JAMAL ABDILAH, M DAUD KILAU, AHMAD JAIS

Saudara Jamal ni aku pertama kali dengar suaranya masa beliau masuk final Bintang RTM 1979. Aku taip dengar sebab aku layan suaranya yang berkemundang menyanyikan lagu Lancang Kuning di radio dalam rancangan yang disiar pada awal 1980. Mungkin siaran ulangan kerana zaman tu memang dah jadi kebiasaan. Beliau semakin popular setelah merakamkan suaranya walau terbabit dengan dadah. Tahniah buat beliau yang kini bebas dari penggunaan bahan terlarang ni. Pada aku, suaranya garuk lemak manakala wajahnya menawan walau serius. Sewaktu Ahmad Nawab cipta lagunya, nada suara Jamal tak terlalu tinggi. Namun, sekitar sedekad lepas tu, khususnya apabila M Nasir mula mencipta lagu-lagu untuknya, kebanyakan lagu Jamal amat tinggi nadanya mungkin sengaja dibuat begitu demi bersaing dengan penyanyi-penyanyi rock terkenal seperti Amy, Awie dan Nash.










































M Daud Kilau selalu datang ke sebuah gerai makan di Jalan Haji Hussien, Chow Kit Road sekitar akhir 1970-an sewaktu aku sering berada di situ setiap kali cuti penggal sekolah, menyibuk kerja seperti basuh pinggan atau ambil order. Penyanyi irama Melayu tradisi ini orang Bagan Datuk. Oleh kerana kami di gerai makan tu pun orang Perak, malah semuanya datang dari kampung yang sama dekat Beruas, sudah tentu abang Daud suka ke situ. Menu yang disediakan - nasi goreng, mi goreng/sup/hailam/bandung, kuetiau goreng/sup, bihun goreng/sup, laksa penang, sate ayam/daging/perut yang masa tu 30 sen secucuk, air sirap, air bandung, air laici  air limsu nipis, ABC yang ada kacang merah/cincau/jagung, lincikang ais yang ada macam-macam termasuk getah anggur, teh/kopi 0 dan teh/kopi susu sama ada ais atau panas. Begitu juga Milo dan Horlicks. Aku buat air dan masak juga - masa tu masak guna dapur "semawa" guna minyak tanah yang disebut juga minyak gas - untuk minum dan makan sendiri, bukan untuk pelanggan, walau aku rasa hasil tangan aku bukannya tak sedap sangat! Masa tu, aku baru ja darjah 6 atau berada di tingkatan menengah rendah. Ada banyak juga orang terkenal lain makan di situ seperti Rohana Jalil dan rakan-rakan pemain muziknya; serta penulis yang aku kagumi, Pak Sako. Aku segan nak bercakap dengan mereka kerana aku masih muda. Namun, abang Leman yang main muzik untuk kak Rohana pernah nasihat aku pada suatu dinihari supaya aku belajar rajin-rajin supaya hidup tak susah macam beliau. Masa dulu tu, pendapatan penyanyi dan pemuzik malah penulis biasanya tak "mewah" seperti sekarang. Al-Fatihah buat mereka yang sudah meninggal dunia, kalau masih hidup pun, sudah tentu berusia lebih 70 tahun. 










Comments