PAS
Banyak hal dalam video-video kat bawah ni aku setuju, ada juga yang aku tak setuju. Aku letak semuanya di sini bagi membolehkan anda tonton dan fikir. Aku hanya ulas jika rasa perlu.
1.Aku baru-baru ni pi
Kelantan kali ke-4, ikut rombongan anak saudara lelaki bernikah dengan pasangannya yang berasal dari sebuah kampung dekat Kota Bharu. Dari Kedah ikut jalan
Gerik-Jeli-Kota Bharu. Dah lama tak pergi sana sejak kali ke-2 ke sana ikut rombongan sebuah syarikat penerbitan pada awal 1990-an. Selain bermesyuarat, kami ambil kesempatan untuk kunjungi TGNA di pejabatnya. Kali ke-3, aku teman kawan bawa abang dia bernikah dengan seorang penduduk Kubang Kerian pada pertengahan 1990-an. Kali pertama aku ke Kelantan pada 1987 iaitu ikut rombongan Kelab Usahawan ITM Manjung. Ada peristiwa menarik masa aku pergi kali ke-3. Aku ziarah seorang perempuan usia sekitar 50-an, rumahnya besar dan isinya mewah. Beliau adalah salah seorang saudara kepada pengantin perempuan. Beliau tak pakai tudung kat rumah. Akad nikah dilakukan di Pasir Puteh. Aku renung muka beliau masa lepas majlis nikah. "Adik tak kenal kakak ke?" Tanya beliau. "Kat sini kena saman kalau tak pakai tudung." Pergi Kelantan yang terbaru ni, anak saudara bawa berkereta sampai Terengganu. Dalam perjalanan ke sana untuk melawat seorang sepupu lelaki aku yang berkahwin dengan orang Ganu, kami singgah kat sebuah kawasan pantai, dalam kawasan Bachok. Angin kuat, ombak mencium pantai bertali arus. Ramai peniaga aiskrim naik motorsikal di situ. Aku duduk atas pasir celah beberapa batang kayu buruk lalu buka buku terus baca kuat sajak
J M Aziz sambil menghadap laut. Tak jauh dari situ, aku lihat satu famili, mungkin Cina atau Siam, mungkin orang tempatan atau pelancong, sedang makan-makan. Seorang perempuan dah remaja aku lihat pakai baju T lengan pendek dan seluarnya turut pendek sampai nampak bawah punggung! Aku terfikir, mungkin cara berpakaian Islam, seperti di negeri-negeri lain, turut tak dimestikan bagi orang bukan Islam di sini.
2.KuLi seorang yang aku hormati sepanjang aku menulis hal politik selama ini. Beliau faham hal ekonomi. Namun, pandangannya dalam hal PAS patut ikut cara Raja Salman, agak pelik! Ramai pemimpin PAS terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi dalam agama. Parti-parti lain ada ulama juga tapi PAS terserlah dalam hal nak melaksanakan cara pemerintahan Islam, ekonomi Islam dan segala macam. Pemimpin Arab Saudi berkenaan pula jelas anti ulama. Bercakap keras menyokong Palestin pun kena penjara! Yang paling mengecewakan, cara berekonomi dan geopolitiknya kelihatan ikut cara Amerika Syarikat.
Pandangan keras beliau yang di atas ni tak perlu ulas sekarang kerana insya-ALLAH pihak PAS boleh jawab khususnya semasa kempen PRU16 atau PRN17 di Sabah tak lama lagi.
Dalam balasan terhadap jawapan pihak mewakili universiti-universiti tempatan mengenai isu terlalu ramai pelajar dari luar negara belajar di negara ini, pemimpin PAS terbabit dilaporkan media sebagai mendakwa memang ramai pelajar luar negara di beberapa universiti awam dan beliau risau setelah tamat belajar mereka terbabit kekal tinggal dan bekerja di Malaysia sehingga memberi kesan terhadap peluang graduan tempatan - tanpa kira kaum - untuk memperoleh pekerjaan kelak.
