Ucapan-ucapan Mengenai Islam
Kita kena berfikiran terbuka dengan menerima pelbagai pandangan dengan syarat tidak menyesatkan. Kat atas ni sebuah video mengenai isu perkahwinan nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Aishah. Saya terjemah secara bebas: "Telah dilaporkan dalam beberapa sumber pihak Islam bahawa nabi Muhammad SAW telah bernikah dengan Saidatina Aisyah ketika umurnya 6 tahun dan beliau duduk di rumah nabi Muhammad SAW semasa umur 9 tahun iaitu nabi Muhammad SAW yang telah berusia 50-an berkahwin dengan seorang kanak-kanak. Persoalannya mengenai umur sebenar Saidatina Aisyah pada waktu beliau berkahwin. Kenapa perkataan-perkataan dalam kitab Bukhari bukan muncul dari mulut nabi Muhammad SAW sendiri? Beri perhatian, kena berhati-hati, orang-orang Islam kadang-kadang guna istilah hadis. Hadis boleh dirujuk sebagai perkataan-perkataan nabi Muhammad SAW. Bila anda bantah atau bangkitkan sesuatu isu maka ia sesuatu yang penting. Tapi, istilah hadis juga telah diguna untuk merujuk kenyataan-kenyataan sahabat nabi Muhammad SAW atau mereka yang rapat dengan baginda seperti Saidatina Aisyah. Tiada satu pun daripada 3 hadis dalam kitab Bukhari ini keluar dari mulut nabi Muhammad SAW sendiri. Semuanya adalah ungkapan yang diucap Saidatina Aisyah. Namun, yang paling menarik saya baca dalam Sirah tulisan Ibni Ishaq yakni biografi paling tulen dipakai Timur dan Barat, ilmuan Barat turut merujuknya kerana ia paling awal dan tulen. Ia diedit Ibni Hisyam tapi penulis asal ialah Ibni Ishaq. Ia nyatakan secara bersahaja mengikut kronologi mengenai mereka yang awal menerima Islam pada masa di Makkah, ia kemudian nyatakan mereka itu termasuk Saidina Abu Bakar. Kita tahu lelaki pertama terima Islam ialah Saidina Abu Bakar. Kemudian ia nyatakan mengenai mereka yang menerima Islam dengan usaha dan ajakan Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar menerima Islam dan menyebarkannya dan ia nyatakan secara bersahaja bahawa mereka itu termasuk Sa'ad Ibni Waqqas, Abdul Rahman Auf, Usman Ibni Affan, dan ia nyatakan anak-anak perempuan Saidina Abu Bakar, Asma dan Saidatina Aisyah, dan Saidatina Aisyah masih kecil masa itu. Ini agak menarik kerana kita tahu perkahwinan, pernikahan tapi belum "bersama" ini, telah dilakukan setelah 13 tahun dalam tempoh di Makkah sedangkan Saidatina Aisyah muncul sebagai salah seorang yang menerima Islam pada tahun pertama tempoh di Makkah. Oleh itu, anda campur 12 atau 13 tahun dengan sekurang-kurangnya 3 tahun seorang kanak-kanak boleh terima Islam lalu ia kelihatan memberi bukti yang Saidatina Aisyah sekurang-kurangnya berumur 16 tahun ketika bernikah dan "bersama" di rumah nabi Muhammad SAW semasa berusia 19 tahun, bukan masing-masing 6 dan 9 tahun. BUKAN ENAM DAN SEMBILAN TAHUN."
Isu yang dibincang ustaz dalam video kat atas ni bukan penting sangat! Macam-macam hal!
Comments
Post a Comment