POLITIK MALAYSIA
Pandangan lelaki dalam video kat atas ni pelik! Orang pandai takkan silap pakai baju sampai terbalik?
Bukan UMNO yang mengetuai kerajaan BN sahaja yang boleh jaga Melayu dan berhak memerintah negara ini tapi, sebuah parti Melayu lain atau PAS - dengan gabungan parti-parti politik lain - pun mampu jaga Melayu dan mengetuai pemerintahan Malaysia selepas PRU16 jika Kerajaan Madani kalah.
Sekarang adalah masa sukar bagi Saudara Anwar kerana beliau kian diasak pihak-pihak lawan supaya berundur walau Kerajaan Madani masih boleh memerintah sedikit masa lagi sebelum PRU16 terpaksa diumumkan. Malah, beliau pula ditikam belakang apabila ada beberapa orang kuatnya telah masuk PAS atau berpihak kepada kumpulan Dr Mahathir. Oleh itu, Saudara Anwar mahu tak mahu terpaksa mengukuhkan lagi pengaruhnya dalam jentera kerajaan dengan pelbagai lantikan baru dan menamatkan karier orang-orang tertentu dalam kerajaannya yang boleh "dipencenkan." Isytihar pilihan raya umum? Pada aku, pilihan terakhir beliau!
UMNO bukan benar-benar melawan Malayan Union tapi wujudnya sekadar bagi mengisi situasi kegersangan parti politik setelah beberapa pertubuhan diharamkan penjajah British termasuk Hizbul Muslimin. Masa tu, British reka strategi baru dengan "membenarkan" orang-orang Melayu bekas anggota pertubuhan-pertubuhan yang diharamkan tu duduk sebakul dalam UMNO. Hal membakulkan orang-orang Melayu ini membabitkan juga golongan yang baru celik politik dan benci penjajah. British terpaksa jadikan UMNO sebagai bakul demi "mengamankan" suasana politik yang panas di zaman negara kita sedang menuju ke arah kemerdekaan. Malah, UMNO dijadikan sebagai "anak kesayangan" British berikutan kebanyakan pemimpin elit dalam pertubuhan itu lebih suka penjajah terus memerintah negara kita setelah negara kita diisytihar dengan nama baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. Sekitar 1950-an barulah UMNO mengorak langkah dengan matlamat capai kemerdekaan kerana terpaksa mengikut arus majoriti penduduk negara kita yang mahukan kemerdekaan seperti yang dipaparkan melalui desakan pertubuhan-pertubuhan lain yang lebih kiri. Istilah kiri bermaksud pihak yang betul-betul lawan penjajah British masa dulu-dulu tu manakala kanan pula yang berbaik dengannya. Istilah lain turut ada iaitu atas bagi sebilangan golongan elit atau raja/sultan yang cenderung menyokong British manakala bawah bagi rakyat marhaen yang menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan negara kita. British seterusnya melebarkan maksud kiri sebagai dua golongan "ekstrimis" yang menentangnya iaitu komunis dan pihak yang menyokong konsep Melayu Raya yakni negara kita merdeka bersama-sama dengan Indonesia atau sekurang-kurangnya menyokong perjuangan pihak-pihak yang menuntut kemerdekaan di negara jiran berkenaan. Dan, dengan tafsiran "ekstrimis" inilah maka perjuangan bersenjata golongan ulama sejak dahulu kala, yakni sebelum dan selepas British menjajah Tanah Melayu, mulai dipatahkannya secara diam-diam.
Kempen dulu-dulu ni kini tinggal kenangan. Sampai nama isteri mantan PM pun dia kait!
Tengok beberapa video kat bawah ni pulak. Viva Palestina!
Comments
Post a Comment