ALIRAN-ALIRAN DALAM ISLAM 

Buang keruh, ambil jernih

Berlaku perselisihan pendapat di kalangan penganut Islam yang ketara iaitu Suni dengan Syiah, juga Wahabi (ada gelar pengikut Salafi) dengan Aswaja, ikut pendapat aku, adalah disebabkan perbezaan huraian kitab-kitab yang ditulis ulama terdahulu. Itu ja. Dia bawa kitab ulama dia sanjung untuk bukti atau kitab ulama tak disanjung untuk bangkang atau kitab ulama tertentu untuk tunjuk pendapat-pendapat yang tak diikut golongan tertentu meski mengaku satu aliran dengan ulama berkenaan. Aku pernah dengar ayah aku kata, bukan semua ilmu perlu diajar kepada setiap orang. Mengaji secara umum kat khalayak ramai seperti di masjid tu kena ajar sekadar bab mudah ja. Yang kat depan tu ramai yang datang untuk ikut solat, bukannya perlu tahu hal perbezaan pendapat ulama melainkan isu-isu penting seperti batal wuduk kerana terpaksa diamal masa tawaf. Ini pun babit beza 4 mazhab utama bukannya beza aliran! Kalau orang yang belajar di universiti dalam pengajian Islam pun boleh bertelingkah hal aliran, lagilah pening mereka yang tak berpelajaran tinggi bila diajar hal yang serupa. Cuba fahami makna video kat atas ni! Saya terjemah ikut Bahasa Melayu mudah. Soalan: "Pakcik, apa pendapat pakcik mengenai satu kajian yang membuktikan manusia makan lebih banyak pisang daripada monyet." Jawapan: "Pakcik fikir betul tu. Pakcik tak ingat pun kali terakhir pakcik makan binatang tu."





























Penjelasan ustaz dalam video kedua OK. Taknak belajar cara Sifat 20 takdak masalah. Cuma, tak perlu kata ia ajaran sesat. 


Saya tak tahu sama ada video kat atas ni dipotong cantum sesuka hati atau penceramah berkenaan memang kata begini. Amat mengharukan jika video ni tulen. Senang ja! Elak kata sesuatu yang buruk terhadap ulama hebat terdahulu atau ulama sekarang. Yang di depan tu bukannya perlu tahu sangat hal pertelingkahan akademik kerana jemaah masjid sekadar mahu ilmu yang boleh dimanfaatkan serta dijadikan panduan hidup masing-masing di dunia dan akhirat.









































Perkara yang diulas dalam video kat atas ni bukan hal utama! Dan, ulama tempatan yang membenarkan zikir "kuat" lepas solat - khususnya Subuh, Maghrib dan Isya - bukan tak baca kitab-kitab berkenaannya. Malah, ramai mereka terbabit belajar di Makkah sebelum, semasa dan selepas wujud aliran yang bersungguh-sungguh melarangnya!


Persoalan yang terngiang-ngiang dalam kepala aku bila tengok video kat atas ni: "Orang yang duk cerita bab makrifat segala macam ni dah sampai ka ke tahap tertinggi yang dia ulas berjela-jela tu? Kalau dia belum sampai, macam mana dia boleh ulas pulak? Kalau dia dah sampai tahap makrifat pun, macam mana dia sendiri tau dia dah sampai? Adakah ada orang lain yang uji ilmu dia? Tok Guru? Siapa Tok Guru dia tu?"














Penceramah dalam video kat atas ni tidak mengulas secara keseluruhan mengenai perjuangan pemimpin-pemimpin sebuah organisasi Islam di Tanah Arab berkenaan. Beliau mungkin tak sedar yang ramai pemimpin organisasi Islam di seluruh dunia menghormati pemimpin-pemimpin yang beliau kecam itu. Dr Hassan Turabi, bekas Menteri Undang-undang Sudan secara berdepan bagitahu saya bahawa sejarah pembabitan beliau dalam perjuangan Islam adalah berkaitan dengan organisasi terbabit. Kerajaan Mesir terutama semasa pemerintahan Gamal Abdel Nasser pula bertindak amat kejam terhadap tahanan politik termasuk anggota-anggota organisasi yang berorientasikan Islam ini. Ada yang disiat kulit dan dikerat isi semasa meringkuk dalam penjara. 



Saya sendiri pernah hadir majlis berselawat, di sebuah dewan - biasanya untuk majlis perkahwinan - berdepan sebuah masjid, yang saya dapati turut disertai seorang lelaki sebagai wakil pihak berkuasa kerajaan yang memakai pakaian seragamnya. Golongan perempuan duduk di barisan kerusi dipisahkan dari kawasan golongan lelaki oleh laluan berjalan kaki. Pada saya, tiada masalah dari sudut hukum Islam kerana muzik latar sekadar pukulan gendang beberapa pelajar tahfiz. Nanti saya jumpa video berkenaan, saya insya-ALLAH akan letak kat sini.

Belum jumpa video tu lagi










































Comments