ISU PEREMPUAN BERNYANYI 


Wajah Kesayangan Hamba dipopularkan Hail Amir yang di-cover sebuah band dalam video kat atas ni saya pernah nyanyikan setelah disuruh cikgu Barbara Pereira yang mengajar muzik pada 1978. Masa tu, saya tingkatan 1. Sebelumnya, saya juga pernah nyanyi lagu Si Cincin Emas yang dipopularkan A Rahman Onn waktu bermain dengan rakan-rakan sekampung masa saya sekolah rendah. Kami buat pertandingan nyanyian ala Bintang RTM. 



Tiga video kat atas ni menyaksikan seorang pemuzik perempuan dan dua penyanyi perempuan beraksi. Saya sebenarnya tak begitu setuju perempuan "dibolehkan" bermain alat muzik lebih-lebih lagi bernyanyi kerana nanti timbul fitnah. Namun, mereka ni sekadar duduk atau berdiri "agak tegak" sewaktu bermain muzik atau melantunkan suara. Lirik lagu-lagunya pada saya pula OK. Video kat bawah ni pula suatu yang perlu dibanteras walau nasyid yang didendang mereka terbabit memuji nabi Muhammad SAW. Namun, ramai netizen yang memuji, malah banyak juga ustaz mengulas kewajaran "konsert solawat" sebegini. Remaja perempuan cantik tak bertudung yang menangis sakan tu sekarang dah berhijab, tapi pada saya, ia bukan bermakna "dakwah bernyanyi" semacam ini sesuai dengan kehendak Islam. 
     Masa aku kecik akhir 1960-an hingga awal 1970-an kat kampung aku, Kampung Masjid Batu 26, Jalan Taiping-Beruas; selalunya malam Jumaat (ikut kaedah Islam) jemaah masjid akan baca burdah secara berlagu. Aku dan budak-budak lain memekik ikut lirik Arab seperti yang dinyanyikan penonton-penonton konsert dalam video kat bawah ni. Biasanya tiada orang singgah solat selepas Maghrib, jadi bukan ganggu sesiapapun! Tak ada yang menari! Orang perempuan pula seorang pun tiada kerana golongan hawa tak datang solat jemaah di masjid masa tu KECUALI datang "dengar" tok guru mengajar (disebut pi atau pegi mengaji) di antara waktu Zuhur dan Asar sebab masa tu, kampung aku belum ada bekalan tenaga letrik, begitu juga air paip. Masa tu, ini antara cara kami khususnya orang-orang tua "beribadat" sambil berhibur. Pada malam-malam bulan puasa, lagi kuat pekikan solawat yang dilantun budak-budak. Kami beraksi di bawah cahaya lampu gasolin. Habis solat terawih pada bulan puasa ada "more." Selepas majlis burdah juga ada acara makan. Boleh dikata semua makanan tu dimasak isteri-isteri yang suami masing-masing bawa sepinggan dua ke masjid. Simple ja! Makanan seperti bihun goreng, kuah durian (majoriti orang kampung aku sebut derian) makan dengan roti jala (orang kampung aku sebut roti kirai), bubur kacang (disebut bubo atau buboq), lepat pisang dan jemput-jemput pisang (majoriti orang kampung aku sebut coqkodok atau cokodok). Ada yang bawa pisang emas, rambutan (disebut remutan dengan awalannya dengan bunyi huruf ghain atau moktan), nangka (kalau asal Kuala Kangsar, orang kampung berkenaan sebut nangke le!) dan lain-lain. Air biasanya kopi 0 atau teh 0 ja!



Comments