Video kat atas ni jelas menunjukkan kekeliruan banyak pihak bukan PAS mengenai PAS akibat kekeliruan beberapa pemimpin PAS terhadap kaedah perjuangan partinya sendiri. Sepanjang aku pelajari tentang PAS, memanglah para pemimpinnya berpegang kepada pendapat bahawa demokrasi ni bukan kaedah Islam jadi mereka berkenaan masuk berjuang cara demokrasi kerana sebab DAKWAH. Ustaz dalam video kat atas ni perlu jelaskan begini dulu sebelum kata SEKULAR tu haram bagai. Seterusnya, jika beliau tak bersumpah dengan ungkapan yang turut disebut semua YB lain, sudah tentu beliau tak boleh jadi wakil PAS dalam Dewan Rakyat lalu macam mana beliau nak mendakwahkan YB-YB lain yang mungkin tidak faham atau masih kabur tentang cara politik Nabi Muhammad SAW? Bagaimana juga nak bahas tentang akta dan belanjawan supaya tak abaikan prinsip Islam? Begitu juga, bagaimana nak lakukan usaha untuk memperkenal Hukum Hudud dan lain-lain? Ini ja!
Dunia politik Malaysia dah penuh dengan orang bangang. Kenapa aku cakap camni? Kerana mereka berkenaan panggil orang lain bodoh sedangkan tak sedar diri sendiri yang bangang! Sebab Akta Rahsia Rasmi dibuat dulu adalah untuk jaga keselamatan negara tercinta. Contoh - jika ada la dokumen yang aku kata ni - seseorang dedah dokumen perjanjian mengenai pemilikan sebuah pulau yang membuktikan pulau itu masih dimiliki penjajah British. Nanti hilang sebahagian negara, kan? Contoh-contoh lain ialah dedah dokumen kelemahan pertahanan negara sehingga musuh boleh serang kita atau dedah dokumen ekonomi negara teruk merosot sehingga pelabur-pelabur cabut lari! Yang berlaku sekarang ni, YB ni dakwa berlaku penipuan dalam perbelanjaan sebenar Tabung Haji. Takdak kena mengena dengan kedaulatan negara pun! Apakah kerajaan yang konon MADANI ni, yang ramai dulu penyokong reformasi segala mak nenek dalam negara ni, kini nak bersubahat dengan segelintir pihak terbabit yang didakwa tipu nilai sebenar perbelanjaan wang pelaburan orang-orang Islam dalam Tabung Haji dengan cara berselindung dengan guna Akta Rahsia Rasmi? Makna kata mudah, ada pihak, didakwa YB ni, telah tunggang Akta Rahsia Rasmi. Mereka berkenaan perlu disiasat bukan pemberi maklumat! Dan, reformasi apa ke benda kalau YB ni nak bercakap bagi pihak pemberi maklumat pun tak boleh?
Lain macam pandangan dipapar dalam video kat atas ni. Berbeza betul dengan perjuangan PAS dan beberapa pihak lain. Video yang didakwa lebih jelas yang diletak kat bawah ni pun membawa maksud yang tak beza sangat! Dalam pada itu, beberapa video kat bawah ni yang papar golongan agamawan pertikai pandangan mufti berkenaan kedengaran pedas sangat! Apo nak dikato! Cikgu ada garang, ada lembut. Begitu juga ustaz!
Aku letak video kat atas ni kerana sudah tentu ungkapan aqidah tu nak dihala ke PAS. Beginilah. Tak perlu bermain kata-kata sekadar untuk jadikan sebagai isu. 1. Cuba fahamkan. Seorang guru kata orang tak solat masuk neraka. Namun, seseorang tak wajar kata putus kepada individu atau pihak tertentu yang tak beribadat seperti: "Mu ahli neraka!" kerana yang cakap tu pun belum tentu masuk syurga! Sama dalam hal politik tatkala ulama menceritakan batas untuk elak jadi macam orang kafir seperti: "Ikut cara Islam okey, ikut cara sosialisme masuk neraka." 2. Isu takfir ni dah basi. Mengikut pemahaman aku, memang la ada seorang dua orang PAS yang terbawa-bawa cara politik tak matang seperti tak ikut solat imam Umno (aku masa umur 20-an walau bukan ahli PAS pun jenuh nak meyakinkan diri bila solat kat kampung ikut imam Umno totok) dan kenduri jemput tak pi (aku tiada masalah untuk pergi), sehingga ada cadangan untuk dianjur debat Umno-PAS pada 1990-an, namun tak jadi debat. 3. Aku secara peribadi lebih suka parti-parti politik tempatan menjuarai isu-isu utama demi menolong masyarakat pelbagai kaum yang susah sekarang - pendidikan seperti yuran tinggi, ekonomi yang terlalu bergantung kepada negara luar, keselamatan contohnya kejadian jenayah, keruntuhan adab di kalangan remaja (orang-orang tua pun sama!), masalah warga asing, pertembungan aliran-aliran dalam Islam (sila tonton beratus-ratus video yang ada dalam blog aku ni!) juga isu antarabangsa seperti kemusnahan Palestin, kemungkinan tercetus WW3 dan seumpamanya.
