POLITIK MALAYSIA 






Smart pulak Lan bila pakai kot. 







Mungkin ada penjelasan lanjut oleh menteri dalam video kat atas ni. Karut jika video petikan ini ja yang diletak kat dalam medsos! Ucapan pendek sebegini akan menimbulkan kemarahan orang awam lagi kerana ia sekadar  berbentuk divert attention. Macam ni! Sesiapa yang buat "konten" fitnah dan tak benar dalam isu apa ke benda pun memang la tak boleh. Cikgu Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Senoi atau menteri atau sapa-sapa memang pihak berkuasa kena ambil tindakan. Orang awam sekarang pertikai tentang cara penyiasatan sebelum ni yang kelihatan tiada tindakan keras terhadap pembuli atau pembuli-pembuli terbabit! Aku dulu duk asrama. Masa Tingkatan 6 Sains Bawah pada 1983 pun masih kena lanyak dengan beberapa pelajar 6 Atas kat MCKK sebab aku dan sekitar 20 orang pelajar baru ja pindah ke situ dari beberapa sekolah asrama lain. Ada seorang rakan pitam masa berkawad. Aku dan beberapa rakan orang Perak dan ramai rakan dari utara iaitu Pulau Pinang dan Kedah dah ringan ja kaki nak bagi penerajang seorang mamat 6 Atas tu tapi fikir hal ni kecik ja maka kami sabar. Kami bukan budak-budak kecik lagi! Kat sekolah asal aku dulu pun, aku dan rakan-rakan Form 3 dah sedia kayu hoki untuk belasah seniors khususnya segelintir Form 4. Depa yang kaki ragging tu bukan ramai sangat sebab seniors yang lain tu kaki study. Mujur depa berkenaan tak mai terjah ke bilik-bilik Tingkatan 3. Kalau depa mai mungkin ada yang masuk ICU. Tapi, seorang rakan setingkatan aku telah belasah seorang samseng Form 4 sekolah aku masa mamat tu balik kampung dan turun keretapi kat stesen Taiping! Tapi, aku pulak, tak pernah jentik pun mana-mana juniors kerana kesian. Tak bagi salam kat aku, aku tak jerkah. Lagipun, aku sebelum tu tak terlalu teruk kena lanyak masa mula-mula masuk hostel. 






Betul cakap brother dalam video kat atas ni terutamanya bila kita bincang hal membabitkan demokrasi di Malaysia. Berapa ramai orang bijak, usahawan besar, orang berpangkat tinggi, yang pi mengundi? 






Warna-warni Dewan Rakyat. Dari dulu sampai sekarang sering berlaku antik sebegini! Perbahasan hal yang bermanfaat lenyap entah ke mana. Pihak kerajaan ada segelintir bersikap begini, pihak pembangkang pun sama. Belum sampai tumbuk menumbuk macam kat Parlimen Taiwan ja lagi. Akhirnya, Syed Saddiq dan kakak lawa dari Bentong - pinjam istilah makcik lawa dipopular P Ramlee - dapat iklan free satu dunia. Pada ketika yang sama, berkumandang ucapan hal kemetot pulak tu!


































Taktau sama ada beliau ada bahas isu ekonomi secara tuntas selain erti MAHA. Jika sekadar hal linguistik ni saja maka sia-sia la kewujudannya di Dewan Rakyat. Selain membuat akta baru atau memperbaiki atau terus buang akta yang sedia ada, YB-YB di sini perlu bahas cara kerajaan sekarang tadbir negara termasuk cara hasil diperolehi serta cara membelanjakan wang negara.






Walau adik ni tak berjawatan penting dalam lingkungan orang politik yang menguasai satu grup WhatsApp yang beliau pernah sertai, apa yang didedahkannya ini amat menarik! KipiDAP! Don-gibap!

Setiap posting kat medsos perlu hentam kaw-kaw. Tak perlu ambik kisah parti orang lain terutama maklumat semua orang dah tau! Elak buat iklan free! Takdak makna ulasan mengenainya melainkan ulasan tambahan yang meyakinkan. Lebih baik perjelas sesuatu isu yang merakyat seperti penyalahgunaan kuasa -  contohnya, orang politik miliki saham dalam syarikat takdak pengalaman tapi dapat kontrak besar dari kerajaan.


Ni ha Rafizi dalam video kat atas ni cerita hal dalaman parti dia. Biar lantak dia cerita kerana cara politik mereka memang macam ni! Jangan terpengaruh dah!


