POLITIK SENGIT PRN 6 NEGERI

[nota: Tulisan pendek di bawah ini insya-ALLAH saya akan edit jika ada kesilapan dari segi fakta. Saya juga nak letak video jika blog saya ni boleh terima video dari henfon saya. Video biasa-biasa sahaja!]

Dah lama saya tak tulis mengenai politik khususnya Malaysia. Saya terpanggil untuk menulis kembali kerana tak lama lagi ada PRN di enam negeri – Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

1.

Saya tak nak ulas mengenai jumlah undi diperolehi pada PRU lepas yang mempamerkan sokongan bakal kukuh terhadap PN pada PRN nanti. Sebaliknya, pecahan undi yang dikira di kebanyakan DUN pada PRU lepas juga dikatakan memudahkan Kerajaan Madani menguasai banyak kerusi bermajoriti Melayu dengan syarat penyatuan Umno, PKR dan DAP diterima ramai pengundi. Kerusi bermajoriti bukan Melayu sudah tentu Kerajaan Madani lebih yakin menang. 

Namun, itu semua kiraan berbentuk matematiks sahaja.

Mutakhir ini, suasana politik kian meruncing. Sokongan orang muda memang kelihatan ke arah PN walaupun kali ini ramai TikToker penyokong Kerajaan Madani bertebaran di medsos berkenaan serta medsos lain bagi menyaingi kempen PN. Namun, kejutan boleh terjadi tanpa disangka-sangka.

2.

Kali ini, rasanya logo PAS di setiap kerusi DUN akan digunakan di Kelantan seperti pada PRU dulu meskipun beberapa pemimpin Bersatu muncul di negeri berkenaan. Begitu juga Terengganu. Bagaimana pula Kerajaan Madani? Kali ini hendak guna logo apa di dua negeri ini? Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan mungkin boleh Kerajaan Madani guna satu logo berbentuk penyatuan pelbagai parti. Kedah?

DAP tak ada kekuatan langsung di Kedah tambah-tambah lagi di dua negeri di Pantai Timur. Di tiga negeri ini – Kedah, Kelantan dan Terengganu – mahu tak mahu Umno perlu ditonjolkan dalam bentuk satu logo bagi memudahkan juru kempen. Sebagai contoh calon-calon Amanah pakai sesuatu logo “berkait dengan BN.” Hal ini tak pelik untuk dilakukan kerana PAS sudah tunjukkan kejayaan penggunaan satu logo.

3.

Penyertaan Dr Mahathir – saya suka guna Dr daripada Tun kerana Dr Mahathir bersusah payah belajar untuk jadi seorang doktor sedangkan Tun adalah gelaran yang dianugerah – bersama PN, tapi beliau lebih jelas mesra PAS, pada saya tak memberi sebarang kelebihan di segi undi. Ia sekadar untuk mempamerkan yang PAS dan sekutunya termasuk Gerakan dan lain-lain dalam PN sanggup menerima Dr Mahathir demi Perpaduan Melayu dan Islam. Tapi, kena ingat ramai pengundi PAS – ramai yang undi PAS bukan pun ahli PAS – masih kurang keyakinan terhadap cara politik Dr Mahathir. PAS nak bereksperimen? Terpulang.

Comments