Bersemangat lain macam Dr Hassan Ali, terlihat dalam video kat atas ni, ketika berucap atas pentas politik suatu ketika dulu. Semoga beliau tenang meneruskan kerja dakwah di flatform lain. Aaamiin.
Kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar seperti dalam video kat atas ni aku yakin tak bawa maksud negatif jika disiar penuh. Lagipun, takdak masalah dalam sistem demokrasi negara ni jika sesebuah parti melakukan pertukaran rakan strategi politik.
Bukan nak pertahan MB Ganu sangat, tapi pada aku konsep pembangunan tak sepatutnya ditumpu kepada bina bangunan tinggi, jambatan paling panjang dan seumpamanya. Cuba lihat video kat bawah ni, pemimpin sebuah negara di Afrika ni baru ja beberapa minggu lalu ada pihak cuba jatuhkan dia dalam suatu cubaan rampasan kuasa, namun gagal. Beliau ni tak sama macam pemimpin-pemimpin dulu. Selain beliau pakar sejarah yang beliau pamer waktu menjawab tuduhan seorang prof di Oxford bahawa Afrika tak bagi sumbangan kepada kemajuan dunia, beliau kini kian galak majukan sektor industri di Burkina Faso. Kilang-kilang proses hasil pertanian serta segala macam. Dan, yang paling mengejutkan ialah kilang henfon canggih sehingga beberapa syarikat telekomunikasi dunia nak jalin usahasama. Ini baru pembangunan!
Kat bandar-bandar lain pun macam yang diulas dalam video kat atas ni jugak! Kangar, Kota Bharu atau mana-mana bandar lain kena la dikawal selia. Aku singgah stesen bas Taiping beberapa tahun lepas - penuh lopak berminyak hitam, manakala gerai makan dan jajannya berserabut!
Ada dulu-dulu segelintir ahli PAS yang berfikiran semacam yang diulas dalam video kat atas tapi isu ni tak relevan dah sekarang.
Pendapat lima dit aku, nak baiki sampai berjuta ringgit adalah suatu yang tak sesuai. Nak kata salah sangat pun tidak kerana ia datang dari duit sebuah syarikat. Tapi, syarikat tu macam menjalankan bisnes berbentuk monopoli yang meratah wang semua rakyat pelbagai pihak - miskin kaya, tua muda, Cina India Orang Asal Kadazan Iban! Kalau penderma tu Habib Jewels yang jual barang kemas mahai-mahai yang orang kaya ja mampu beli kira okey la, kan? Aku pun naik hairan, aku tak kata syarikat terbabit tak pernah atau tak sedang buat tapi kenapa pihaknya tak tingkatkan aktiviti program kampung angkat? Atawa anak angkat ka macam keluarga babit TPM lakukan tu! Contoh ja! Politik matang la sikit! Bagi peluang "remaja-remaja buas" main besi kat bengkel seperti buat rangka pagar rumah yang beroda tu (pasang la sistem automatik buka tutup pakai eletrik!) Rumah tengah bina lani berpuluh-puluh ribu di seluruh negara. Letak seorang yang reti marketing dan akaun jadi kepala. Pasaran dah ada! Anak angkat sekolah menengah miskin pulak bagi la seratus dua ringgit sepenggal untuk bantu beli alat tulis, yuran kelab, kasut bola ka apa! Teringat aku zaman aku sekolah akhir 1970-an. Aku dapat tawaran biasiswa Kerajaan Pusat, kerajaan negeri Perak pun aku dapat. Aku pilih yang awal tu sebab aku belajar kat Bukit Mertajam dan puluhan kawan setingkatan yang lain terima biasiswa Kerajaan Pusat. Jadi cikgu tingkatan aku tak la banyak kerja! Namun, mereka dari luar Semenanjung dapat bantuan lain seperti Yayasan Sabah. Masa tu aku dapat sekitar RM75 sepenggal. Yuran penggal sekitar