Dalam video kat atas ni Rafizi "nampak" jadi pembangkang pulak! Jangan jadi jahil lalu terpengaruh! Cuba kaji senario sebahagian pengundi pembangkang lepas ke puak Rafizi pada PRU16. Kerajaan Madani tambah okey, kan? Ini prinsip pecah dan perintah. Orang politik takkan tak faham?


Dr M sebut sebijik nama seorang jiran aku kat kampung aku dulu yang kini kerja pangkat tinggi di sebuah bank. Mungkin Dr M ada berurusan hal di bank dia kerja sampai nak sebut AI pun susah! Macam-macam hal!





Sekitar awal 1990-an hingga tengah 1990-an aku kerap ke DUN atau Parlimen untuk cari bahan berita atau rencana malah buku, selain ikut beberapa ahli politik - biasanya pembangkang - turun kempen ke beberapa negeri. Aku perati ramai YB kat DUN atau Parlimen ni jenis suka soal dalam bentuk: 1.Tanya kawan separti atau dari gabungan parti dengannya bila lihat yang berucap tu hilang idea untuk meneruskan ucapan. 2.Sekadar provokasi jika yang berucap dari parti musuh untuk ganggu YB yang tengah berucap tu. 3.Untuk bagi diri sendiri popular mana tau soalannya - walau mengarut - dipetik pemberita lalu masuk berita dalam akhbar atau ditonton ramai di TV. Sekarang jadi viral dalam medsos la pulak! Kalau tak viral video ni, aku pun tak kenal YB yang tanya kat dalam video kat atas ni. Abang Mat kenai dari dulu dah sebab beliau memang mesra pemberita! Awal 1990-an, YB-YB pembangkang tak berapa suka berbahas kecuali dari DAP dan ahli Parlimen Kok Lanas serta Kota Bharu dari Semangat 46. KuLi memanjang ponteng mungkin sebab banyak urusan lain. Takdak masalah beliau tiada pun di Dewan Rakyat kerana BN memerintah dengan majoriti besar. Kelulusan bajet (istilah Dr Mahathir) sukar digugat dan bukan boleh jatuh kerajaan pun kalau buat undi tak percaya atau percaya. Abang Mat yang masa tu wakil PAS dari Kubang Kerian pula hanya kerap berdebat - biasanya beliau vs Datuk Ibrahim Ali dari Pasir Mas - pada sebelah petang bila YB-YB separtinya yang lain dah balik. Abang Mat segan dengan ustaz-ustaz berkenaan agaknya! Sebenarnya, YB-YB PAS kurang bercakap melainkan abang Mat dan seorang dua lain. Mungkin mereka terbabit kurang arif hal ekonomi fiskal yang sering dibahas di Parlimen. Sebab tu, PAS kena letak beberapa calon kerusi PRU16 yang punya kepakaran ekonomi mikro dan makro khususnya di tempat mudah menang. Barulah ada gaya. Tapi, kalau nak kekal macam PRU-PRU sebelum ni. Terpulanglah!




Lelaki dalam video kat atas ni tersasul tapi yang di bawah ni pulak seperti dirancang. Sama ada wujud kesalahan di segi perundangan atau salah dari sudut akhlak adalah satu hal yang perlu difikir-fikirkan!









Tanpa fakta aliran sufi dikatakan pulak sebagai meningkatkan pengaruh PAS. Sebab sepanjang kajian aku, golongan ini yang turut ramai di Malaysia, kebanyakannya menjauhi arena politik negara sekarang. Jika dikata golongan sufi tak takut mati bila menyertai perang bersenjata lawan musuh baru la betul. Baca  sejarah Mat Kilau, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan ramai lagi. Golongan elit Melayu zaman dulu tu ada ka yang join perang lawan British? Kata P Ramlee: "Kadang-kadang!" Baca pula kisah "Imam Mahdi" yang memerangi penjajah di Sudan. Malah, cuba baca pelbagai buku termasuk novel Bahasa Inggeris mengenai kebangkitan mujahidin menentang regim komunis dan seterusnya penjajah Russia di Afghanistan. Baca lagi kisah seteru Kremlin, Imam Syamil di Chechnya yang mengetuai golongan sufi kat sana yang suka berzikir kuat sambil bergerak dalam bulatan tu. Ramai lagi tak larat nak sebut! 








-7£





è




























Cadangan seperti dalam video kat atas ni tak relevan. Di Jerman pun ada parti guna perkataan Kristian, nama orang pun sama! Jika pihak tertentu bernama Islam buat salah boleh la pihak berkuasa bertindak ikut peraturan yang sedia ada.

Comments