PAS







Setiap orang alim ada cara tersendiri. Begitu juga TGNA dan TGHA. Namun, secara pandangan peribadi, aku dapati lebih banyak pendapat yang dilontarkan TGHA yang mengelirukan aku berbanding TGNA. Apa-apa pun, aku tetap menghargai kesungguhan mereka berkenaan mencurahkan ilmu yang mereka pernah pelajari kepada segenap rakyat Malaysia dan begitu juga dari negara-negara lain.








Pengangkutan awam penting. Aku duk di Seberang Jaya, Pulau Pinang pun kadang-kadang guna, khususnya bila satu-satunya kereta yang kami ada tu diguna oleh isteri. Aku terpaksa naik bas ekspres, komuter atau ETS sama ada nak pi Utara atau Selatan kat Penang Sentral sebab boleh tunggu bas Rapid Penang tambang RM1 warga emas ke sana walau terpaksa menapak lebih 15 minit ke bus stop dekat Masjid Muhajirin tu. Boleh ja naik bas ekspres dekat Caltex, beli tiket di situ, tapi lagi jauh kena jalan kaki malah turut merbahaya sebab dalam perjalanan ke sana ada banyak anjing liar. Sebenarnya, naik komuter atau ETS sepatutnya di Stesen Permatang Rawa kerana tambang lebih murah sama ada nak pi Utara atau Selatan tapi aku sampai sekarang taktau nak tunggu bas ke sana di mana, mungkin kat Caltex atau mungkin lebih jauh jarak bus stop berkenaan berbanding dari rumah aku ke Masjid Muhajirin. Jadi, pilihan terbaik bagi aku untuk ke Utara atau Selatan sama ada naik bas ekspres, komuter atau ETS adalah bermula di Penang Sentral. Pendek cerita, pihak terbabit bina la KB Sentral cantik dan besar supaya semua jenis pengangkutan awam bertumpu di situ bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat serta pelancong.













Politik motorsikal. Macam-macam hal.









Apa sebenar pemimpin PAS berjawatan tinggi dalam video kat atas ni maksudkan? Cara beliau memberi penerangan ini pelik kerana sekadar memusing-musingkan ayat. Sepatutnya beliau direct to the point.









Ucapan dalam video kat atas ni tepat dalam merperjelaskan isu terbabit.



Kenyataan seperti dalam video kat atas ni terlalu banyak andaian ikut selera sendiri. Bila berada atas pentas PAS cakap lain, bila jadi musuh cakap lain. Begitu juga, seseorang pemimpin PAS tidak berprinsip jika terlalu memuji parti lain bila berkawan, bila jadi lawan kutuk berlebih-lebihan pulak!






1.Perbezaan pandangan ulama terhadap maksud hadis sepatutnya menjadikan orang awam mudah untuk mengamalkan Islam dalam hal peribadatan begitu jugalah dalam hal berpolitik. Dan, takdak manusia di zaman sekarang ni sempurna kerana kita ni bukan nabi. Oleh tu, berpada-pada bila bercakap tambah-tambah lagi jika apa yang kita kata salah dibuat oleh pihak lain tu kita sendiri pernah buat. Contohnya, berkawan dengan DAP. Arah tuju perjuangan DAP ni dulu dan sekarang sama ja, bukan? Kalau kita kata, kita dulu tak ikut buta tuli pendapat DAP, kenapa masa PAS bersama-sama memerintah Malaysia dulu tak terus bahas dan undi RUU355? Ikut cakap MCA-kah? Alasan, PAS ada CUMA 18 kerusi ja masa tu lagilah menggelikan! 

2.Kat bawah ni aku letak 3 video membabitkan allahyarham ustaz Azizan. Aku pernah bekerja di sebuah pejabat bawah pentadbirannya di Kuala Lumpur pada pertengahan tahun 1990-an, aku malah pi tolong beliau berkempen di Kedah, dan beliau menang buat kali pertama di Dewan Undangan Negeri (Dun). Ketika tu, beliau jadi pasangan bergu dengan Presiden PAS, allahyarham ustaz Fadzil di Dun Kedah. Aku masih ingat, aku diberi tiket kapal terbang Subang-Alor Setar supaya aku segera tiba dan hujan amat lebat sewaktu mendarat. Aku, beliau dan beberapa orang PAS lain telah bermesyuarat dengan beberapa orang difahamkan bertugas di jabatan kerajaan tertentu. Ketika tu, kami berbincang macam-macam hal termasuk keperluan PAS bantu menurap jalan-jalan yang rosak meskipun parti ini masa tu bukan memerintah Kedah. Ketika berucap dalam hujan renyai depan hanya beberapa puluh penduduk sebuah kampung, ustaz Azizan turut baca satu-satu nota cetakan komputer yang aku taip mengenai pembentangan belanjawan oleh Menteri  Kewangan Malaysia masa tu yang aku serah kepada beliau sehari dua sebelumnya. Dengan kehendak Allah, tanpa diduga, beliau menang. Al-Fatihah.



Aku kerat video kat atas ni kerana ada kata-kata tak sesuai. Namun, pada aku tak salah kerat macam ni: 1.Video dikerat macam kat atas ni membawa mesej dalam bentuk lebih baik. 2.Ikut law takdak masalah ambil video orang di TikTok tanpa kebenaran tambah-tambah lagi yang terbuka untuk di-download oleh sesiapa pun.



Aku suka tonton ceramah atau ucapan MB Kedah pasai kata-kata beliau PADU tak kira tengah marah, sedih atau keadaan biasa. Rasa semacam deja vu pulak bila beliau cerita kisah-kisah masa beliau kecil dan semasa remaja. Tengok lagi beberapa video kat bawah ni.








Apa ke benda bercakap mengutip kata-kata cendiakawan tapi nampak sangat di luar konteks. Politik yang tak boleh kita ikut ialah yang buruk macam Zionis tu! Cara memerintah negara adalah politik dan kenalah ikut cara Islam. Tak ikut cara PAS pun tak salah asalkan ikut Islam. Tapi, jika PAS buat benda baik yang diajar Islam maka semua pihak kenalah ikut.


Ujian dunia! Bukan besi tapi durian. Dalam Mandarin disebut liulian. Aku tak reti bahasa ni tapi difahamkan kena cakap dalam intonasi menaik kedua-dua suku kata tu. Ada 4 intonasi dalam sebutan Mandarin - rata, naik, turun dan turun naik. Cara luah suara pula macam-macam seperti keluar dari rengkung, sebut buka bibir sikit ja dan lain-lain. Kalau tak betul-betul sebut boleh membawa makna lain malah carutan.

Dalam kehidupan - politik atau apa-apa pun - semua orang akan kena kritik. Yang salah tetap salah, betul tetap betul. 





Comments