RM90. Mak dan ayah aku bagi duit beberapa puluh ringgit untuk cukupkan belanja. Depa simpan duit menoreh getah, buat bidai bertam, jual ayam dara dan telur kat Cina, jual durian yang masa tu sebiji paling kuat seringgit tapi aku biasa jual sebiji yang agak besar kat Cina kerja lombong bijih timah RM8. Kira mahal la tu! Lima tahun sekolah di sana, tak sampai lima kali aku makan kat kantin. Kalau makan kat kantin pun kerana kawan rapat ajak! Hari-hari makan kat dewan makan - roti sapu sekaya atau margerin, telur rebus, bihun goreng, nasi lemak, mi goreng, kopi o, teh o masa sarapan pagi; teh atau Milo susu, kek marble secebis yang menyebabkan sakit perut mungkin aku dan beberapa rakan aku alah susu tin tapi makan juga sebab lapar masa rehat 10 pagi; makan nasi tengahari atau malam dengan menu ikan goreng, daging kicap, kari ayam, sawi air, ikan celup (yang ni paling mencengkam jiwa sebab aku dah terbiasa makan ikan goreng hari-hari sejak kecil kat kampung walau selalunya ikan darat yakni ikan tangkap kat sungai, kubang atau bendang seperti ruan, keli liat atau keli mamak yang biasanya makan taik orang macam perangai ayam dan anjing aku, nyet-nyet, teroboi, sebarau, sepat, puyu, baung, belut, dan lain-lain walau kadang-kadang gaul dengan kicap atau minyak goreng ikan ja! Ketam batu yang jenis gelap tu terselamat kerana ada yang kata tak boleh makan pasai kerap merangkak kat tebing sungai bukan macam yang kat laut tu agaknya tapi siput sedut yang berderet kat tebing sungai tu sedap buat masak lemak. Lembat yang selalu masuk bubu ayah aku tahan kat sungai serupa keli tapi panjang macam ular tu dilarang makan katanya boleh kena sakit lelah tapi bagi kat kucing atau anjing nampak okey ja!), ikan jaket yang kulit dia keras tu, pisang, tembikai, nanas dan kadang-kadang epal saiz kecik! Penat baca coretan aku ni, sila tengok pulak video kat bawah ni sebagai perbandingan video kat atas tadi! Mamat pakai serban tu maki boleh tahan jugak mungkin sebab dia dilahirkan kat Amerika Syarikat agaknya. Abaikan bab maki tu!
Yang dikata dalam video kat atas ni satu hal yang kerajaan pusat kena berlaku adil la pulak!
Pesta gay ka pihak NGO bagi ubat dan ajar cara jaga kesihatan? Tak perlu siasat dan jawab persoalan ni sebab kebanyakan pemimpin PAS baik-baik belaka. Lagipun, lama-lama orang lupa. Dr M yang Melayu mudah ingat pun lupa nama penuh Anwar!
Saya tak setuju kenyataan dalam 2 video kat atas ni. 1. Elak janji benda tak boleh buat 2. Elak bercakap jika tak dilantik sebagai wakil pihak yang teraniaya. Namun, kedua-dua isu di atas insya-ALLAH bukan penentu PAS bakal merosot pada PRU depan, tapi beberapa isu lain jika tak diselesai segera.
Lelaki dalam video kat atas ni macam Khawarij pulak dah! Tafsir al-Quran dan kaji hadis ikut cara puak jenis dia ja! Malah, lurus bendul sampai tak boleh beza pendapat dalam hal cara hukuman kecik-kecik! Selama ni, ada hukuman orang Islam tak puasa kena naik kereta mayat sambil pegang cawan dan pinggan, atau gantung roti kat leher, yang dilaksana kat negeri-negeri lain tu, macam mana? Kenapa sibuk sangat bila baru-baru ni timbul undang-undang sebegini di Terengganu? Hukuman ni salah sangat ka? Atau, sebab perbezaan kecenderungan politik? Haru betul!
Comments
Post a Comment