesuatu amalan tu salah! Contoh, pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik kena desak kerajaan tutup pusat GRO. Golongan isteri Cina pun pernah berdemontrasi di Kajang kerana bengang suami mereka gila GRO dari China. Judi? Beberapa negeri kat Amerika Syarikat pun ada tak benarkan maknanya tak beri lesen judi! Aktiviti judi bawah pokok kelapa sawit dan hal macam tak pi solat Jumaat dan sewaktu dengannya ni, pihak berkuasa tertentu patut pi terjah dan tangkap mengikut undang-undang berkaitan.


Bila sebut arak kita kena tengok macam mana ia diminum. Pusat jual arak dengan pelayan perempuan dan joget bersepah-sepah di Malaysia tu siapa bagi lesen? Kalau untuk orang bukan Islam pun, berapa juta orang yang terbabit pi minum arak kat situ? Majoriti golongan minum arak tak ke situ pun! Berapa ramai pula isteri yang bengang dengan perangai suami mereka yang bela GRO? Kat sekolah macam-macam peraturan dikenakan. Takkan orang tua bangka mabuk tak tentu hala takpa? Kerajaan nak jaga kepentingan majoriti rakyat atau golongan peniaga arak? 
































Aku edit sikit video kat atas ni. Setelah tonton beberapa kali, aku dapati seorang aktor dalam video berbentuk satira politik ni dakwa Paksu Bakar sakau. Mungkin tak terpakai jika didakwa di mahkamah pun sebab sakau apa? Siapa yang kena sakau? Lagi satu dalang sebenar saya percaya bukan Paksu Bakar tapi seseorang yang lebih faham mengenai hal adu kuasa politik tempatan.



Undang-undang yang diperkatakan dalam video kat atas ni serta yang seumpama dengannya kena tukar atau buat baru supaya adil. Sekarang ni, kena ada yang mengaku jadi mangsa baru boleh didakwa! Sedangkan, kesalahan ni nabi tak mengaku umat. Laksana la hukum hudud. Tak MAMPU buat semua ikut yang ada dalam undang-undang hudud, buat satu dua dulu. Takdak makna rajin jaja MADANI tapi masyarakat makin huru-hara, kan?









Cadangan seperti dalam video kat atas ni lebih menarik berbanding yang di bawah. 

Bukan salah remaja 18 tahun ke atas tapi orang tua yang ajar mereka berpolitik. Masalahnya, orang tua yang tak faham berpolitik ni nak sumbat ke mana? Kat bawah ni pulak beberapa video babit Bersatu yang kini diserang teruk sehingga mungkin kerana inilah beberapa Adun kat Perlis menggelupur tak keruan.





































Comments