PAS
Aku pernah jadi penjaja di Pasar Chow Kit serta tempat-tempat lain. Aku bantu orang lain niaga di pinggir jalan sekitar pertengahan 1980-an hingga awal 1990-an. Jual buah, kuih raya, kad raya, minuman dan lain-lain. Oleh tu, aku faham sedikit-sebanyak hal penjaja kecil. Dan, memang sukar nak dapat tapak bazar Ramadan sehingga ada yang sanggup bayar beribu-ribu ringgit untuk beli tapak orang yang berjaya dalam undian tapak niaga di sekitar Jalan Masjid India! Macam dalam video kat atas ni, pasti ada yang sanggup guna nama orang lain jika dia tak berjaya dalam proses undian tapak di sekitar KL. Namun, sekurang-kurangnya pihak berkuasa boleh pantau supaya perkara ini tak galak berlaku. Dalam hal, bayaran tapak harga beribu-ribu ringgit di Terengganu ni pula, satu ja aku nak persoal: Bagaimana penjaja yang kurang mampu nak bersaing? Awal-awal dah terduduk! Jika mereka yang marhaen ni tetap diberi tempat, adakah tempat berkenaan sama strategik seperti yang harga beribu-ribu ringgit tu?
Yang ni bagus. Lihat video kat atas ni.
Aku sokong PAS sejak budak-budak. Tokwan aku yakni ayah ayah aku - seorang guru agama belajar di Makkah pada zaman kerajaan Arab Saudi sekarang ni baru nak ditubuhkan - pernah pesan supaya kami sokong parti politik berteras Islam. Kat kampung aku biasanya datuk dipanggil tokwan manakala nenek sekadar tok. Jadi, aku panggil datuk aku iaitu ayah ayah aku tu tokwan. Isteri beliau ramai. Walau aku tak rapat dengan mereka kerana jarang bertemu, aku rujuk mereka dalam perbualan dengan istilah tok. Mak mak aku dan ayah mak aku dah lama meninggal dunia sewaktu aku dilahirkan ke dunia ni. Seorang nenek saudara sebelah mak aku pula aku panggil opah atau pah sebaliknya suaminya aku panggil tok. Ayah aku dan mak aku seperti ayah ayah aku dan mak ayah aku tadi, juga dipanggil kebanyakan cucu-cucunya, masing-masing sebagai tokwan dan tok. Namun, ramai juga memanggil kedua-duanya dengan gelaran tokwa kerana ayah aku ialah anak sulung dari ibu pertama. Anak-anak saudara ayah dan mak aku yang anak-anak mereka panggil ayah dan mak aku sebagai tokwa akan panggil wa saja bagi kedua-dua ayah dan mak aku. Namun, anak-anak pak long aku sebelah mak aku dan saudara-saudari lain sebelah mak aku panggil mak aku dengan ucapan acu kerana mak aku anak bongsu. Ayah aku pastilah mereka berkenaan panggil pak long seperti aku panggil abang mak aku. Mak aku tiada kakak dan hanya punya seorang abang, manakala ayah aku ada belasan adik lelaki dan perempuan. Panggilan macam-macam ni sebab pengaruh masyarakat tempat tinggal mereka terbabit yang berlainan walau tetap di sekitar Perak ditambah lagi mak dan ayah kedua-dua mak dan ayah aku datang dari luar negara - mak dan ayah ayah aku masing-masing lahir di Banjarmasin dan Acheh, manakala mak dan ayah mak aku masing-masing lahir di Jawa dan Pakistan. Namun, aku difahamkan tiada anak tambah-tambah lagi cucu dua datuk dan dua nenek aku yang boleh bercakap salah satu daripada 4 bahasa bukan Melayu ni kecuali ayah aku yang boleh bercakap Banjar mungkin disebabkan beliau pernah belajar di sebuah pondok di Gunung Semanggol sekitar menjelang 1920 atau awal 1920-an. Menurut cerita ayah aku, ramai rakannya berketurunan Banjar. Dua rakan karib beliau ialah seorang pemuda dari Pulau Sebatik, Borneo dan pemimpin utama Hizbul Muslimin, Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Apa-apa pun, aku mula dengar ceramah PAS melalui kaset sekitar awal 1980-an. Masa tu, aku tak kenal TGNA sebab aku cuma dengar kaset ceramah Presiden PAS sekarang dan Ustaz Ibrahim Libya. Makin aku tua, lani umur dah lebih 60 tahun, aku bersikap sokong siapa sahaja yang berjuang mendaulatkan Islam.
Jelas, pembahas dalam video sebelum yang atas ni kata kat Presiden PAS sekarang tak guna peluang dalam kerajaan dulu untuk sekurang-kurangnya membahas seterusnya mengundi untuk meluluskan RUU355. Tak cukup tempoh bahas atau sekutu PAS yang ada dalam kerajaan dulu tu taknak sokong adalah alasan konyol kerana kat Himpunan Padang Merbok ada seorang alim PAS kata wajib laksana RUU355 ni. Alasan PAS cuma ada belasan wakil rakyat untuk angkat tangan bagi pihak partinya lagi la mengarut walau nanti boleh timbul usul undi tak percaya jika kerajaan ketika dulu tu gagal dalam sesi undi meluluskan RUU355! Dah tahu tak cukup sokongan ketika dulu tu kenapa beriya-iya sangat nak perjuang RUU355? Dalam situasi sedikit lain, PAS betul apabila berjaya meluluskan enakmen kontroversi tertentu kat beberapa Dewan Undangan Negeri walau kat Kedah hasrat nak hentikan suatu bentuk judi buat masa sekarang masih tersekat seperti yang dihurai Menteri Besarnya dalam video kat atas ni.
Dalam mana-mana pertubuhan atau tanpa pertubuhan pun ramai orang taksub. Namun, ustaz ni tak boleh kata seseorang taksub HANYA kerana seseorang itu ikut pandangan guru-guru yang berpegang kepada pandangan yang dibahas dalam video kat atas ni. Ustaz ni mungkin "ASWAJA tulen" dan nak kata TGNA sesat! Apakah ustaz ni berani kata TGNA pula taksub kepada ulama yang mengajarnya di Pakistan dan Mesir? Adakah ustaz ni berani kata semua orang berilmu terbabit taksub? Hal yang ustaz ni bincang adalah perbezaan pandangan ulama. Takdak ulama mana-mana aliran dalam Islam yang kata kaki Allah boleh dibanding dengan kaki ayam! TIADA! Begitu juga, tiada orang benar-benar Islam yang beriman dengan fahaman Allah duduk atau bersemayam atas Arasy macam makhluk! Aku sendiri memang menolak beberapa pandangan TGNA seperti Allah bersifat samseng tapi aku tak kata TGNA sesat sebab TGNA maksudkan samseng sebagai kuat! Orang dalam video kat bawah ni memang sesat. Semoga kita tak taksub ikut ajaran dia pulak!
Comments
Post a Comment